APLIKASI MYTRACE MALAYSIA DAN MYSEJAHTERA

9.5.20

Hi Guys Assalamualaikum...

Seharian aku menung apa nak update ni. 

So... Memandangkan sekarang masih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aku percaya semua dari kita mesti asyik dapat mesej dari government untuk status terkini keadaan semasa dan juga apa saja info yang berkaitan Covid-19 ni kan.

Jadi aku saja la go thru mesej yang diterima. Baru ni mesej highlight atau sarankan untuk download aplikasi MyTrace Malaysia dan MySejahtera. So apa lagi.. aku pun download la. Nak jadi rakyat yang ambil peranan dan support kerajaan kan. Hehehe... nampak rakyat mithali ni.


Bila aku go thru Aplikasi MyTrace Malaysia ni. Bagi aku apps  MyTrace Malaysia ni membantu untuk trace balik contact yang kadang kita tak sedaq pun. Contoh kita berjalan ke Farmasi dari kereta dan berselisih dengan orang dekat parking area. Kira nak trace someone yang kita jumpa secara random dan tak sama tujuan. 


Tolong abaikan apps lose weight in 30 days tu. Hahaha..

Tapi..!! 

Aplikasi MyTrace Malaysia ni hanya akan berjaya atas tiga perkara. Pertama semua orang yang ada smartphone download dan kedua bluetooth di buka (on) serta yang ketiga aplikasi ni perlu diaktifkan masa kita keluaq. 


Aku pun dah cuba masa keluaq pi kedai runcit dan bila balik aku buka balik apps MyTrace Malaysia ni dan dia keluaq macam gambaq dekat atas. Jadi maknanya apps MyTrace Malaysia ni bila kita keluaq kita kena biar dia aktif. Mungkin la pandang aku memandangkan masa mengesan dia baru bermula bilamana aku baru On. 

So... buat masa ni aku tak tau efektif dia level mana dan tak tau berapa ramai yang sedar untuk download apps MyTrace Malaysia ni.


Aplikasi satu lagi adalah MySejahtera. Aplikasi MySejahtera ni bantu untuk kita dapatkan info terkini Covid-19 di Malaysia dan secara tumpuannya sama ada kes yang ada dalam kawasan kejiranan kita. Jadi dalam tu jugak ada soal jawab untuk tengok tahap kesihatan kita pada masa-masa tertentu.

Bagusnya Apps MySejahtera ni sebenarnya bantu kita dapat info lebih banyak. Terutamanya untuk tahu yang kejiranan kita ni pada tahap macam mana. Yela... kadang pi kedai runcit la pi beli juadah berbuka la kan. Rasa insecure tu mesti tetap ada kan.

Macam mana pun guys. Semoga Allah lindungi dan pelihara kita semua guys. Banyakkan berdoa dan berusaha untuk elakkan. Ikut garis panduan dari KKM tu adalah antara usaha kita kan.

Kalau hangpa ada apps best untuk download share la dekat komen. Selamat berpuasa guys.





You Might Also Like

16 kata zulhilmi kiut

  1. wah terima kasih berkongsi info =)

    ReplyDelete
  2. apps nih memang bagus
    info laju

    ReplyDelete
  3. dah lama install tapi tu la belum register lagi

    ReplyDelete
  4. Aplikasinya bagus.
    Juga itu tuh .. apps lose weight in 30 days juga bagus hahaha 😄.

    Tapi kalau bluetooth selalu on di lingkungan umum luar rumah, apa tidak berbahaya dimasuki viruskah ?.

    ReplyDelete
  5. perlu semua download..klu tak, tak sampai juga objektif kewujudannya

    ReplyDelete
  6. apps yang menarik dan membantu untuk di install

    ReplyDelete
  7. okay baik. baru nak sedar. bagus juga download dan guna. Boleh lah tengok mana yang patut tu.

    ReplyDelete
  8. pertama kali dengar rakyat Mithali...terbaik la tuan.

    moga kes covid-19 segera berakhir

    ReplyDelete
  9. Mekasih info nyer 🌹🌹

    ReplyDelete
  10. ksarie tak guna2 lagi apps yang ada ni. Haish tak tau pasai pa musim PKP ni melemau sungguh jadinya

    ReplyDelete
  11. Mytrace x prnah tau pun wujud. Mysejahtera kena download kalau x leceh nk naik lrt.

    ReplyDelete
  12. sy donlot mysejahtera je sbb mana2 tmpt pergi mmg memerlukan mendealah ni😊

    ReplyDelete