MUDAH KE TRAVEL SOLO?

29.11.19


Bismillahirahmanirahim…

Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ramai dan ada juga benda yang kita lebih prefer untuk buat sorang-sorang. Aku tak menidakkan ada masa, aku lebih suka bersendirian. Tambah lagi bila time aku nak cari ketenangan, nak lari daripada kesibukan kerja dan sebagainya. (Fuhh… ayat kan macam sibuk sangat)


Sebab bagi aku la kan, bila kita sorang-sorang ni, kita lebih rapat dengan diri kita sendiri. Tu yang penting tu. Barulah kita rasa lebih nak menghargai diri sendiri. Haa.. gitu. Jadi tak salah kalau sesekali tu kita nak ber’me time’. 

Macam mana pun, baru ni aku ada terlintas nak travel sorang-sorang. Jadi bila dah terlintas ni mula la macam-macam soalan yang wujud. Boleh ke travel sorang-sorang? Tak susah ke nanti? Kalau ada apa-apa masalah kita nak rujuk siapa? 

Banyak lah lagi soalan-soalan yang orang selalu tanya. 

Sebenarnya bagi aku masalah utama aku dan mungkin hangpa tak boleh nak travel sendiri ni sebab kita tak yakin dengan diri sendiri. Yelah... Kalau kita tak yakin, semua benda memang tak kan jadi. Dan kalau kita keep tanya soalan-soalan ni dan tak mula plan daripada sekarang pun takkan jadi apa gak. So kesimpulannya la kan, jom! mulakanlah merancang percutian kita. 

As for now aku dah mula buat research sikit-sikit. Aku boleh lah share sikit-sikit basic tip yang boleh hangpa guna kalau nak pi travel sorang-sorang.

Pilih Airport Transfer yang sesuai
Kalau hangpa tanya aku, untuk travel solo aku lebih suka guna KLIA Express sebab lebih jimat. Yelah... kita pergi sorang, kalau guna grab ke teksi akan makan kos yang agak tinggi. Dan aku lebih prefer book KLIA Express online dekat Traveloka. Apa beza beli online dengan beli di kaunter? Sebab utamanya mestilah harga dia lebih murah. Dan kalau beli dekat Traveloka ni, dah lah harga tiket tu memang lagi murah, ada diskaun lagi. So, akan lagi jimat. Aku kira-kira kalau beli dekat Traveloka ni boleh jimat lebih kurang RM10. Banyak kan? Mungkin kalau untuk orang yang tak berkira, tak terasa banyak pun RM10 tu tetapi untuk aku dengan duit tu kita boleh guna untuk benda lain nanti. Boleh dapat Nasi Kandar sepinggan tu. Hangpa boleh buka dekat bahagian airport transfer untuk book airport coach yang hangpa rasa bersesuaian dengan bajet hangpa, sebab Traveloka ada juga sediakan jenis airport transfer yang lain.


Buat research
Bila travel solo, benda ni merupakan benda yang paling penting. Rajin-rajinkan diri baca dulu pengalaman orang lain. Pilih tempat yang memudahkan pergerakan kita kat sana nanti terutama dengan bila guna public transport. Kenapa public transport? Sebab kosnya yang lebih murah untuk solo travellers. Selain itu, kepentingan research ni juga untuk elakkan perkara yang tak diigini berlaku. Itu kata kena buat research dengan baca pengalaman orang lain. Tambah lagi untuk tempat-tempat yang banyak kes kecurian kan. Ni nak bantu kita supaya nanti lebih berwaspada dan careful dengan keadaan sekeliling. Itulah orang kata learn from other experience. 

Emergency contact
Pastikan kita ada menyediakan list emergency contact dalam wallet atau beg atau kita boleh selitkan di casing handphone. Sekarang dekat phone kita pun sebenarnya ada cara untuk kita masukkan emergency contact. Macam mana pun bukan semua phone dan kita kena take an early action. Benda macam ni nanti bagi nak mudahkan urusan kalau apa-apa terjadi kat kita, mudah lah untuk family atau member kita dihubungi. Jauh kan aku fikir ni.

Penginapan
Untuk travel solo ramai yang lebih suka memilih untuk stay dekat hostel. Aku tak nafikan harganya lebih murah dan dapat bantu kita menjimatkan kos. So, untuk yang jenis tak kisah sharing bilik dan bilik air dengan orang lain boleh lah cuba stay di hostel. Memang ada keseronokannya yang tersendiri. Tapi, untuk hangpa yang jenis tak suka sharing, boleh cuba cari Airbnb yang muat untuk sorang je duduk. Mungkin mahal sikit la tetapi mempunyai keselesaan yang lebih baik. Kita tak payah share dengan orang, malah ada Airbnb yang sediakan ruang memasak dan mesin basuh. So, kita boleh jimatkan kos dekat perkara lain pula kan.

Sebenarnya, travel solo ni lebih memudahkan dan semestinya lebih seronok. Sebab adventure nya lain macam. Cuma kita kena lebih berwaspada dengan keadaan tempat yang dituju. Rajin-rajinkan diri membaca dan juga bertanya pada orang yang dah biasa travel. Antara sedar atau tak, travel solo merupakan ‘me time’ yang paling enjoy ooo. 

So, jom kita cuba walaupun sekali seumur hidup!





You Might Also Like

3 kata zulhilmi kiut

  1. Akak pernah solo travel ke Kashmir in 2012 then ke Ladakh in 2016. Tp still ada tour guide tunggu kat sana lah. N i love it.

    ReplyDelete
  2. semoga tercapai impian tu. saya kena tggu anak besar baru boleh kot. lgpun banyak kna take into consideration kan.

    ReplyDelete
  3. kalu jln2 kt kl ni sorg2 mmg selalu buat kalu ke luar negara belum penah lg kecuali 'Sarawak' hahahaha... mmg seronok sbb kita boleh buat apa shj ikut kepala kita tanpa fikirkn org lain. tp tu laa utk perempuan ni agk payah sikit family nk lps kn berbanding ank lelaki.

    mudah2an tercapai impian en zul tu nnt...

    ReplyDelete