ALI DAH SUNAT AKA BERKHATAN

25.10.19

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah dah beso dia. Tengok Muka pasrah kena Sunat. Senang nanti nak tolak jadi imam. Pasrah tak pasrah satu malam jugak la mommy dia tak tidoq kena berjaga.


Ada yang tanya senang ka OK ka jaga anak sunat awal. Kalau Tanya aku Senang ka tak tu bergantung pada keadaan jugak. Macam Umar dulu sat ja nangis. Yang Ali ni 24jam kena peluk ja. Mungkin nak rasa lebih kasih sayang ayah dia yang hensem ni. Kahkahkah...!!

Dari segi bajet tu memang mahai sikit tapi at least bagi aku kalau benda tu bawak kebaikan dan tambah kebersihan buat apa nak lewat kan yak. Selalu terfikir kalau aku takdak nanti tak dak la susah sangat untuk wife nak handle kan.

Untuk berkhatan aka sunat ni sebenarnya kena tengok doktor jugak. Sebab ada doktor yang betul pakar dan ada mungkin tak berapa pasti tentang ukuran nak dipotong. Ini nanti aku explain further na.

InsyaAllah dari tempoh kesembuhan tu cepat sikit sbb minim susu dan tak tidoq meniarap kot.

Doakan Ali membesar dengan sihat dan anak soleh na.



You Might Also Like

0 kata zulhilmi kiut