KELAHIRAN ANAK KEDUA. ALHAMDULILLAH.

1.8.19

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum tuan tuan puan puan. Alhamdullillah.. Isteri saya selamat melahirkan anak soleh pada 1 Ogos 2019. Alhamdulillah keduanya lahir dalam keadaan sihat dan dengan berat 3.6kg secara normal dekat hospital bersalin Azzahra Bangi. Syukur tak terungkap semuanya lancar. Pengalaman awesome untuk kali kedua ni.


Apa yang bestnya masa hari kelahiran anak kedua saya ni, berkongsi tarikh yang sama dengan anak kedua sehabat saya yang turut lahir di hospital yang sama. Bezanya beliau dianugerahkan anak solehah dan awal sejam. Memang rare sangat dapat tarikh sama ni.

Terima kasih atas doa tuan puan sekalian. Terima kasih juga buat mak-mak dari kampung, keluarga dan adik-adik serta kawan dan ikhwan yang sempat jenguk. Terima kasih juga atas msg dan doa atas ingatan. Maaflah tak sempat nak reply, kalut sikit.

InsyaAllah titik permulaan utk perubahan baru yang lebih baik. Doakan anak-anak ini terus sihat dan penyejuk hati ibubapa serta disayangi Rasulullah SAW.

Anak tu kan rezeki. Macam mana keadaan kena selalu rasa untuk mensyukuri.



You Might Also Like

0 kata zulhilmi kiut