SEMPENA ULANG TAHUN KE 18

11.7.19

Bismillahirahmanirahim...


Alhamdulillah... dah 18 tahun umur. Semalam orang celebrate birthday Perdana Menteri ke 7 yang memang sama tarikh dengan birthday aku. Nak tau character aku macam mana tengok ja PM hangpa tu. Walau aku level PM tepi ja (lawak tak jadi).

Isteri buat suprise semalam. Syukur dalam hati sebab dapat isteri yang menenangkan hati dan senyum walau susah senang. Semoga Allah berikan pemeliharaan dan rahmat Allah. 

Terima kasih juga untuk keluarga dan kawan-kawan yang tak pernah putus untuk doakan terbaik untuk diri ni. Aku dah makin tua. Makin dekat dengan mati. Saja nak ingatkan diri. (rambut pun dah kurang. uhukk...)

Buat masa ni aku takdak job review produk. Sebab setahun sekali update post pon. InsyaAllah bulan 8 ni berhenti kerja boleh la luang masa lebih sikit dekat blog kot. Ini impian dan harapan dari 5 tahun lepas ni. (Ni ayat mintak job namanya)

Akhir sekali, aku nak kongsi jugak dengan kawan-kawan tentang pentingkan untuk tingkatkan amalan kita hari-hari. Aku tak sempurna dan tengah belajar. Amatlah rugi untuk aku kalau tak kongsikan baiknya amalan yang mudah tapi penuh barokah untuk kawan-kawan semua.

41- Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. 42- Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. (Al Ahzab 41-42)

Terima kasih atas doa kawan-kawan. Nampak serius kan posting ni. Dah mature memang la. ;p



You Might Also Like

5 kata zulhilmi kiut

  1. Alhamdulillah.Moga terus istiqhomah dalam kebaikkan..aamiin.Kita semua sentiasa mengharapkan kasih sayang Allah..moga-moga dihadiahkan syurga nanti.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari ulang tahun kelahiran.

    ReplyDelete
  3. HB yg ke 18 ye dik...muda belia sgt
    moga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan happy selalu

    ReplyDelete