PENGALAMAN LESEN D JURULATIH BOLA SEPAK - FAM

7.12.18

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah keadaan makin baik sekarang ni. Baru selesai operation yang boleh kira mencabar jugak la. Mencabarnya selepas operation. Nanti aku kongsi apa operation yang aku lalui sebab sekarang nak cerita pengalaman aku ambil Lesen D FAM.


Hari ni aku cerita secara ringkas la untuk bagi idea pada orang ramai macam mana untuk dapatkan Lesen D Jurulatih Bola Sepak. Secara ringkasnya, Lesen D Bola Sepak harini menggunakan modul terbaru dari FAM. Yang mana sebelum ini modul kejurulatihan kita adalah berasaskan modul AFC.

Sebelum ini, Lesen D Kejurulatihan Bola Sepak lebih menekankan tentang skill permainan asas seperti menanduk, menyepak, mengelecek dan lain-lain yang asas. Tapi bermula 2018 kot, perkara asas ini bukan penekanan. Modulnya lebih kepada taktikal dan mindset awal untuk jurulatih tahu tentang bola sepak. Pendek kata, FAM anggap korang memang dah tau main bola sepak cuma nak tau macam mana nak buat taktikal ja.


Bagi yang teringin sangat nak mula langkah untuk ambil Lesen dan mula dengan Lesen D ni. Keperluan asas yang korang perlu ada adalah mental dan fizikal. Aku boleh kata aku hampir koyak la masa kursus ni. Sebab utamanya adalah korang akan manage team dan disamping itu korang akan jadi pemain jugak. Bayangkan untuk satu sesi Kursus ada 26 bakal Jurulatih. Korang jugak kena jadi pemain untuk 25 jurulatih yang lain dan 1 sesi korang jurulatih. WAWWWW...!!

Kursus yang aku join FAS yang arrangekan dan Sijil adalah dibawah FAM. Bayaran RM500 selama 5 hari. Alhamdulillah makan dan tshirt ada disediakan. 

Ada lulus dan gagal tau. Dulu mungkin join boleh confirm dapat. Tapi harini belum tentu. Hehehe...

Nanti aku cerita apa yang aku belajar secara teori. Praktikalnya akan susah nak explain dekat sini. Tapi at least korang dapat gambaran pun jadilah kan.

Komen ja kat bawah kalau ada soalan cepu mas. Nanti aku share la result aku. 




You Might Also Like

3 kata zulhilmi kiut