HIDUPAN PJJ.

2.6.18

Bismillahirahmanirahim...

1. PJJ ni maksudnya Percintaaan Jarak Jauh. Boleh jugak sebagai Perhubungan Jarak Jauh. Sedap kata, Perinduaan Jarak Jauh.

2. Sapa tak rindu bini kan. (ayat ni tak macam bodek sangat kan.. hahaha)

3. Rata-rata mungkin ada yang tau yang aku dan isteri adalah dalam kehidupan PJJ.

4. Alhamdulillah dah nak masuk 2 tahun perkahwinan, PJJ ni adalah ujian untuk kami sentiasa berdoa untuk didekatkan dan dimudahkan urusan bila berjauhan.

5. Isteri aku seorang guru. Guru sekolah yang dedikasi.

6. Cuma kadang-kadang, jiwa aku sebagai seorang ayah dan suami. Ada la jugak rasa jeles bila tengok orang boleh spend time sama dengan family. Sedang aku hanya hujung minggu dapat ketemu.

7. Sejujurnya jarak antara kami tak la jauh. Dalam 200km saja. Sebab aku di Puchong dan isteri di Johor.

8. Setiap hujung minggu, InsyaAllah bila takdak halangan aku akan balik ke Johor.

9. Sememangnya bila ulang alik tiap hujung minggu memang agak memenatkan samping kos yang agak tinggi untuk minyak dan tol.

10. Tapi itu bukanlah masalah besar bila aku dapat tengok senyuman anak dan isteri.

11. Kesian jugak aku tengok isteri dan keluarga mertua aku yang berhempas pulas jaga anak. Sedang aku hari hari biasa hanya goyang kaki.

12. Bila dah habes menulis ni rasa sebak pulak. Teringat arwah ayah. Macam mana la perasaan dia bila rindu anak-anak yang memang dok asrama saja sekolah.

13. Untuk yang berkeluarga, susah sama dikongsi manis sama dirasai. Bila dekat banyakkan berbincang. Bila jauh banyakkan doa dan kasih sayang. Sebenarnya jauh ke dekat ka sama ja kan.

14. Doakan kami dimudahkan urusan. Isteri dapat pindah ke Puchong ya. (sayang hangpa)

15. Saja nak kongsi dengan hangpa. Rasa dia sebenarnya banyak. Untuk hangpa yang PJJ jugak. Kongsi la...





You Might Also Like

32 kata zulhilmi kiut

  1. yeke 200km? melaka johor da 270km😆😆😆 apa2 pn slmt berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihhh... itu jauh sgt tu Anies.. hehehe... selamat berpuasa..

      Delete
  2. Besar cabarannya terutama emosi bila PJJ ni...yang penting PJJ atau tidak adalah jaga komunikasi antara suami isteri..mesti telus dan tulus.Sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahh.. Alhamdulillah dpt isteri yg pnyabar. tp teringat je la tiap masa. hehee

      Delete
  3. Oo PJJ ke. Alahaii semoga wife cepat-cepat dapat tukar g sana ye. Penat tu PJJ walaupun org kata dekat-dekat pun

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan. Insyaallah sabar ada hikmahnya

    ReplyDelete
  5. Nak mudah, cari guru yang sudi nak tukar dr puchong ke johor. Kakak sy dulu buat mcm tu. Kalau nk tggu, mmg susah dan lmbt. Bru2 ni pun permohonan kakak sy lg satu ditolak.. dr sabah nk pindab ganu.. mmg double triple susah la gamaknya.. xde rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... itu... still bersyukur jugak sbb jauh tp masih mampu nk dktkan.

      banding sabah srawak sna..

      Delete
  6. semoga dapat dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkanNya juga segala urusan rumahtangga ZT, Aamiin

    ReplyDelete
  8. MMG SEDIH SGT TRPKSA BRPISH DGN YG TRSYNG WALAU SKJP

    ReplyDelete
  9. Aamiin,, semoga dapat bersatu dengan family tercinta ya. Hehehe Mai pun baru nak masuk alam PJJ sebagai husband wife ni, fuhh tapi harap dapat la kerja area dekat dengan husband, sapa nak jaga dia tu. cewahh padahal selama ni 25 tahun bujang hidup je lelaki itu dengan sihatnya. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. blatih dulu Mai. hahahaha... insyaAllah nk dpt ni..

      point mcm ajk gaduh ja Mai. hahahaha

      Delete
  10. Semoga dipermudahkan ya Zul. Semuanya ada hikmah di sebaliknya. aku doakan korang dapat bersatu seperti pasangan2 lain dengan segera. hehehee

    ReplyDelete
  11. tak pernah berjauhan sejak kawin lebih pada sehari pun,semoga tabah dan di permudahkan urusan ye

    ReplyDelete
  12. Kesian duduk berjauhan. Rindu bagai.

    ReplyDelete
  13. lama tk jenguk kau mi. dah beranak dah. hihi. ap pon smoga korang kuat eyh. untung isteri kau tahu yg kau mghargai dia. insyaALlah ada rzeki nnt bni kau dpt tukar dekat puchong atau seantero dengannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahhh.. lama xjenguk sini kan. dtg la rumah bawak lauk ka juadah bbuka ke.. hehehe

      Delete
  14. semoga isteri dapat ditukarkan di tempat yg dekat nanti bro..

    ReplyDelete
  15. Walau tak pernah merasa PJJ tapi pernah merasa di mana en. Hb kerja luar kawasan. Anak2 hanya dapat jumpa hujung minggu, itupun untuk 3 - 4 jam sebelum beliau kembali bertugas. Masa tu keseorangan menguruskan anak2. Lama jugak dalam 3 tahun. Sekarang en. Hb ada tapi hujung minggu pulak susah cuti untuk bersama anak2. Takpelah.. janji rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  16. Sama lah cerita saya 2 tahun lepas. Saya di Puchong, suami di Terengganu. Ulang-alik tiap 2 minggu, kadang naik bas, kadang naik flight. Duit habis sebab nak travel nak jumpa satu sama lain. Skrg saya dah resign sebab suami suruh. Hari2 la dia jenuh nak tengok saya pulak..haha

    ReplyDelete