KERAJAAN BARU, MINDA BARU?

21.5.18

Bismillahirahmanirahim...

1. Tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab untuk mengundi/memilih wakil rakyat dan seterusnya barisan pentadbiran baru Malaysia. Sekarang tugas yang menjadi wakil rakyat pulak untuk menjalankan tanggungjawab.

2. Alhamdulillah... penukaran kerajaan berlaku dengan baik dan aman damai. Bukti bahawa masyarakat Malaysia sememangnya professional dalam proses penukaran kerajaan ini.

3. Terima kasih atas Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Abd Razak atas segala usaha dan bakti semasa memimpin negara.

4. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-7. Teringat aku masa belajar dulu. Orang akan lebih kenal Dr.Mahathir dari Malaysia. 

5. Tun Dr. Mahathir Mohamad lahir pada 10 Julai. Macam tu jugak dengan Zulhilmi Tempoyak. (kahkahkah.. nk jugak).

6. Aku selalu impikan untuk ada perubahan di sekeliling aku dulu. Tak kira sama ada pemikiran orang sekeliling mahupun kerajaan. 

7. Tetanya samaada minda atau pemikiran kita masih ditakuk lama atau semakin berkembang. Banyak persoalan yang aku sendiri teringin nak jawab.

8. Persoalannya senang. Kita nak wakil rakyat yang macam ini dan macam itu. Tapi kita sendiri tak mampu untuk beri komitmen pada sekeliling kita.

9. Masuk simpang tak bagi signal.

10. Jumpa orang tak reti nak senyum.

11. Komen dekat mana-mana macam kita ja betul.

12. Nak naik gaji tapi selalu MC.

13. Buang sampah main campak.

14. Ayat carutan lebih indah dari ayat pujian.

15. Kita ja yang betui.

16. Point yang aku nak kongsi adalah masalah aku sendiri. Nak perubahan pada sekeliling. Tapi diri sendiri pemalas nak ubah. Nak maju. Macam mana?

17. Janji nak update Jumaat. 18x Jumaat baru terupdate (jenih sembang ja Poyak ni).

An-Nisaa’:58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.

Saja. Nak bagi ada story la update macam ni. Did u miss me?



You Might Also Like

11 kata zulhilmi kiut

  1. Betul....kalau semua berusaha bermula dari diri sendiri mahu berubah,,insyaAllah semua baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  2. tuan blog ni pun kene ubahjgk nih...
    sbbnya... blog ni lama beno tak terupdate baru... asik2 bersawang je hehehe

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak jalan-jalan blog ni. Alhamdulillah kerajaan dah baru moga rakyat yang ada pun berjiwa baru

    ReplyDelete
  4. Teringat AS dengan kata-kata lecturer AS suatu ketika dulu.
    "Malaysia mempunyai macam-macam kemudahan kelas pertama, tapi penggunanya masih lagi kekal berminda kelas ketiga"

    ReplyDelete
  5. No. 9 - fuh.. confirm kena hon dengan ai.
    No. 12 - eemm.. kalau asyik MC, kan dah susahkan orang lain :(

    ReplyDelete
  6. Fuyoh. Btw.. 11 Julai kat sini :D (nak juga haha)

    ReplyDelete
  7. Oo.. 10 Julai ye hehe kita pun bulan Julai jugak. Hikhik nak juga la kan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kann.. Kerajaan pun dah tukar, minda netizen bila lagi, haha.

    ReplyDelete
  9. Semoga kerajaan baru dapat menstabilkan ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia..

    ReplyDelete