INILAH UJIAN ORANG NAK KURUS.
24.5.18
Bismillahirahmanirahim...

1. Aku beli 2 in 1 Elliptical Cross Trainer & Exercise Bike dekat Lazada. Harga mampu milik untuk orang yang acah berazam nak kurus.
2. Sampai bergaduh dengan bini aku malam tu tak nak tidur. Sebab nak cantum benda alah ni. Susah jugak la sebenaqnya sebab tak berapa paham.
3. Masalahnya sekarang. Sampai harini aku tak dapat nak guna betui-betui.
4. Jadi inilah puncanya berat aku dari 93kg ke 113kg. Nombor yang tertera hanya sebagai hiasan (takkan la sampai 100 kg lebih kan. Hahaha..)
5. Rumah flat adalah punca utama yang aku tak dapat guna sebaik mungkin alat ni. Ya.. aku tinggal di flat.
6. Bila kayuh saja mesin ni. Rasa macam bergegar rumah. Sebab dia ada gesel antara tali pengayuh dengan mesin. Boleh rasa la bergegor tu.
7. Boleh rasa la rumah bawah kita dok menyumpah yang rumah atas dok bergegor acah guna mesin nak kurus.
8. Oleh sebab itu, aku mengalami kemurungan. Bukan sebab tak boleh guna mesin tu. Tapi sebab aku tak boleh makan banyak.
9. Macam tak berkaitan?
10. Kalau aku makan banyak. Balik rumah aku boleh senaman dekat mesin tu. Dan berat aku akan maintain 60kg.
11. Ada sesiapa boleh bantu untuk tak bagi jiran bawah rumah aku ni mencarut sebab bergegor rumah dia?
12. Inilah ujian orang yang bersemangat sementara nak kurus.
13. Harap sempat kurus sebelum raya. At least jumpak sedara, depa akan kata "ehhh.. Emy. Kuruihnya"
14. Itulah harapan seorang manusia gemok macam aku.
15. Terima kasih sebab sudi baca dengan serius. (kahkahkah...)
Caiyok!
42 kata zulhilmi kiut
caiyok caiyok ! semoga dapat kurus sebelum raya hehe ^^
ReplyDeletemacam nk putus asa ja.. hahaha
Deletetry lapik papan atau getah rubber mat,kot boleh kurangkan bunyi tu dan gegaran tu...good luck utk kurus hehehhe
ReplyDeletehahaha.. itulah.. try jugak. tp dia mcm begegaq jugak.. last terpaksa letak kat stor.. wuaaa
DeleteTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen kat blog PH. Sama lah kita. Insan yang angan2 nak kurus. Semangat bagai bila nak kurus tapi bila berhadapan dengan realiti, hampeh. Kalau dah terbeli mesin eksesais tuh, kena rajin2lah kayuh kan? Kalau tidak, tak berbaloi pulak. Semoga tercapai impian you and I. Kurus sebelum raya. wahahahaha!!!
ReplyDeletenext year raya pun boleh jugak.. haha
Deletekalau tekad tu kuat insya allah boleh kurus
ReplyDeleteklu ikut dah 3 tahun dah share azam nk kuruih ni. hahaha
Deletewahh semangat lain macam ni! chaiyyok2..!
ReplyDeletetiap2 tahun bersemangat ni. haha
Deletehahahha.... try carik jenis pelapik yg mcm kt gym tuh dik....
ReplyDeleteklu tak, ko balik keje senam2 pusing2 area umah tu dik, compom blh kurang brt hehehe....
klu senam dalam rumah ad tv. klu senam luaq ada makcik2.. kitew ni pemalu. hahaha
DeleteErrr.. dugaan betul tu. boleh rasa org bawah dgr gegaran. luls
ReplyDeleterasa org bawah skrg tgh plan utk pindah. hahaha
DeleteHahaha.. sambil baca sambil bayangkan bunyi gegarannya itu..
ReplyDeletexssh nk byg.. sbb tingkap pon bleh dgq bunyi gegor. hahaha
DeleteHahaha no. 15 sedikit xleh blah.. En, cubalah jogging kat taman pula. Takkan kat rumah je, kan?
ReplyDeleteseminggu skali. mesin ni mula plan balik keja dalam 8.30mlm tu kayuh depan tv. tapi apakan daya.. hahaha
DeleteDAH BERPUASA RAMADAN NI TENTU BERAT BADAN SEMAKIN BERKURANG ..MESIN KURUS BOLEHLH REHAT SAT
ReplyDeletedah simpan stor dah kak. hahaha
DeleteHik hik hik...bukan men tekun kita baca...
ReplyDeletetekun nk kuruih ni. hahaha
Deletelapik kain bawah basikal tu
ReplyDeletexbunyi rasanya
hehehe
dah lapik karpet tebal 2 lapis. tetap bebegor.. wuaaa.. haha
Delete60 kilo untuk lelaki itu sudah cukup SLIM! Jangan risau banyak. :D
ReplyDelete60 tu masa tgh tidoq semalam. hahaha
Deletesuruh jiran bawah tu pindah...ehhh
ReplyDeletehaah la... awat aku x terpikir idea ni. hahaha
Deletehahahha..semangat orang nak kurus memang banyak ujian
ReplyDeleteitulah... geram tgok bentuk badan bila tgok cermin. haha
Deletedh kawen ni lagi membesar laa hahaha.. puasa ni boleh kurus balik
ReplyDeletesorry sket.. berat naik 12kg ja. saja ok.. hahahahahahahah
DeleteKunjung balas kat sini... entry yang menarik... satu tips untuk kurus, tuan admin tinggal di rumah flat kan... apa kata lepas nie masa nak balik ke rumah tu, tuan admin menapak je naik tangga... tak usah guna lif tu, at least boleh bakar kalori...
ReplyDeletehehe.. terima kasih. mmg guna tangga. sbb flat 3 tingkat ja. heee
Deletehehehe cabaran sungguh
ReplyDeletesbb tu nk cancel kurus.. haha
Deletehaha... posa posa nii boleh la kayuh malam2 sempat kuruihhh 1 syawal
ReplyDeletedgn harapan nk pkai baju nikah. kahkahkah..
DeleteApa kata lapik ia dengan sesuatu. Tapi apa ye.. papan boleh kot
ReplyDeleteboleh cuba.. tp gegaran ni jenis yg unik sket.. hee
DeleteHahahaha lawak la...hajat nak kurus jadi tambah berat plak...Ni sempena puasa ni turun tak ?
ReplyDeleteazam raya ni.. semoga tercapai.. hehe..
ReplyDelete