KENANGAN DAN KESIHATAN YANG UTAMA

ZULHILMI TEMPOYAK | 20.2.17 | 31 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sharing hari ni berkait jugak la dengan cerita sebelum ni yang Hilmi share tentang rindunya dekat ayah. Ehh.. ayah pasti dirindui. Ampa klik la link tu kalau teringin nak baca lagi. Cerita sebelum kahwin.

Setiap kali teringat ayah, mesti rasa tak cukup bakti. Tak cukup lagi beri sebab dalam hati rasa banyak gila kenangan. Banyak

Dulu pernah call ayah masa tengah kerja.
"Ayah... emi kerja ni nanti ada rezeki lebih, emi nak bawak ayah mak pi Mekah na."
Semenjak tu ayah selalu telefon. 
"Nanti emi bawak tok pi Mekah sekali na."

Kerap telefon habaq tu ja. Penuh Harapan.

Alhamdulillah... sekarang ada lebih rezeki. Tapi... ayah dah tak dak lagi. 

Gambaq ni ayah share dekat group. Seminggu sebelum ayah 'pergi'. Wakil JKKK ke Pangkor.
Bila imbau balik aku rasa macam aku dah dapat hint masa tolong ayah masak, masa raya dulu. Masak gulai. Tu memang favorite dia dan resepi power dia. Aku tolong potong gitu ja. Ayah macam dok kata nak demam.

Dia ada kata sakit kepala rasa macam nak demam. Tapi aku diam tengok sebab selalu ayah kuat dan dia akan layankan sendiri. Dia akan handle sendiri. Silap aku tak bawak terus check ke klinik masa tu. 

Bukan nak meratapi sangat. 

Tapi nak kongsi dengan ampa dekat luaq sana. Selagi masih ada, kita hargai, buat baik lebih dari dia asuh kita, kalau dia tak sihat terus ja gi klinik. Pastikan check kesihatan.

Semoga Allah pelihara Ayah dan kita semua di alam kubur dan ditempatkan dalam syurga. Allahumma salli ala Muhammad.

Lepas ni tak cerita sedih da. Dah redha. :')



AYAH PASTI DIRINDUI

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.2.17 | 47 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Seminggu sebelum zulhilmi nikah dulu, tiba-tiba dikejutkan dengan ayah. Ya.. ayah tiba-tiba jatuh dan terlantar di hospital. MasyaAllah.... masa nak tulis ni pun rasa menitik air mata.

Yang terkejutnya sebab kita baru sembang whatsapp happy-happy. Ayah siap melawak lagi sebab di Pangkor untuk meeting urusan orang kampung. Tak ada sakit yang dikongsi. Tiba-tiba "PAP" adik call kata ayah masuk emergency. 

21 Oktober 2016 ayah pergi menghadap Ilahi. 
28 Oktober 2016 zulhilmi bernikah. 



Almarhum Zulkefli Abdul Rahman. 

Macam mana perjalanannya? 

Alhamdulillah. Urusan jenazah sangat lancar. Urusan pernikahan lancar. Tapi... hati mana yang kata tak merindui orang yang beriya ready.

Kali ni nak rasa lepas rindu pada ayah ja. Semoga Ayah, semua ahli keluarga, Umat Muhammad SAW dipelihara di alam kubur dan di tempatkan dalam syurga Allah.

Syukur tak terhingga sebab dapat keluarga mertua yang sangat caring. Drive dari Johor untuk datang jenguk. Untuk tanya khabar dan untuk tanya keadaan.
Sayang ayah. Sayang sangat-sangat ayah.
Terima kasih semua yang doakan dan ingatan. Maaf juga sebenarnya tak ramai tau masa Zulhilmi nak dan selepas bernikah.

Nanti aku kongsi lagi. Selama 2 hari ayah jatuh dan koma. Apa yang kami fikir, buat dan bertapa mudahnya perjalanan ayah pergi. Alhamdulillah.



Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger