DAH SETAHUN KAHWIN

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.11.17 | 4 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Fuhh... tak sangka. Alhamdulillah... dah setahun kahwin. Terima kasih atas berkat doa hangpa semua. Ingat lagi masa nak kahwin dulu. Macam-macam tips mintak. Dari sebelum nikah sampailah di atas katil untuk susun hantaran. Kahkahkah...


Siapalah aku kan kalau tanpa kesabaran dan kehebatan isteri tercinta. Masa kahwin aku ni tak ada apa-apa. Hanya muka yang hensem dan manis dan sekarang Alhamdulillah ada keluarga bahagia dengan seorang anak soleh. Bila berkahwin ni sebenarnya memangnya macam ada kawan rapat. Kawan rapat yang sanggup dengar, yang prihatin dan sanggup kata InsyaAllah kita boleh. Terharu dengan isteri aku jugak.

Ulang tahun perkahwinan ni kami celebrate dekat The Face Platinum Suite. Boleh la nak acah macam ada bajet sikit. Aku tempah dekat AirBNB sambil ada family mertua aku. Seronok sebab isteri cuba buat suprise tapi sayang aku ni terlampau cepat tangkap. Walau dia beli kek apa kan aku tertanya dia pulak kek apa. Sedang dia cuba sorok-sorok. Ka dia acah sorok-sorok ja.


Kami stay jumaat sampai ahad. Jumaat tu just tengok view atas ja. Kalau tanya aku secara jujurnya biasa-biasa saja. Sebab kami hanya naik sekali ja untuk tengok view masa malam sabtu. Itu pun seminit dua ja. Mandi pun tak sebab ramai orang puteh sambil udara orang isap shisha apa tak selesa sangat dengan baby. Tak salah aku ada lagi 2 hotel lain area golden triangle ni yang hangpa boleh stay dan ada infinity pool. Harga pun rasanya lebih berbaloi.

Terima kasih kawan-kawan yang selalu support dan jenguk-jenguk blog sedu ni. Kadang tulis untuk kongsi rasa gembira dan syukur tu. Setiap orang berhak untuk rasa syukur dengan apa yang ada. Ingat tau kawan-kawan, sentiasa rasa syukur.  Walau kadang kita sendiri pun sedih sebab kita asyik tengok lebihnya orang lain. Macam mana nak rasa syukur tu? Nantilah kita kongsi.

”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nsscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat.” (QS.ibrahim [14|7])

Terima kasih baca. Love u. ehhh.. 


4 comments:

  1. wahhhhh tahniahhhh dah ada baby pun...cpt cite psl baby haha

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH SUDAH DIANUGERAHI BABY COMEL PELENGKAP BAHAGIA

    ReplyDelete
  3. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/11/tips-muka-berseri-tanpa-mekap-makeup.html

    ReplyDelete
  4. tahniah....semoga berkekalan hingga hujung nyawa =)

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger