PLAN UNTUK JOIN LARIAN

ZULHILMI TEMPOYAK | 9.10.17 | 1 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Asyik update sebut pasai tak sempat nak menulis kan. Alasan ja memanjang. Terima kasih terus support blog yang kadang-kadang update ni. Nak peluk hangpa la kalau depan mata ni. Haaa.. nak acah macam betoi appreciate kan. Tapi memang appreciate. Terima kasih kawan-kawan.

Sebenarnya dah 5 penimbang berat aku cuba untuk timbang berat aku. Masalah yang aku alami sekarang tak tau yang mana betoi-betoi accurate. Kalau ikutkan dari cermin macam tak sampai 10kg. Tapi naik saja penimbang automatik berat melambung. Aku syak semua penimbang tu rosak.


Biasanya orang kata berat badan ni adalah biasa bila naik tak turun-turun selepas kawen. (Jaga hati la.. )

Jadi untuk buktikan berat badan hanyalah sekadar angka yang turun naik macam harga minyak. Walau harga minyak lagi banyak naik dari turun. Aku plan untuk join larian yang ada dalam Malaysia. So far aku tengok memang banyak la event larian yang ada dekat www.justrunlah.com tu. Tapi banyak yang tak kena dengan jiwa la. Boleh pakai alasan ni?

Aku sebenarnya harap ada la larian yang 2km. Yala... baru nak mula berlari. Satgi tak habeh larian memang segan-segan pulak aku. Tambah pulak berapa hari ja nak prepare kan. Satgi sakit kaki memang setahun kemudian la aku lari-lari ni kan.

Sekarang tengah memilih lagi larian ni. Yuran dia pun not bad jugak la kan. (Memang kuruih poket jugak)

Hangpa ada tak yang selalu join lari-lari ni? Boleh tak share tips atau pengalaman best untuk budak baru nak join ni supaya orang kata bila pi first time tu nampak macam dah pro sangat la. Kehkehkeh..

Share la sikit weh...


1 comment:

  1. konsepnya...lari je! better kalau join running event dengan kawan/suami/isteri sebab takde la rasa awkward sgt. Saya start join running event dengan status amatur dan terus daftar larian 6KM. Practice makes perfect...lama-lama dah tak rasa 6KM tu jauh sangat pun. Lepas tu dah boleh start daftar untuk 7KM, 10KM, 12KM, 15KM dan seterusnya masuk half marathon dan full marathon.

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger