DAH SELAMAT BERSALIN

ZULHILMI TEMPOYAK | 13.9.17 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Hai kawan-kawan. Didoakan hangpa semua sihat na. Harini aku nak update dan nak share dengan hangpa yang bini aku dah selamat bersalin anak yang comel secara normal 15 Ogos 2017 yang lepas dengan berat baby 3.5, seorang hamba Allah berjantina lelaki. Alhamdulillah...

Harini baru nak update kira ok la dari setahun lagi nak update kan. Hahahaha...

Bila dah jadi bapak ni baru kita terasa perit jerih mak ayah kita dulu yang hebat dalam besarkan kita. Aku malam first anak menangis pun dah mengelabah nak buat apa. Tambah lak kesian tengok wife keletihan.

Yang lagi best aku dapat masuk dan tengok sendiri anak aku keluar. Kehebatan bini aku dalam dewan bersalin. MasyaAllah... hebat kan kaum wanita ni. Syukur juga sebab memang mudah masa bersalin. 

Allahuakbar... Bila tengok dan hayati aku kena belajar lagi untuk lebih menghargai isteri. Tak tau nak ungkapkan terima kasih dekat bini tu macam mana. Kadang diri ni nakai jugak. Semoga aku dapat jadi ayah yang baik dan menghidupkan keluarga sakinah mawaddah kan. Doakan aku nak kawan-kawan.

Okay... share ni saja dulu. InsyaAllah... Nanti aku share apa yang cabaran yang kami hadapi sepanjang tempoh mengandung. Terima kasih sudi baca blog yang acah-acah hapdate ni. Kahkahkah....

2 comments:

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger