SELAMAT HARI LAHIR ZULHILMI

13.7.17

Bismillahirahmanirahim...

Fuhhh... lama tak update. (OK.. ni ayat standard)

Apa habaq semua kawan-kawan. Kalau ada rindu komen sikit dekat bawah. Nak jugak la bajet macam artis kan. Sebenarnya aku saja update sebab dah lama rasanya tak blogwalking. Rindu jugak la nak singgah blog hangpa. Nak menggatai macam dulu tak boleh dah. Kena sayang bini kan. Kahkahkah...


Tajuk atas tu sebab berharap hangpa komen Selamat Hari Lahir dekat komen dan PM aku sebab nak bagi aku hadiah. 

Alhamdulillah... Terima kasih ucapan dan ingatan hangpa. Terharuuuu... Dah 27 tahun hidup, walaupun ramai kata muka macam 17. Siap jiran aku yang sekolah lagi pun panggil aku adik. Hmmm.. susah pulak bila baby face ni.

Terima kasih atas segala sokongan, kasih sayang, dan perhatian. Terima kasih juga sebab hadir dalam hidup untuk berkongsi impian, kejayaan, ilmu, inspirasi dan kemanisan kehidupan. Kita mungkin berbeza impian tapi harapan untuk berjaya kita adalah sama. Semoga kita tak berputus asa untuk sentiasa mendoakan kebaikan kita sama-sama.

Jauh lagi perjalanan, tapi bila-bila pun akan terhenti. Aku mohon maaf untuk segala salah silap aku. Tolong-tolong-tolong tuntut jika aku berhutang dengan hangpa. Tidak kan aku halang kalau hangpa halalkan. Cuma doakan sama-sama dapat keberkatan.

Tolongkan doakan supaya apa yang saya impikan tercapai na. Semoga Allah rahmati kita semua.

Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Dah berusia ni tandanya lagi dekat dengan mati. Ehhh.. mestilah kena ingat mati. Kena bersedia sebab orang yang ingat tentang kematian ni orang yang bijak.

“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

Aku tak la baik dan jauh lagi sempurna. Cuma kadang terlintas. Kalau aku mati mesti masa tu orang baru akan godek cari pasal aku. At least ada la nampak sikit baik untuk orang kata baiknya aku masa hidup dulu kan.

Terima kasih semua yang sudi baca. Semoga ada lebih manfaat.

Satgi ka tengah malam sikit lagi ka aku blogwalking la na.



You Might Also Like

12 kata zulhilmi kiut

  1. memang jambu habis...hehe..selamat hari raya..eh silap selamat hari jadi..sebab skrg mood raya nak hadiah dtg umah.makan kuih raya ya

    ReplyDelete
  2. selaamt hari lahir yang ke 27 . moga semakin tabah untuk mengharungi cabaran dan ujian

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Poyak

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir Zulhilmi.. Semoga awak dikurniakan kesihatan yang baik,semoga awak dimurahkan rezeki, semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan awak sekeluarga..

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday father to be.. Ya Allah tengok umo pokcik tetibe rase macam e'in nie tua taw..

    ReplyDelete
  6. happy belated besday. semoga semua dalam keadaan baik dan sejahtera. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
  7. selamat hari jadi abang zul ^^

    singgah + follow sini.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  8. 27 thn dh... nasib la aku beranak dlu bulan sama pulak tu . happy belated birthday bakal bapak budak

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah, Allah sentiasa ingatkan kita kepada kematian, hidup tak lama di dunia, akhirat tuh bahagia selamanya

    ReplyDelete
  10. Selamat hari lahir!

    Jemput singgah dan baca :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/09/im-glad-to-be-part-of-them-sea-games.html

    ReplyDelete

Popular Posts

Facebook Page

Labels

@zulhilmitempoyak ‪#‎AllianzFoodieHunt2015‬ ‪#‎AllianzMalaysia‬ #eWanafm #HaiBlogger! #hambar #MyTravelAdventure #PakJohnSteamboatBBQ #pray4Gaza #TravelokaMY 1 Juta Dalam Masa Setahun 1 Thing That Matters To Me 1435H 24 tahu AiMediaNet Air mata Aku Blogger Al-Fatihah Alhamdulillah Allianz Amazing Hunt 2014 Allianz Foodie Hunt 2015 Allianz Malaysia ASSAK Awesome Ayah back Bajet Baju Melayu Cekak Musang Baju Melayu Cekak Musang Murah Baju Melayu Online Bangi Golf Resort Bicara Santai BigFamily Bisnes BITES CAFE LAKE FIELDS Blog Blogger Food Review Blogger Outing Blogger Review Blogwalking bola sepak Cabaran 30 Hari Cameron Highland Cara Masuk Simpang Dengan Betul Casuarina @ Meru Celcom cuba teka Datuk Sharifah Aini DikBee Dnars Doa Dr. Azizan Osman Dua untuk Gaza facebook fahimyaya Festival Magic Malaysia First time Fun Run Gambar banjir di Kelantan Gaza war Glukos Cut Habib Syech Assegaf Haji Hamka Hari hari hari Ibu Hari Raya Aidilfitri Harimau Malaya. Hashtag MegaMawlid Hati Hidup Luar Biasa hlb2014.com Hotel di Perak Hotel Halal di Perak Hotel Tepi Lebuhraya Hotel terbaik di Perak i love my life Ibu Ibu Sambal Nani Iftar Blogger IMac Repair Inspirasi Instagram jadual piala dunia Juara Piala Dunia Jus Lutox Dnars kalau aku sudah tiada lagi kasut Leo Kawal Kandungan Gula Kaya dan Berjaya Kedai Repair Terbaik Shah Alam Kehidupan Kejayaan kelab blogger ben ashaari Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor Kesedaran Diri Kesihatan KFC Malaysia Kisah Hari Raya kisah mak Koleksi Baju Raya Terkini 2014 kontroversi piala dunia Kriss Biru kurus dan sihat kurus dengan pantas Lafazkan Laser Warzone MagicFest Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Majlis Selawat Majlis Selawat Burdah Mak Malam Gema Cinta Rasul Malas Malaysia Malindo Malindo Air Masa Matic Fest 2014 Mawardiyunus.com MBPJ Mega Mawlid Menabung Merdeka Mesir MeSurvival Minum Terbaik motivasi Motivation Nafsu New Zealand Night Run Outing 3.0 Palestin Panduan Ibu Bersalin Penyakit Dari Makanan Tercemar Perbadanan Putrajaya Photographer Photographer Outing piala dunia 2014 PJJ Pramugari pray4mh370 pray4pantaitimur Press Conference Shopping Raya 2014 Prinsip Kejayaan Program Jalinan Ramadhan Program Wings Of KKB 2014 Projek Iqra` Projek Travel property Quote Ramadhan Raya Resorts World Genting Review Richwell Richworks Rindu Rukun Islam Russian Embassy sambal belacan bara bere sambal ikan bilis sedap sambal sedap sambal sos Samsung Samsung S5 Saya Jual Glukos Cut Sayang Sayang Ayah sayang mak Selamat Hari Lahir Selamat Ulang Tahun YouTube Selawat Keatas Nabi Selendang By Zara Senarai Pasukan Piala dunia Sharing Shawl Shopping Raya 2014 sihat dengan pantas solat jenazah Sponsor Startup Business Steamboat PakJohn steamboat paling sedap di kl Steamboat sedap dan murah Sukarelawan Ramadhan Syria Taman Botani Putrajaya Tasha Manshahar TeamMalaysia Teater Sinbad Telefon pintar terbaik Terima kasih cinta Tourism Malaysia Travel Traveloka trending Tropicana Twister Twitter VentureGrab.com VisitMalaysia Wordless Everyday xclusive fitnesz Yusof Taiyoob ZALORA Zalora Malaysia ZED Extreme Zinger Rice Wrap Zulhilmi zulhilmi tempoyak