INI #MYTravelAdventure TRAVELOKA SAYA!

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.5.17 | 17 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Nak cerita pengalaman #MYTravelAdventure aku dengan family a.k.a bini tersayang aku masa bulan November dulu. Ni kiranya macam first honeymoon kami. Panjang cerita ni tapi dipendekkan sebab korang tau la tahap “kerajinan sangat aku ni”. Harap korang boleh baca sambil makan popcorn dan tak lupa ajak jiran sekali baca na.


Alright… first adventure aku dengan isteri kami pi honeymoon ke Grand Lexis, Port Dickson. Sebenaqnya tak share dekat sapa pun dan ni first time reveal (bajet ja aku kan). Masa kami pi ni kiranya waktu cuti sekolah, memang padat dan rezeki kawen kami aku dapat jugak bilik yang awesome dan selesa. Alhamdulillah…

Kami check-in dalam jam 3 petang macam gitu sebab team Grand Lexis setupkan bilik. Yala.. tengah honeymoon mestilah nak yang mengaum sket kan. Masuk bilik mesti nak ada orang kata “terima kasih sayang” (harap kali ni tak dak orang muntah la baca walau aku pon loya).


Bestnya Grand Lexis ni sebab kolam dalam bilik. Memang private dan ikut suka hati aku la nak pakai macam mana pun (please jangan baying). Bini aku punya excited sampai bawak pelampung. Ingat aku la… pelampung sikit punya besaq dan mangsa nak meniupnya laki dia yang memang angin banyak ni la. Penat oooo meniup.


Hari kedua masa dekat Port Dickson kami penuhkan dengan pi main Go Kart, memanah dan ATV dekat Extreme Park, PD. Alang-alang dah sampai kami main semua benda. Memang adventure sebab tu kali pertama aku main go kart dengan ATV. Tapi depan bini aku lain sket la, kena la buat macam berpengalaman. Lelaki kan.. mana boleh kalah (kahkahkah..).

Go-Kart tu boleh dalam 20 minit rasanya. Banyak jugak la pusing dengan langgaq lopak sebab air bertakung sampai basah la baju-baju ni. Nampak habeh bentuk badan sasa aku ni. Nasib baik makcik yang main sekali tu tak melting sangat. Nak jaga sikit la bila jadi laki orang ni (Nampak tak mithali).


ATV dekat Extreme Park ni best! Bestnya sebab ATV aku mati tengah jalan. Bini aku punya ATV pun mati tapi dia dapat yang sedap lak brother yang jaga tu bagi. Bila ATV ni mati macam-macam la skill kena buat sampai kena towing la ATV aku. Bayangkan la aku (seperti gambar dibawah) ditowing ATV brother lead tu. Memang menjerit bai ATV tu. Rasanya sebab hujan kot malam sebelum tu, jadi berlopak tu memang kaw-kaw. penuh adventure. Tapi view dia masa lalu tepi laut memang best! Aku cadangkan untuk yang rasa nak cuba first time untuk ke sini.


Makan dekat PD ni macam-macam. Kami sempat makan Char Koteaw paling power dekat PD sambil tak lupa ayam bakaq koboi tu. Makan memang tak dak masalah. Kalau betoi masalah pun samaada larat makan atau larat tengok ja. Best jugak la merasa masakan rare dekat sini kan.

Sebenarnya ada yang best!

Apa yang manisnya, sebulan kemudian baru kami tau yang Alhamdulillah… sebenarnya masa tengah mengembara gila-gila ni kami bukan bercuti 2 orang. Tapi sebenarnya dah bertiga. Ya…!! Zulhilmi Jr. Alhamdulillah..!!! walau muka baby face aku dah jadi bapak (tengok muka aku memang macam bapak orang pun sebelum ni).

Sebenaqnya risau jugak. Yala… dah naik ATV, main go kart, memanah, lompat pantai, main basikal, berenang 8 round setiap sesi, makan tak ingat dunia. Tapi bila ingat balik dengan doa, InsyaAllah… travel macam mana pun kita, Allah sentiasa lindungi kita bila kita bersyukur yang kita berdaya buat apa harini dengan izin Dia. 

Masa tempah untuk tidoq dekat Grand Lexis, Port Dickson ni mestilah aku buat booking dekat https://www.traveloka.com/en-my. Siap hantar email mintak macam-macam lagi. Nak bilik bawah sebab nak kolam renang tertutup, nak ada bunga-bunga honeymoon, nak payung, nak berkepit. Ehhhh… Tapi Traveloka memang sangat membantu bersama team Grand Lexis, Port Dickson.


Sebenarnya masa menulis ni rasa sayu jugak la. Sebab kebanyakkan gambaq aku masa bercuti yang penuh cabaran ni ada dalam phone S6 yang sudah terperam dalam air masa hujan. Sooo.. gambar ni aku rembat dari phone bini aku. Mostly banyak gambaq kami berdua berkepit ja (biasalah baru kawen kan. Kahkahkah…) Jadi aku kongsi mana yang dapat ja na.

Terima kasih kawan-kawan sudi baca. Jangan lupa LIKE post ni dan KOMEN. Memang aku ada masa akan wajib singgah tengok blog korang. Terima kasih tau terus support.





17 comments:

  1. kolam dalam bilik tu plg best.

    ReplyDelete
  2. hebatnya blog ini..visit my blog..hehehe klik2

    ReplyDelete
  3. Bestnya honeymooonnn kt lexis. Hehehe

    Tak pernah pergi sini. Harap2 dapat tiket percuma pergi ke sini. Hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Goodluck! ya...

    Amboiii!!! kemain lagiks aksi naik ATV tu ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  5. best kan stay dekat lexis. mcm kena repeat lagi je nampaknya ni.

    good luck ya :)

    ReplyDelete
  6. seronoknyaa.. cantik betul tempat :)

    ReplyDelete
  7. Extreme park tuh org dewasa pun leh jadi macam budak sekejap heee ;) kalau bawak anak2 I confirm depa tak lekat di bilik.. huuu ;)

    ReplyDelete
  8. pergh.. tetiba ngidam btol dengan ATV tu.. track pun boleh tahan tu.. hee~ ya Allah.. bagi la aku kelapangan masa dan tenaga..

    ReplyDelete
  9. Wah....sambil kenduri bunga nampak hihi...bukan main banyak kelopak bunga atas meja.

    Mmg bestlah gi honeymoon dekat sini sebab mmg private sangat.
    Hakak pun pernah pergi kat sini Zul, tp tak dptlah honeymoon sebab anak anak ada huhu...

    ReplyDelete
  10. Tahniah ye Zul ....laju je ko ek hihi

    ReplyDelete
  11. Bilik tu boleh tahan harganya, but really worth it. And tak perasan pula ada section for ATV di sekitar PD tu. I remembered there was a go-kart track sekitar sana, but tiada pula ATV.

    ReplyDelete
  12. tahniah both of you...betul tu buat apapun kalau semuanya dalam jagaan Tuhan Insyaallah selamat.

    ReplyDelete
  13. Mengidap dekat hotel Lexis memang best, lagi-lagi dalam room ada pool dah! Selesa pun selesa. Kawin dah ke? Punya lama tak blogwalking..tahniah!

    ReplyDelete
  14. wahhh berhanimun gituwww....hotel ni mmg x dinafikan lgi ke'best'an nyer.... da lama simpan hasrat nk cuti2 kat sini tp entah bila....

    ReplyDelete
  15. Ni kes orang honeymoon kali pertama. Kalau dah banyak kali honeymoon macam akak ni dan ke mana-mana pun bodyguard dua orang mengikut, tak tahulah best ke tidak. By the way, Grand Lexis ni tak sampai lagi. Selalu kalau ke PD suka tinggal di Thistle Hotel. Next timelah. Kolam dalam bilik tu, anak-anak mesti suka sebab mereka kalau boleh nak tidur atas air juga!

    ReplyDelete
  16. tahniah pokcik nak jadi bapak dah!!!

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger