INI #MYTravelAdventure TRAVELOKA SAYA!

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.5.17 | 22 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Nak cerita pengalaman #MYTravelAdventure aku dengan family a.k.a bini tersayang aku masa bulan November dulu. Ni kiranya macam first honeymoon kami. Panjang cerita ni tapi dipendekkan sebab korang tau la tahap “kerajinan sangat aku ni”. Harap korang boleh baca sambil makan popcorn dan tak lupa ajak jiran sekali baca na.


Alright… first adventure aku dengan isteri kami pi honeymoon ke Grand Lexis, Port Dickson. Sebenaqnya tak share dekat sapa pun dan ni first time reveal (bajet ja aku kan). Masa kami pi ni kiranya waktu cuti sekolah, memang padat dan rezeki kawen kami aku dapat jugak bilik yang awesome dan selesa. Alhamdulillah…

Kami check-in dalam jam 3 petang macam gitu sebab team Grand Lexis setupkan bilik. Yala.. tengah honeymoon mestilah nak yang mengaum sket kan. Masuk bilik mesti nak ada orang kata “terima kasih sayang” (harap kali ni tak dak orang muntah la baca walau aku pon loya).


Bestnya Grand Lexis ni sebab kolam dalam bilik. Memang private dan ikut suka hati aku la nak pakai macam mana pun (please jangan baying). Bini aku punya excited sampai bawak pelampung. Ingat aku la… pelampung sikit punya besaq dan mangsa nak meniupnya laki dia yang memang angin banyak ni la. Penat oooo meniup.


Hari kedua masa dekat Port Dickson kami penuhkan dengan pi main Go Kart, memanah dan ATV dekat Extreme Park, PD. Alang-alang dah sampai kami main semua benda. Memang adventure sebab tu kali pertama aku main go kart dengan ATV. Tapi depan bini aku lain sket la, kena la buat macam berpengalaman. Lelaki kan.. mana boleh kalah (kahkahkah..).

Go-Kart tu boleh dalam 20 minit rasanya. Banyak jugak la pusing dengan langgaq lopak sebab air bertakung sampai basah la baju-baju ni. Nampak habeh bentuk badan sasa aku ni. Nasib baik makcik yang main sekali tu tak melting sangat. Nak jaga sikit la bila jadi laki orang ni (Nampak tak mithali).


ATV dekat Extreme Park ni best! Bestnya sebab ATV aku mati tengah jalan. Bini aku punya ATV pun mati tapi dia dapat yang sedap lak brother yang jaga tu bagi. Bila ATV ni mati macam-macam la skill kena buat sampai kena towing la ATV aku. Bayangkan la aku (seperti gambar dibawah) ditowing ATV brother lead tu. Memang menjerit bai ATV tu. Rasanya sebab hujan kot malam sebelum tu, jadi berlopak tu memang kaw-kaw. penuh adventure. Tapi view dia masa lalu tepi laut memang best! Aku cadangkan untuk yang rasa nak cuba first time untuk ke sini.


Makan dekat PD ni macam-macam. Kami sempat makan Char Koteaw paling power dekat PD sambil tak lupa ayam bakaq koboi tu. Makan memang tak dak masalah. Kalau betoi masalah pun samaada larat makan atau larat tengok ja. Best jugak la merasa masakan rare dekat sini kan.

Sebenarnya ada yang best!

Apa yang manisnya, sebulan kemudian baru kami tau yang Alhamdulillah… sebenarnya masa tengah mengembara gila-gila ni kami bukan bercuti 2 orang. Tapi sebenarnya dah bertiga. Ya…!! Zulhilmi Jr. Alhamdulillah..!!! walau muka baby face aku dah jadi bapak (tengok muka aku memang macam bapak orang pun sebelum ni).

Sebenaqnya risau jugak. Yala… dah naik ATV, main go kart, memanah, lompat pantai, main basikal, berenang 8 round setiap sesi, makan tak ingat dunia. Tapi bila ingat balik dengan doa, InsyaAllah… travel macam mana pun kita, Allah sentiasa lindungi kita bila kita bersyukur yang kita berdaya buat apa harini dengan izin Dia. 

Masa tempah untuk tidoq dekat Grand Lexis, Port Dickson ni mestilah aku buat booking dekat https://www.traveloka.com/en-my. Siap hantar email mintak macam-macam lagi. Nak bilik bawah sebab nak kolam renang tertutup, nak ada bunga-bunga honeymoon, nak payung, nak berkepit. Ehhhh… Tapi Traveloka memang sangat membantu bersama team Grand Lexis, Port Dickson.


Sebenarnya masa menulis ni rasa sayu jugak la. Sebab kebanyakkan gambaq aku masa bercuti yang penuh cabaran ni ada dalam phone S6 yang sudah terperam dalam air masa hujan. Sooo.. gambar ni aku rembat dari phone bini aku. Mostly banyak gambaq kami berdua berkepit ja (biasalah baru kawen kan. Kahkahkah…) Jadi aku kongsi mana yang dapat ja na.

Terima kasih kawan-kawan sudi baca. Jangan lupa LIKE post ni dan KOMEN. Memang aku ada masa akan wajib singgah tengok blog korang. Terima kasih tau terus support.





JUAL DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA DI VENTUREGRAB.COM

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.5.17 | 5 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Arghhh..!!! Lama gila bapak tak hapdate. Maaf la... Tau ada ja yang rindu kan. Haraplahhhh... hehe.. Sebenarnya ada ja masa. Tapi macam biasa, cabaran untuk sesiapa yang ada idea tapi lambat bertindak. Banyak gila benda nak kongsi dengan korang ni sebenarnya.

Tengok tips kawen korang share dekat aku pun bertimbun tak share lagi.


Untuk kali ni aku kongsikan dulu website best untuk korang yang nak kembangkan perniagaan samaada dengan mencari rakan niaga, rakan sekutu, nak jual perniagaan atau nak jual sebahagian perniagaan korang ke medium yang memang sesuai dan tepat.

Tengok... cara penulisan aku pun nampak educated la kali ni. Kahkahkah...

Alright... berdasarkan pemerhatian dan pemahaman aku, VentureGrab.com ni adalah platform terbaik untuk berkongsi tentang perniagaan korang. Portal yang baru diasaskan ini sebenarnya adalah portal untuk memudahkan dan melancarkan proses jual beli perniagaan serta untuk perniagaan yang nak berkembang lagi.

Bagi aku portal ni menarik. Maksud aku menarik sebabnya andai kata kita ada lebihan atau dapat bonus tahunan then kumpul dan kumpul ada RM10,000. Sebenarnya RM10,000 kita ada pilihan lain. Tapi tak salah jugak kalau kita nak cari peluang dengan mencari rakan niaga yang perlukan dana tambahan dan kita sebagai Co-Founder. Secara tak langsung juga kita boleh namakan diri kita investor dan jana pendapatan tambahan.


Buat masa ini VentureGrab.com bergerak di facebook yang mana kalau korang berminat boleh join group di FB. Sangat-sangat disarankan untuk masuk dulu dan biasakan macam mana peluang yang ada.

Ok kawan-kawan jangan lupa! 


Malam ni aku hapdate lagi sebagai Travel Fashion 8,938,712 yang dok mengaktifkan diri balik.

Jangan lupa tinggalkan jejak anda. Komen dekat bawah dan kita sama-sama blogging. Bagi la support sikit untuk member nak nulis ni. Kahkahkah...



Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger