TEMPAT MAKAN BEST DI CAMERON HIGHLAND

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.3.17 | 39 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Baru ni aku singgah ke Cameron Highland. Tersinggah bila balik dari Pekan, Pahang. Tersalah simpang terus sedar-sedar sangkut dekat atas Cameron Highland. Betul amazing cerita aku kan. Next entry akan cerita pengalaman dan cara pilih hotel yang sesuai. Sebab Cameron Highland ni ada strategi nak naik pun.

Isu pertama yang sentiasa bermain dekat otak bila pi mana pun adalah nak makan mana. Dok dekat rumah pun asyik dok tanya nak makan mana. Inikan pulak bila berjalan kan. Aku stay haritu 3 hari 2 malam so tempat makan yang aku betul-betul singgah tak la banyak. So.. nak makan mana ye. Punya la cari blog-blog yang share tentang Cameron Highland. Mencabar jugak la bagi aku. 

Tempat Makan Best Di Cameron Highland.

Untuk merancakkan suasana aku bercuti sana. Semestinya aku mengharapkan untuk makan makanan yang unik sikit. Pendek kata yang dekat Puchong tak dak. Tapi agak mencabar juga nak cari makanan yang betoi unik. Apa yang aku dah pusing-pusing sampai jalan dalam pun aku tau adalah strawberi yang baru dipetik.

Restoran AlRaudah Arabian Food.


Ini adalah tempat makan pertama kami kat Cameron Highland. Restoran ni dekat kawasan Tanah Rata. Aku adalah antara penggemar masakan Arab sebenarnya. So.. bagi aku Restoran ni mencapai piawai dengan harga yang berbaloi. Restoran ni memang ramai orang masa makan tengahari. Daging kambing dia lembut dan pandai masak. Kami jugak order sandwich dia. Sedap!

BOH Sungai Palas Tea Centre.


BOH Tea Centre ni sebenarnya lebih kepada ladang teh. Dekat Cameron Highland ni ada 2 ladang teh yang jadi tumpuan. Satu lagi ladang adalah dekat tepi jalan antara Ringlet ke Tanah Rata. Untuk ke BOH Tea Centre ni agak mencabar perjalanannya. Berbukit dan sempit. Tapi sampai saja penuh rasa gembira la. Apa yang best untuk rasa dekat sini adalah teh panas BOH tu sendiri yang kita kira fresh. Tapi bengongnya aku ni ter order air sejuk pulak! Dah la sejuk Cameron Highland lagi sejuk minum. Cuma roti dia... "hmmm.. boleh laa..."

Nik Ikan Bakar & Tom Yam


Ini kedai memang berbaloi. Memang sangat-sangat berbaloi bagi aku. Sedap dan meriah. Tengok gambar ya kami makan banyak mana. Hnya RM69 ja total. Itu pun bini aku punya duit. Biasanya kalau aku makan gini kedai best sikit dah lebih RM100. Tapi sini wawww..!! Minuman memang air panas la. Ikan siakap 3 rasa dengan sotong celup tepung yang memang meriah. Restoran ni dekat Tanah Rata. Senang saja nak pi. Cuma parking la mencabar sikit. Malam memang best!

200 Seeds Cafe


Cafe ni lebih orang kenal dengan Abang Cafe. Menu istimewa dekat sini adalah Nasi Lemak Sambal Strawberi. Bagi aku kira unik la kalau makanan macam ni. Sambil boleh di jadikan signature bila anda dekat Cameron Highland. Dah nama memang nak merasa strawberi kan. Kalau anda ke sini jugak sebenarnya boleh tapau cokolat untuk celup dia. Memang sedap dan berlemak.

Ini ja la yang aku dapat kongsi. Nak lagi best cuba la pujuk suami berjalan sikit. Naik Cameron Highland memang mencabar. Tapi manisnya ada. Hmmm.. ayat macam bajet pengacara cari makan pulak.

Semua gambaq nak review pun sekarang ada selit bini. Nampak tak yang Zulhilmi ni sayang bini. Kahkahkah... Nak buat ayat mengayat tapi takut bini baca. Kahkahkah...


39 comments:

  1. pernah ke cameron beberapa kali. makan kat sana agak mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo mahal ek. tapi bukan selalu pi dok. hihi

      Delete
    2. ada yg mahal sikit dan ada yg mahal sket. kena betoi2 pilih. hee

      Delete
  2. teringin sangat nak ke cameron

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik..bagus info ni..at least x hilang arah bila cari tempat makan..ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja update. sebab masa dkt atas xtau nk mkn mn. hehehe

      Delete
  4. macam banyak je tempat makan best kat sana.
    Senang lah macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk... tp tu la orang kt. nk merasa lain sket kan.. hehehe

      Delete
  5. entri yg bagus untuk sesiapa yg ingin ke sana nnti. busyra pernah kesana beberapa tahun dulu. dh lama dh tp belum pernah cuba ke sini lg. sedapnya nmpak ikan siakap tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. sbb dl masa ke cameron cari blog yg share makanan kurang. so share nk mudahkan.. hehehe

      Delete
  6. Bestnya mie ! Mek dh stahun tk pegi cameron ni. Ingat dlm cuti pantang nak p la :) bnyk dh benda baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mek.. bawak family skali. rajin2 bkejaran. hehehe

      Delete
  7. Lama tak pergi cameron tapi teh boh tu, memang wajib pergi kalau kat sana.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, saya pun dah lama tak kesana

      Delete
    2. heheheh.. walau laluan penuh liku..

      Delete
  8. suka pi cameron..suasananya tenang dan sejuk

    ReplyDelete
  9. uih sedap noooo. lama sangat tak p cameron huhu

    ReplyDelete
  10. bestnye dpt jenjalan cameron.. dh lama x menyinggah kat sana.. entah bila la dpt sampai sana lagik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... ini pon kebetulan sgt balik dari Pekan Pahang. Pecut naik terus. hehehe

      Delete
  11. Thanks for sharing! Selalu pi Cameron sampai lama-lama rasa jemu dah dok pi selalu selalu sangat. Dah la tak pernahnya tak jam nak naik Cameron tu la ni. Nik Ikan Bakar & Tom Yam tu macam pernah pi, sumpah ramai gila orang. Mungkin masatu cuti pun sama kot. Hee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhh.. ramai komen jarang pi. ini yang unik ni. selalu pi makan mana. share la sket.. sbb kami naik nak cari makanan pelik2. hahaha

      Delete
  12. Maklumlah orang ada bini hihi... Honeymoon lew tu kan hikhik...
    Kalau naik ikut Tapah mmg mencabar sikit jalannya. Sempit ya amat. Hakak naik ikut situ sebab first time. Lepas tu serik dah hihi...

    Tak pernah lagi makan sambal stroberi. Nanti naik CH lagi nak cariklah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhhhh... mn ada kak. saya naik tgok strawberi ja. xsempat tgok bini lgsg. hahahaha

      Delete
  13. kali pertama dan terakhir aku ke cameroon adala 2003. tak tahu macam mana rupa dia sekarang. now ada sebab nak ke cameroon. thanks info ni bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihhh.. nnt boleh la plan pi skali ke mcm mn. hehehe

      Delete
  14. lama tak naik cameron,dulu balik kg lipis ,rajin ajak ma naik beli sayur,40 minit je dari rumah heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aihhh... dah mcm pi pasor ja.. hahaha.. best2

      Delete
  15. Boleh cuba nik ikan bakar tu kalau ke sana nanti. Dulu rasa mcm susah nk cr kedai makan yg best dekat CH. Skrg dah melambak ye. Tinggal nak pilih jer mana yang berkenan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... sbnrnya kedai makan byk.. tp nk la cari lain sket kan kat cameron. haha

      Delete
  16. Alaa comelnya pengantin baru ni.

    Mai tak pernah naik lagi Cameron Highland. Macam menarik je sambal strawberi tu. Lauk meriah sungguh dua orang pun,hahahaha.Terliur pula blogwalking pagi2 ni.

    ReplyDelete
  17. waduhhh sik baik ada roti telur dpn sy nu... aritu sambal strawberi tu msk tv kn? sy x smpi CH lg 😬😬

    ReplyDelete
  18. baru naik Cameron hari sabtu ...huhu x makan pun kat atas tu ..minum je

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger