MENABUNG CARA PRO

ZULHILMI TEMPOYAK | 7.3.17 | 41 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Tahun lepas aku ada terbaca tentang menabung dengan guna duit yang jarang kita dapat. Contohnya RM2, RM5, RM10, RM20, RM100. Banyak sangat jarang ni. RM2 memang wujud lagi ka? RM100 memang jarang, kalau tak jarang memang hari-hari aku belanja jiran aku yang kuat karaoke yang sedap sangat tu. Ini puji ye. Kahkahkah...

Jadi, aku ambil cara untuk menabung dengan guna RM5 dan RM20. Awalnya agak mencabar jugak la. Bukan sebab apa, kadang bila kita nak keluarkan duit dekat ATM tu, Niat nak keluarkan RM500, last keluar pulak semua duit kertas RM20. Tak ke mengelupoq nak guna ka nak simpan. Baki dalam akaun dah tinggal RM20. Bawak keluaq tu confirm-confirm la sekeping lagi RM20.


Alhamdulillah 2 bulan dah baru buat menyimpan ni. Tak sangka boleh disiplin. Kadang bila dekat kaunter nak bayar dan tak ada duit kecik. Terpaksa la memecahkan duit besaq. Rasanya semua orang tau bila kita dah pecahkan duit besaq. Dia punya kelajuan duit tu habes sangat tinggi.

Kadang bila bayaq guna duit besaq, walau dalam wallet ada duit kecik. Jeling ja semua cashier tengok wallet aku. Aihhh.. takkan bayar ais potong 90sen guna RM50 yak.

Waklu...

Kata Cashier...

Apa pun, sangat bagus untuk anda yang nak mula rasa menabung dengan disiplin. Bagi Januari ni dan Februari ni punya tabungan, aku dah boleh collect lebih dari RM3k. 2 bulan punya koleksi. Target hujung tahun 2017 untuk tabungan RM5 dan RM20 sahaja nak ada total RM20k. Tolong doakan ya.

Hujung tahun ni nanti kongsi lak setahun boleh dapat berapa dari simpanan ni ja ya. Nanti aku akan share berapa tabung sebenarnya kita semua perlu sangat untuk ada. Macam apa yang aku kongsi ni adalah tabung masa depan. Ada lagi tabungan yang perlu. Tabungan asas.

Apa pun kita mula dari sedikit ya. Chaiyok!




41 comments:

  1. banyak jugak tu.. MZ simpan RM5 je.. sebab selalu naik moto and isi minyak moto RM5, maka selalu jugak dapat RM5 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. ok la tu.. simpan. disiplinkan diri. InsyaAllah bleh dpt lebih tuu. hehehe

      Delete
  2. Sy pom dh 2-3 thn myimpan mcm ni..termasuk duit rm1.. Dr duit ni la blh buat simpanan skit.. Blh buat cuti2 dlm malaysia ni.. Blh guna utk psekolahan anak.. Berbaloiii..sbb x perlu sentuh duit gaji.. Y pasti kena istiqamah..mula2 dlu ssh jugak..kumpul2.. Terambil jugak��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waw...!! Awesome..!! Yela.. mula-mula ja macam liat sket kan2. Tp tgok hasil. Haa... relax ja pi melancong kan2.. heheh

      Delete
  3. Pernah juga simpan pakai duit Rm5 tu. Menjadi sekejap je. Lepas tu kelaut. So, awal2 mmg simpan duit ikut percentage dr gaji. Simpan dan locked terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha.. tp nice la ada usaha tu. Maybank ada kaedah tu. bleh lock terus.

      Delete
  4. Bagus betul cara nak menabung tu tapi saya tak boleh start lagi kot sebab takda duit yang masuk hahahaha

    ReplyDelete
  5. Fuuhh, banyak tu sampai 3k dalam masa 2 bulan. Saya simpan rm5 je. Boleh la tambah rm20 plak.

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa kalau dapat menabung dengan konsisten macamni! teruskan disiplin anda. saya nak menabung buat masa sekarang ni memang tak lepas la haha.

    ReplyDelete
  7. Wow banyak jugak hasilnya. Syabas!
    Pernah buat note RM20 tapi sempat beberapa bulan pastu habis.. hurmmm

    ReplyDelete
  8. Wah hebat ni, pling hebat nak konsistenkan diri tu la susah, hahaha. Tahniah.

    Bolehlah saya tiru lepas dpt kerja nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awai2 ni bleh simpan rm1 dl ke.. hehehe..

      apa pon best of luck..

      Delete
  9. perkkkkkh... syabas kerana berjaya

    akak ni niat mmg ada, tp baru try kumpul duit rm20, rm5 tu nk try tp asik terguna... jd akak decide nk kumpul rm1 ngn rm20 je.... tp rm20 tu ada tak sampai 10 keping kot hehehehe...

    abis tu asal simpan tibe2 takde duit terguna... eh terguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena slow2.. tahun lepas sy pon gitu.. tp duit dah buat kawen. hehehe

      Delete
  10. saya collect duit hijau je. 2 bulan tu baru dapat rm400. banyak tu cik collect sampai rm3k. makan ke tidak ni?

    ReplyDelete
  11. peh! semoga berjaya pokcik..

    e'in menabung ikut minggu.. simpan tiap hari jumaat.. minggu 1 rm1, minggu 2 rm2 dan seterusnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujung tahun bleh dpt 52 hinggit tu.. ok ap mula kecik2 lama2 jadi bukit

      Delete
  12. waaa banyak hasil tu . nak cuba disiplinkan diri la nanti .

    ReplyDelete
  13. insya allah amin... yg pntg istiqamah..

    ReplyDelete
  14. wah, tak sangka. dapat menabung dengan duit sebanyak itu. Saya menabung juga tapi dah masuk dua bulan, kot dalam tabung tu ada 100 lebih je..huhuhu. anyway teruskan menabung. Inshallah moga saya pun dapat simpan duit banyak macam awak. (Itupun kalo la dapat buat..hehehe )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh... ok la tu.. simpan sket2... lama2 jadi bukit.. chaiyok2

      Delete
  15. Datang ingatkan orang kat sini jangan lupa join contest LAZADA, kehkehkeh.

    (tolong ingatkan sebab dah pesan semalam :P)

    ReplyDelete
  16. ramai jugak yang buat mcm ni.. nak try la

    ReplyDelete
  17. Semoga dimakbulkan yang penting istiqomah.

    ReplyDelete
  18. GUd luck Zul.... menabunglah banyak banyak. Moga ko cepat kaya, boleh belanja hakak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen2... hehehe...

      bleh ja... smpai damansara kabo

      Delete
  19. perghh mmg hati kental la.. Lea x berjaya lagi utk yg ini.. aduii

    ReplyDelete
  20. If some one needs to be updated with most recent technologies after that he must be visit this site and be up to date everyday. capital one credit card login

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger