BERCUTI KE PENANG DENGAN TRAVELOKA
9.3.17
Bismillahirahmanirahim...
Rasa ramai yang dah tau yang aku baru bernikah. Kahkahkah…
Rasa macam nak merasa honeymoon dekat tepi pantai. Soo.. terfikir kali ni rasa nak pi bercuti kat negeri yang terkenal dengan nasi kandaq. Mana lagi kalau bukan Pulau Pinang. Yeahhh..!! Orang kita panggil Penang. Bila kita sebut Penang, kita tau tempat tumpuan pelancong dari segi keindahan alam sekitar dan kemudahan tempat penginapan. Penang jugak terkenal dengan kekayaan dan kepelbagaian budaya masyarakat setempat. Prasarana lain yang serba lengkap juga telah menjadi daya tarikan pengunjung tempatan dan warga asing untuk datang melawat. Tapi itulah, aku masih belum decide lagi nak bermalam kat mana. Macam tahun-tahun yang lepas masa bercuti kat sana, aku stay dekat Alora Hotel Penang, the best hotel in Penang Island. Penginapannya sangat awesome dan aku memang recommended dekat korang kalau nak bercuti kat sana.
Untuk korang tau, tempat penginapan ni berdekatan dengan Kompleks Bukit Jambul dan cuma 5 minit memandu saja untuk ke Queensbay Mall. Sangat dekat kalau korang nak cari tempat untuk ber shopping dan cuci mata. Tak yah pi jauh-jauh. Bukan tu ja, hotel juga terletak dalam jarak 15 minit pemanduan dari Jambatan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Pulau Pinang. Kalau nak datang bercuti naik flight pun tak ada masalah. Jarak nak ke Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong pun dekat. Kira memang lokasinya terletak di kawasan yang amat strategik la. Korang tak akan rugi kalau book Alora Hotel ni sebagai tempat penginapan untuk percutian korang.
Tambah lagi, biliknya sangatlah besaq dan luas. Masa pertama kali check in kat sini, aku rasa teruja gila la. Mana taknya lantai hotel lengkap dengan lantai kayu berwarna coklat dan krim neutral. Ada rasa suasana tradisional jugalah dengan warna-warna macam ni. Kemudahan dalam bilik jugak sangat lengkap seperti ada peti ais mini, TV, WIFI, toiletries, aircond dan kemudahan membuat kopi/teh. Ada juga ruangan untuk berehat sambil bersembang dan balkoni yang cukup besaq untuk lepak di waktu malam sambil menikmati suasana malam. Fuhh.. feeling romantic kot. Yang paling tak boleh lupa, air pancut kuat sampai rasa macam mandi dekat rumah sendiri ja. Memang best. Yelah terkadang tu ada juga hotel yang air pancut dia macam hidup segan mati tak mahu ja. Kahkah..
![]() |
Restoran Deen - Nasi Kandar Terbaik Pulau Pinang |
Tapi dekat sini memang tak ada masalah.
Kalau korang datang dengan kereta, memang tak yah pening-pening fikir nak park dekat mana sebab Alora Hotel Penang ada kemudahan tempat letak kereta dan ianya Percuma OK. Nak parking dekat luar hotel pun boleh cuma korang kena letak kuponlah, kalau tidak nanti tak memasal saja kena saman dengan MBPP. So, dah ada kemudahan yang disediakan guna sajalah. Selain tu, Nak cari tempat makan pun senang. Kiri kanan depan belakang ada tempat makan yang best. Maklumlah, Penang kan dikenali sebagai 'Syurga Makanan'. Paling dekat ialah Kayu Nasi Kandar, Restoran Nasi 7 Benua, Bangkok Tomyam. Dok mengarang ni pun dah meleleh ayaq liuq.
Hmmm, tapi itulah. Sayangnya aku dengar cerita hotel ni dah tutup. Jadi, kena plan laa untuk cari tempat penginapan yang lain. Tapi jangan risau, bagi memudahkan pencarian bolehlah cari hotel yang lain di Traveloka.com. Sebenarnya, kalau korang nak tau dekat website Traveloka ni terdapat ada dari 100 hotel terkemuka di Asia Tenggara dan korang juga boleh layan potongan harga yang sangat menarik.
Rambang mata bila bukak Traveloka.com.
Aku dah senaraikan beberapa hotel yang best untuk aku bermalam di Penang nanti antaranya ialah The Krystal Suites, N-Park Homestay, dan Apple 1 Hotel. Semua tempat penginapan yang aku senaraikan tu, kemudahan dan perkhidmatannya lebih kurang sama dengan Hotel Alora. Selesa dan sangat berpatutan. Tapi, too bad sebab hotel ni dah ditutup. Macam manapun, korang boleh dapatkan hotel yang sama best macam Alora hotel ni dalam Traveloka.com!
Apa yang menariknya lagi, korang juga boleh menggunakan Traveloka hanya dihujung jari saja. Search ja hotel yang berdekatan landmark pilihan korang. Haa, tunggu apa lagi? Cepatlah download Traveloka App kat smartphone korang dan pilih lokasi mana yang korang nak bercuti. Janganlah frust jika tak dapat book Alora Hotel sebab banyak lagi tempat penginapan yang lain korang boleh pilih. Satu tips aku nak bagitau dekat korang, kalau nak booking hotel atau flight better korang booking dengan menggunankan apps saja sebab harganya jauh lebih murah berbanding booking di https://www.traveloka.com/en-my/.
![]() |
Balik weh! |
Kan best kalau lagi boleh jimat. Okay tu ja yang aku nak kongsi. Harap kita dapat buat pilihan yang bijak. Tak sabaqnya nak honeymoon!
46 kata zulhilmi kiut
Eh ! Alora tu dah tutup ea ? Lalu hari2 pun tak perasan..hahaha
ReplyDeletemungkin kena jalan sama2 bru prasan ni. hehehe
Deletesaya baru berapa kali gi penang.. xpernah bermalam lg kat sana.. hihi
ReplyDeletenanti boleh cuba bermalam sini. hehe
Deleteso far lom penah gn service traveloka lg... insya allah akn dtg... x beli jeruk pak ali ke? 😊
ReplyDeleteada je ni. meh nk poskan. hehee
DeleteNak ucapkan Selamat Pengantin Baru... maaf lewat ucap sebab baru tahu ni... semoga perkahwinan zul berkekalan hingga Jannah...
ReplyDeleteAmeen.. terima kasih bro. :D
DeleteAduh terliuq tengok nasi kandar..
ReplyDeletemai pekena skali. hehehe
Deletehehe selamat berhoneymoon !
ReplyDeleteharap dapat la honeymoon memana lagi. hjehe
Deletewahhh bestnya.. dpt jenjalan.. hehe
ReplyDeletenaik basikal masa ni. haha
Deleteselamat berHM ye dik
ReplyDeleteterima kasih kak. hjehehe
Deleteamboih seronoknya bercuti. last pergi penang tahun lepas. huhue lama dah tak pergi
ReplyDeletejom la pi skali. hehehe
Deletenasi kandar tu x tahan, unni tpaksa berbaris pnjng last2 turn unni lauk abis, hampeh tul!!!! hatiku tertinggal d Pulau Pinang..hihih
ReplyDeletehahaha.. aduhhh.. kejamnya.. haha
Deletestakat ini saya pengguna agoda. Lepas ini boleh try traveloka pula.
ReplyDeleteboleh cuba. smpai nak book on9 pon bleh pkai..
DeleteBetul ke best traveloka. Boleh lah cuba lepas ni.
ReplyDeletebest...!! Cuba la.. :D
DeleteSelamat Pengantin Baru Zul, maaf lambat wish sbb baru tau 😁
ReplyDeleteLZ suka pi Penang.. Next time nak pi lagi. Belum pernah try Traveloka. Lepas ni boleh cuba.. 👍
Terima kasih LZ. cyg cikettt... ;p
Deleteokay.. malam nih boleh mimpi sampai penang.. hee~
ReplyDeletejom la jalan pi snaa...haha
DeleteSelamat pengantin baru Zul.
ReplyDeleteAna plan nak ke sana juga. Last time pergi tak puas jalan. :)
Syok noh ke Penang. Mai ada boucher RM50 dari Traveloka, masih belum guna sebab tak tahu nak ke mana, hahaha.
ReplyDeletepenang memang dalam destinasi paling nak pergi kat malaysia :D
ReplyDeletetak penah stay Hotel Alora tu lagi.
ReplyDeleteselamat bercuti!
ReplyDeletelen kali boleh book hotel guna traveloka lak..
penang mmg syurga makanan!!
ReplyDeleteselmat bercuti, penang memang best
ReplyDeleteLorrr... kenapa hotel tu dah tutup takde bisnes ke?
ReplyDeleteHappy honeymoon.
cedapnya nasi kandaq.... windu!!
ReplyDeleteasal hotel best je nak tutup. huwaa. selalu macam tu. tapi okeylah sebab ada option lain nak cari hotel apa yang available. hari tu pun pergi k.l dengan family in law cari hotel guna traveloka gak. tapi husband lah yang godek-godek. i tukang bawa diri jew. hihi
ReplyDeleteTraveloka ni memang best guna sebab selalu ada diskaun. Heheh. Selamat bercuti :)
ReplyDeleteDah lama tak gi Penang.... Dulu pi Penang duk hotel apa pun dah lupa. Org cakap Penang syurga makanan. Tapi masa akak pi sana jumpa mee sotong je Zul. Sadis sungguh
ReplyDeleteok rindu nak ke penang lagi
ReplyDeleteTraveloka memang best! tetiba rasa nak pergi penang sebab haritu pergi tak dapat discover satu penang lagi hehe.
ReplyDeleteTraveloka belum lagi kami cuba.
ReplyDeleteAda juga teringin nak ke Penang...tengah fikir-fikir gak samaada nak join conference di Penang tahun ini atau tidak sambil bawa anak-anak.
pergi penang sebulan sekali. tapi tula takdan nak jelajah cari makanan. lepas pantai. main itu ini. sebab balik rumah mentua. bila balik rumah mentua tau jela Kekasih gelapku tu mesti nak merap mak dia masak macam2. kita pun meleleh ailio tengok kawan2 bercuti ke penang yang sebulan sekali kita pi tu huuuuu
ReplyDeletedah lama plan nak bawak anak2 ke penang.. belum cukup lagi duit tabung hehe..last pergi masa form 2..siap pakej kena sengat obor2 huwaaaa..
ReplyDeleteperghhh menambahkan semangat neeza nak ke penang bercuti jelesnya
ReplyDeletewww.neezalife.com