AMAL TABUNGAN NI. SIKIT-SIKIT LAMA JADI BUKIT.

ZULHILMI TEMPOYAK | 27.3.17 | 25 Comments
Bismillahirahmanirahim…

So… dari perkongsian entry sebelum ni, aku nak kongsi yang macam mana aku buat tabungan untuk diri. Mungkin korang semua boleh dapat idea untuk buat dekat family dan diri sendiri. Semuanya ikut kesesuaian dan kepentingan masing-masing. Sebenarnya benda gini tak ada format. Yang perlu ada hanya disiplin diri dan macam mana kita atur. Tulis dah macam pakar kewangan. Kahkahkah…


Bagi yang tengah cari idea mana nak dapat tabung ka apa, aku cadangkan korang pi ja cari tong macam aku ni dekat kedai 2 hinggit. Ada sen sket la sebab kena gst tercinta. Tapi nice dan tahan. Tapi jangan peram sampai kosong bertahun la ye. Amal..!!

Ada 5 tabung yang aku biasa buat.

Untuk tak peningkan korang nak baca panjang-panjang, aku pointkan terus. Kalau tak paham baca banyak kali tau. 

Tabung kecemasan

Ini tabung yang paling penting bagi aku. Aku disiplinkan diri untuk letak RM300 setiap bulan. Amaun sangat besar pada mulanya. Tapi duit ni akan di cover kalau berlaku kecemasan macam kereta tiba-tiba bateri kong, peti ais dah tak sejuk, anak demam, awek-awek demam. Biasanya dicadangkan untuk guna 5% dari gaji. Andai kata dana dalam tabung ni tak digunakan untuk bulan tu. Biarkan saja dalam tabung sebab bila terkumpul boleh guna untuk servis kereta korang, upgrade dapur rumah jiran, dan bayar road tax bila sampai ajal.

Tak da la serabut nak cekau mana duit masa perlu yak. Soo.. ini langkah awal. Penting sangat selain dari ada medical card.

Tabung Masa Depan

Tabung ni aku tak letak sebarang minima dan maksima. Macam entry sebelum ni yang korang boleh baca, semuanya bergantung pada duit kuning dan hijau aku dapat. Banyak bulan tu dapat la banyak. Sikit bulan tu dapat la sikit. Kadang sebulan ada RM300 kadang ada sampai RM3,000. Semuanya bergantung pada koleksi wang kuning dan hijau. Biasanya aku akan cuba push diri untuk dapat nilai yang aku puas hati. Cara aku adalah dengan letak RM5 hijau dan RM20 kuning saja. Kalau terguna kena cover double dalam tabung ni. 

Tabung ni sebenarnya untuk masa depan, mungkin nak upgrade rumah, beli moto baru, kawen, tambah anak, kawen lagi dan kawen lain. Kahkahkah… tu orang lain ye.

Tabung Kebajikan

Alright… bagi tabung kebajikan ni lebih kepada untuk menderma la selain derma tetap bulanan. Untung tabung ni biasanya aku akan masukan kalau aku ada buat jahat haritu. Contohnya mencarut, ada join mengupat, tertengok cerita yang tak sepatutnya, terpandang rendah pada orang. Biasanya memang dalam tabung ni penuh RM1. Sebab tabung letak ikut ikhlas hati, dan hati yang ikhlas memang RM1 ja setiap kali mencarut. Kahkahkah…

Tabung ni akan dikosongkan setiap hari jumaat. Maksud kata masa solat jumaat tu patut bawak tabung ni. Biasanya isi tabung ni akan berkurang kalau aku dok rumah mertua. Jadi baik ja gitu. Hahahahaha…

Tabung Gembira

Tabung gembira ni best. Tabung ni aku isi masa aku ada rasa aku buat baik pada haritu. Contohnya aku senyum dekat 10 orang dan buat orang tu tersenyum. Tolong jerit “Hujannnn!!!!” kalau hujan area rumah. Basuh pinggan orang lain makan. Alhamdulillah bulan Mac tahun ni dah pecah tabung ni. Nanti la aku cerita yang aku Alhamdulillah dapat bawak mak dengan adik beradik pi bercuti.

Nanti naaa.... Macam nak tercerita la pulak kan.

Tabung Belajar

Tabung ni ramai orang lupa. Dari kecik lagi kita cuba untuk upgrade diri dengan ilmu. Ilmu yang tentukan siapa kita. Disiplinkan diri untuk ada at least 1 buku 1 bulan. Cari saja buku apa yang memotivasikan, novel, majalah, komik atau tengok movie yang berilmu serta hadir ke kelas-kelas yang boleh generate ilmu banyak-banyak. Kebiasaannya untuk aku sendiri memang akan letak at least RM50 sebulan. Samaada beli buku atau belanja kawan untuk belajar dari dia.

Percayalah.. tabung ni yang bantu kita untuk upgrade ilmu diri dari siapa kita harini kepada siapa kita esok.


Ini adalah apa yang aku amalkan. Ada 1 lagi tabung. Tabung syiling. Tapi tabung ni lambat betoi nak penuh. Macam mana pun, aku sangat-sangat cadangkan korang yang nak ada duit lebih. Cuba disiplinkan macam ni. Tabungan ni duit lebih berbeza dengan pembahagian duit yang orang lain selalu share.

Macam mana pun.. tabungan ni still kena ikut keselesaan korang. Setiap orang ukur lilit pinggangnya berbeza. Untuk kita rasa sama adalah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada harini. Yeahhh… sama-sama usaha tau.

Jom..!! Disiplin..!!




25 comments:

  1. ok, paham.. idea ni super best. akn ditry. in shaa allah..

    ReplyDelete
  2. Yang penting niat menabung realisasikan

    ReplyDelete
  3. Idea yang bernas.. Nak buat tabungan macam nih kena ada disiplin kan.

    ReplyDelete
  4. setuju... yang penting disiplin...

    ReplyDelete
  5. Sedikit atau banyak yang disimpan tetap syukur..yang utama istiqhomah..

    ReplyDelete
  6. istiqamah... itu yg plg penting... kan...

    ReplyDelete
  7. bagus tips ni. tapi nak buat tu yang susah. kuning hijau tu pun susah nak buat. sobs

    ReplyDelete
  8. Perghhhh memang dah boleh jadi pakar kewangan dah ni hehe.

    ReplyDelete
  9. satu tabung lagi bro...tabung takaful..

    jika ada apa-apa berlaku boleh digunakan semasa kita dah tak mampu berbuat apa-apa lagi

    ReplyDelete
  10. belum ada banyak tabung, baru mula dengan tabung SI HIJAU. Ada buat juga tabung oren, tapi payah....

    ReplyDelete
  11. Wah bagus tips nih siap ada tabung gumbira gituuu.

    Lepas ni boleh try hihi. Terima kasih atas info ni

    ReplyDelete
  12. Perhh mantap idea ni! Nak start tu yang susahnya. Kena disiplin tinggi jugak nih. Solute bro :)

    ReplyDelete
  13. Kalau hakak yg buat gerenti kosong sampai hujung tahun Zul hihi...
    Hakak doakan moga ko suksess dgn pelbagai warna tabungan ko tu Zul...

    ReplyDelete
  14. menarik bekasnya. saya simpan bekas kuih je

    ReplyDelete
  15. Suami saya suka kumpul tabung duit 50sen besar dulu.
    Terikut-ikut masa duduk di Jepun di kedai 100yen ada jual tabung untuk yang duit syiling 500yen mereka.

    ReplyDelete
  16. bagus. banyak tabung ko kan. macam iols ada dua je tabung. tabung RM5 dengan tabung RM15 itu je yang mampu ukur lilit pinggang buat masa ni hahahaha

    ReplyDelete
  17. Omellnyeee tabung.. hehee.. Lea dah penah beli bekas utk dibuat tabung.. Tapi tak pernah berisi.. Hadoii.. tak kental betul.. Tak disiplin.. huh..

    ReplyDelete
  18. Amboi berwarna warni tabung Zul..
    Lebih semangat menabung dan yang penting konsisten..
    Baguslah, good idea..
    Keep it up!

    ReplyDelete
  19. banyaknya tabung. Nak menabung mmg kene ada displin yg tinggi.

    ReplyDelete
  20. banyaknya tabung... hehehe. apa yg penting rajin simpan dan jgn korek2 duit tu.
    selalunya tak nak simpan duit kertas dlm tabung tkut terguna. kumpul2 terus tukar msk asb.

    nice info ni helmi! dh ada family mesti nak kena simpan

    ReplyDelete
  21. semoga terus istiqomah pokcik..

    care e'in menabung tu ikut minggu kirenye kalau dah minggu ke 20, so kena simpan rm20 laa.. gittuwww.. hihi

    ReplyDelete
  22. Idea yang bagus dan menarik tapi Mrs. A surrender awal-awallah muahhhaaaaa....

    Mrs. A cuma ada satu tabung aje simpan kat bank. Satu bank dapat gaji simpan kat bank yang satu lagi tu, bank yang simpan tu disiplinkan diri memang tak akan gunapakai tapi ada gak kadang-kadang terrrrrrrrr guna tanpa sengaja.

    ReplyDelete
  23. bagus...
    sy pom amal menabung mcm ni..

    ReplyDelete
  24. boleh try menabung cara ni juga..

    http://herneenazir.com/2017/01/12/menabung-dengan-konsep-7-jars/

    ReplyDelete
  25. cantiknya botol.. hehe.. "Ada sen sket la sebab kena gst tercinta" memang tak boleh blah ayat ni hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger