ADA RM1,000 DUIT LEBIH BULAN NI. APA BOLEH AKU BUAT?
15.3.17
Bismillahirahmanirahim...
Alright... Entry kali ni aku nak ajak kita ramai-ramai fikir. Ala... fikir paling senang ja pun. Berangan tak salah. Tapi apa yang kita angankan sebenarnya boleh jadi kenyataan. Cuba bezanya adalah tindakan. Kita yang membezakan samaada untuk jadi angan-angan atau kenyataan kesan dari tindakan.
Cuba ambil masa, fikir sat.
InsyaAllah bulan ni ada lebih RM1,000. Entah macam mana rezeki yang berkat ada lebih. Sebelum ni cukup-cukup makan ja atau memang terpaksa berhutang atau memang ada lebih tapi dalam RM50. Itu pun sebab selit dekat belakang IC dalam wallet. Acah-acah tak nampak la kononnya.
![]() |
Ada RM1,000 lepas tak repair ni. Hehehe... |
Walau.. kadang-kadang ada orang yang baca tentang ada lebihan RM1,000 pun akan kata "Cehhh.. lebih seribu ja pun. Nak buat apa?!" Elakkan dari jadi orang macam tu na kawan-kawan. Sebab orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan sekecil yang kita ada sebab ktia yakin peluang untuk kita sentiasa ada. Cuma cepat atau lambat ja. Yang penting.. tindakan.
Jom berangan sat. Dengan RM1,000 ada orang akan fikirkan untuk kebajikan diri, kebajikan orang lain ataupun kebajikan diri dan orang lain. Macam mana tu? Hmmm.. tengah fikir la ni.
Ambil la masa 5 minit...
Hahhh... Sapa yang nak komen. Pastikan mulakan dengan ayat ni.
"Kalau aku ada lebih RM1,000 bulan ni....
InsyaAllah dengan angan-angan korang mungkin boleh dijadikan idea untuk kawan-kawan yang perlukan idea untuk mulakan hidup baru. Apa lagi? Kongsikan la. Hehehe..
Weh korang! Terima kasih. :)
33 kata zulhilmi kiut
Kalau aku ada lebih rm1000 bulan ni... aku akn langsaikan semua hutang kereta yg cuma tinggal dlm rm1k plus plus tu :D =)
ReplyDeleteBayar ptptn..half lagi simpan..hahha
ReplyDeleteKalau aku ada lebih RM1OOO bulan ini aku nak setelkan hutang MARA! selebihnya tuh nak simpan jer kot untuk emergency..hehe
ReplyDeleteKalau saya ada RM 1000, saya nak hadiahkan mak ayah saya dengan Vivix.
ReplyDeletekalau ada lebih 1000 bulan nih... akak nk beli baju raya utk family pastu bg skit kt mak abah n mertua akak....
ReplyDeletekalau ada lebih ye? hehe. belanja family, and selebihnya nak simpan. takpelah ada lebih menyimpan. kot lah ada emergency lain masa kan. leh pakai.
ReplyDeletekasi mak sikit, derma sikit, simpan sikit..mana lah tau ada bulan2 yg sesak & leh jer..buat beli apa2 yg kita nak. tak salah kalau nak enjoy but berpada2..
ReplyDeletebanyak benda boleh buat tu
ReplyDeleteNak beli emas..
ReplyDeletekalau sy ada 1000 lebih bulan ni saya nak beli mesin bigshot sizzix hrga 499 kemudian baki tu wat modal beli brang kraf& menjahit.huhu
ReplyDeletekalau aku ade lebih RM 1000.00 bulan nih nak bawak mak dengan ayah g makan kat Tony Romas.. hee~ lepas tu ade baki nak bayar geran tanah mak kat kampung, lepas tu nak beli Vivix Shaklee.. eh !! terbabas sudah.. macam tak cukup jek.. hahaha~
ReplyDelete"Kalau aku ada lebih RM1,000 bulan ni....nak beli kat mak mop spinning tu, hahaha, mak dah sound macam menarik banyak kali dah bila tengok go shop, cek duk menganggur lagi. cek is sedih. Doakan saya dapat kerja tau.
ReplyDeleteDan beli bagi cash kat abah, tak tahu la nak beli barang lelaki :P
kalau aku ada lebih RM1000 bulan ni....Alhamdulillah (sambil kesat air mata kesyukuran, bukan senang nak ada extra tu lepas tolak hutang san sini..hehe)
ReplyDeletePergi belanja mak ayah makan yang sedap sedap
ReplyDelete.
Bagi nafkah pada mereka.
.
Selebihnya simpan
jadi agen shaklee. kurang rm100 je. pastu beranak lagi duit. hihi
ReplyDeletememang mustahil laa sebab skrg pun duk guna ptptn yang tak smpai 1000 tu ja lagi, tapi xpe la kita berangan sat, kalau ada 1000 tu, buat simpanan nak guna untuk projek kot. lebih lagi p shopping, hehhe.ceh tak sedar diri pulak. buat tampung makan dekat univrsti kot.
ReplyDeleteseparuh dari duit itu saya sedekah....selebihnya buat belanja dan RM100 untuk mencarum dalam takaful..
ReplyDeleteMacam mustahil nak ada lebih RM1000 tu since sy student lagi but if ada, bagi mak ayah half, then yg lebih simpan.. hehe.
ReplyDeleteKalau aku ada lebih RM1,000 bulan ni aku nak habiskan duit tu belanja mak aku dan beli barang-barang yang patut. Tapi malangnya bukan setakat seribu. Seringgit pun menyorok dalam dompet ni! hahaa.
ReplyDeleteMemang tak akan lebihnya Zul sebab hakak tak kerja..... Nak berangan pun tak gun hihi
ReplyDeleteKalau aku ada lebih RM1,000 bulan ni....nak sedekah seikhlas hati dan belanja keluarga makan tu ja...cukup alhamdullilah!
ReplyDeletesalam kenal!
mimpiaria.blogspot.com
dapatkan unit pelaburan yang boleh bagi pulangan lebih lumayan dari ASB. kalau tak ada simpan je dalam ASB atau TH.
ReplyDeleteTAPI kalau ada hutang jahat yang interestnya tinggi, gunakan duit tu tuk kurangkan hutang tu
cis baru nak mintak banjer hahahahaha
ReplyDeleteseronok kalau ada lebih seribu.. kalau lea guna utk apa yg paling perlu.. kalau tak de pape keperluan, harus menjadi simpanan sahaja utk masa depan. hehhee
ReplyDeletebestnyalah kalau ada lebih rm1000 tu, boleh akak beli baju raya anak-anak dan anak buah dikampung.
ReplyDeletehm.. seronok baca jawapan orang lain... hm... saya sendiri masih lagi berfikir nak buat apa kalau dapat RM1000 tu... hm...
ReplyDeleteNak pergi cuti cuti Malaysia dengan keluarga bawa berehat.
ReplyDeleteCukup tu kalau nak pergi Penang kan.
Kalau aku ada lebih RM1,000 bulan ni nak beli playground anak2, beli kasut kerja, belanja mak ayah sikit, beli stok pampers susu anak untuk bulan2 seterusnya. jadi nanti bulan2 seterusnya ada la lagi duit lebih sebab dah beli pampers susu anak2 hikhikhik
ReplyDeletekalau ada bayar hutang mara! hahha tu saja hutang yg kena byr banyak sikit buat masa skrg.
ReplyDeletelebih2 tu simpan dikit dan bg kt mak lebih berkat. heeee
Kalau ada lebih seribu, kalau ada la yer... bagi mak dan mak sedara lebih dari biasa.
ReplyDeleteBelikan wet food banyak-banyak untuk cats yang jenama sheba dan utilities bil yang Mr. A bayar tu biar Mrs. A yang settlekan.
Kalau aida ada lebih RM1,000 bulan ni, in shaa Allah first nak beli nasi lemak utk semua opismet kat department aida. sorang sebungkus utk sarapan pagi.
ReplyDeletepastu nak naik umah kakak di cheras, beli barang utk masak nasi arab lauk kambing ke ayam ke, panggil adik beradik makan dinner ramai2.
esok tu, ajak asben perabih baki kat ikea cheras :)
aminnnn...
nak kena bayar duit denda kad pengenalan sebab hilang, huhuhu
ReplyDeletewww.neezalife.com
Handphone baru. Handphone ni ok tp skrg kena pakai up sikit. Tp yg budget punya ja dlm rm500, yg laen simpan sbb nak kena save duit kalau dah keje kot kena campak mana2 nak sewa rumah apa semua. huhu.
ReplyDelete