KENANGAN DAN KESIHATAN YANG UTAMA

ZULHILMI TEMPOYAK | 20.2.17 | 31 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sharing hari ni berkait jugak la dengan cerita sebelum ni yang Hilmi share tentang rindunya dekat ayah. Ehh.. ayah pasti dirindui. Ampa klik la link tu kalau teringin nak baca lagi. Cerita sebelum kahwin.

Setiap kali teringat ayah, mesti rasa tak cukup bakti. Tak cukup lagi beri sebab dalam hati rasa banyak gila kenangan. Banyak

Dulu pernah call ayah masa tengah kerja.
"Ayah... emi kerja ni nanti ada rezeki lebih, emi nak bawak ayah mak pi Mekah na."
Semenjak tu ayah selalu telefon. 
"Nanti emi bawak tok pi Mekah sekali na."

Kerap telefon habaq tu ja. Penuh Harapan.

Alhamdulillah... sekarang ada lebih rezeki. Tapi... ayah dah tak dak lagi. 

Gambaq ni ayah share dekat group. Seminggu sebelum ayah 'pergi'. Wakil JKKK ke Pangkor.
Bila imbau balik aku rasa macam aku dah dapat hint masa tolong ayah masak, masa raya dulu. Masak gulai. Tu memang favorite dia dan resepi power dia. Aku tolong potong gitu ja. Ayah macam dok kata nak demam.

Dia ada kata sakit kepala rasa macam nak demam. Tapi aku diam tengok sebab selalu ayah kuat dan dia akan layankan sendiri. Dia akan handle sendiri. Silap aku tak bawak terus check ke klinik masa tu. 

Bukan nak meratapi sangat. 

Tapi nak kongsi dengan ampa dekat luaq sana. Selagi masih ada, kita hargai, buat baik lebih dari dia asuh kita, kalau dia tak sihat terus ja gi klinik. Pastikan check kesihatan.

Semoga Allah pelihara Ayah dan kita semua di alam kubur dan ditempatkan dalam syurga. Allahumma salli ala Muhammad.

Lepas ni tak cerita sedih da. Dah redha. :')



31 comments:

  1. kalau aku dekat tempat ang tak tahu la mcm mana. Be strong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la. semua kuat. terima kasih Luqman. :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak dapat bayangkan kalau saya di tempat bro. mesti take time nak hilangkan rasa sedih tu. mesti setiap masa selalu teringat. Semoga terus kuat ya! :)

      Delete
  3. Klau masih ada ibu ayah, kena selalu cakna kesihatan mereka. Allahu sedih baca

    ReplyDelete
  4. Allah..sedih baca. ALfatihah untuk arwah ayah. Moga beliau di tempatkan bersama-sama orang beriman.

    ReplyDelete
  5. Tengok babah mama tak sihat pun PC menitik air mata...bagaimana lah nanti satu masa yang pasti bila Allah ambil babah mama PC...Allah..Allah..Allah..sungguh rasa tak kuat..moga Allah beri ketabahan kepada kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... dari kita sndr kena sentiasa doakan pada mereka kan. itu antara komponen penting dalam doa harian kita. :)

      Delete
  6. Sebak baca, mesti ada rasa sedih tu sebab belum sempat penuhi hasrat. Saya pun pernah berjanji nak bawa nenek saya tinggal dengan saya bila dah ada rumah, tapi nenek pergi dulu.

    Innalillahiwainnailayhirajiun.

    Semoga Allah terima kebaikan mereka, dan ampuni dosa mereka. Suatu hari nanti kita pun akan dijemput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillahiwainnailayhirajiun.

      Ameen.. semoga apa yg kita sentiasa doakan utk mereka adalah dpt utk mereka. kuat ye. :)

      Delete
  7. sedihnya. kesihatan infiniti harganya. anak demam skit pun dah kalut semalaman tak lena. bertabah ya. Allah uji sebab sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2.. semoga kita semua sntiasa dilindungi dan diberikan nikmat kesihatan berpanjangan. :)

      Delete
  8. ya Allah .. ALfatihah untuk arwah ayah.. smoga dia berada di kalangan org beriman. selalu kuat ye.

    ReplyDelete
  9. moga2 Allah beri kekuatan utk kita semua

    ReplyDelete
  10. alfatihah untuk ayah pokcik.. semoga terus kuat dan tabah ye..

    ReplyDelete
  11. AL-FATIHAH.
    Hati akan selalu terkenang kan orang yang kita sayangi lebih lagi kedua ibubapa.
    Tabahkan hati ya.

    ReplyDelete
  12. Sedihnye.. Moga terus diberi ketabahan dan kekuatan..

    ReplyDelete
  13. Moga terus tabah bro! Kita sebagai anak masih boleh berbakti kepada mereka yang dah tak ada. Doa anak yg soleh inshaAllah akan sampai kpd mereka. Keep praying. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. moga kita sama2 jd anak yg cintakan ibubapa, rasul dan Allah. :)

      Delete
  14. Btol btol mie. Mek stuju. Tp tkpe mie, boleh tunaikan cara lain pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mmg ada plan utk tu. Semoga dimudahkan kan2 .:)

      Delete
  15. Betullah Zul....hakak pun dah tak de ayah. Rasa tak cukup berbakti. Tp sekarang ni walau masih ada mak, tak dapat jugak nak berbakti lebih....tak boleh jugak nak jenguk selalu....huhu...Nak jenguk mak ayah mertua, nak layan family sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahh... kadang klu teringat tu blinang jugak.. hehe

      Delete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger