DAH SETAHUN KAHWIN

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.11.17 | 4 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Fuhh... tak sangka. Alhamdulillah... dah setahun kahwin. Terima kasih atas berkat doa hangpa semua. Ingat lagi masa nak kahwin dulu. Macam-macam tips mintak. Dari sebelum nikah sampailah di atas katil untuk susun hantaran. Kahkahkah...


Siapalah aku kan kalau tanpa kesabaran dan kehebatan isteri tercinta. Masa kahwin aku ni tak ada apa-apa. Hanya muka yang hensem dan manis dan sekarang Alhamdulillah ada keluarga bahagia dengan seorang anak soleh. Bila berkahwin ni sebenarnya memangnya macam ada kawan rapat. Kawan rapat yang sanggup dengar, yang prihatin dan sanggup kata InsyaAllah kita boleh. Terharu dengan isteri aku jugak.

Ulang tahun perkahwinan ni kami celebrate dekat The Face Platinum Suite. Boleh la nak acah macam ada bajet sikit. Aku tempah dekat AirBNB sambil ada family mertua aku. Seronok sebab isteri cuba buat suprise tapi sayang aku ni terlampau cepat tangkap. Walau dia beli kek apa kan aku tertanya dia pulak kek apa. Sedang dia cuba sorok-sorok. Ka dia acah sorok-sorok ja.


Kami stay jumaat sampai ahad. Jumaat tu just tengok view atas ja. Kalau tanya aku secara jujurnya biasa-biasa saja. Sebab kami hanya naik sekali ja untuk tengok view masa malam sabtu. Itu pun seminit dua ja. Mandi pun tak sebab ramai orang puteh sambil udara orang isap shisha apa tak selesa sangat dengan baby. Tak salah aku ada lagi 2 hotel lain area golden triangle ni yang hangpa boleh stay dan ada infinity pool. Harga pun rasanya lebih berbaloi.

Terima kasih kawan-kawan yang selalu support dan jenguk-jenguk blog sedu ni. Kadang tulis untuk kongsi rasa gembira dan syukur tu. Setiap orang berhak untuk rasa syukur dengan apa yang ada. Ingat tau kawan-kawan, sentiasa rasa syukur.  Walau kadang kita sendiri pun sedih sebab kita asyik tengok lebihnya orang lain. Macam mana nak rasa syukur tu? Nantilah kita kongsi.

”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nsscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat.” (QS.ibrahim [14|7])

Terima kasih baca. Love u. ehhh.. 


SAKIT KEPALA AMAT SANGAT

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.10.17 | 5 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Dua minggu lepas aku sakit kepala amat sangat. Dua hari lepas sakit kepada tu terus demam. Demam dengan batuk berkahak apa. Kahak tu kalau melekat dengan cermin mau kena kikih pakai pengikih simen tu. Then..  Balik Johor malam lagi bertambah pening sebab selang dengan silau lagi. Sebenarnya aku agak susah nak demam ni. Tapi sekali demam memang kena kuat semangat ja.

Dalam otak biasalah pikir macam-macam. Sakit ni la, sakit tu la. 

Sakit kepala aku masa tu rasa macam otak longgar. Setiap kali sujud ja sakit. Aku dok rasa sinus dekat hidung ja. Hidung rasa memang tersumbat sambil bini tolong google youtube untuk urut sinus la. Macam-macam teknik ada. Terharu aku dekat bini. Untung kan ada bini ni. Hehehe..


Nak dijadikan cerita sebab dah melarat sampai seminggu aku pun pi la klinik. Doktor kata migrain ni. Aku sebelum ni pernah rasa, tapi tak sampai sakit macam baru ni. Sebelum ni boleh tahan lagi. Baru tahu bila orang kata migrain sakit macam mana. Tapi level aku ni rasa terkawal lagi. 

Hangpa tengok. Ubat pun besaq jari aku yang memang besaq. 

Sebelum ke klinik tu aku dah siap berbekam lagi. Ada rasa lega sikit la. Tapi dah melarat sampai seminggu risau la jugak kan. Teringat pulak lemak-lemak yang naik ni, penarik kepada penyakit. Makan tak lalu masa tu. Tapi kalau orang ajak aku main futsal memang aku main jugak. Hehehe...

Saja nak kongsi dengan hangpa yang baru ni tak berapa sihat. Tu yang tak update blog tu. Kahkahkah... Best tak alasan. Padahal dah banyak kali tak update. Ada tak yang pernah kena migrain dan ada petua ka apa ka. Kongsi la sikit. 

p/s: malam sket baru kentut dekat blog hangpa la.



PLAN UNTUK JOIN LARIAN

ZULHILMI TEMPOYAK | 9.10.17 | 1 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Asyik update sebut pasai tak sempat nak menulis kan. Alasan ja memanjang. Terima kasih terus support blog yang kadang-kadang update ni. Nak peluk hangpa la kalau depan mata ni. Haaa.. nak acah macam betoi appreciate kan. Tapi memang appreciate. Terima kasih kawan-kawan.

Sebenarnya dah 5 penimbang berat aku cuba untuk timbang berat aku. Masalah yang aku alami sekarang tak tau yang mana betoi-betoi accurate. Kalau ikutkan dari cermin macam tak sampai 10kg. Tapi naik saja penimbang automatik berat melambung. Aku syak semua penimbang tu rosak.


Biasanya orang kata berat badan ni adalah biasa bila naik tak turun-turun selepas kawen. (Jaga hati la.. )

Jadi untuk buktikan berat badan hanyalah sekadar angka yang turun naik macam harga minyak. Walau harga minyak lagi banyak naik dari turun. Aku plan untuk join larian yang ada dalam Malaysia. So far aku tengok memang banyak la event larian yang ada dekat www.justrunlah.com tu. Tapi banyak yang tak kena dengan jiwa la. Boleh pakai alasan ni?

Aku sebenarnya harap ada la larian yang 2km. Yala... baru nak mula berlari. Satgi tak habeh larian memang segan-segan pulak aku. Tambah pulak berapa hari ja nak prepare kan. Satgi sakit kaki memang setahun kemudian la aku lari-lari ni kan.

Sekarang tengah memilih lagi larian ni. Yuran dia pun not bad jugak la kan. (Memang kuruih poket jugak)

Hangpa ada tak yang selalu join lari-lari ni? Boleh tak share tips atau pengalaman best untuk budak baru nak join ni supaya orang kata bila pi first time tu nampak macam dah pro sangat la. Kehkehkeh..

Share la sikit weh...


DAH SELAMAT BERSALIN

ZULHILMI TEMPOYAK | 13.9.17 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Hai kawan-kawan. Didoakan hangpa semua sihat na. Harini aku nak update dan nak share dengan hangpa yang bini aku dah selamat bersalin anak yang comel secara normal 15 Ogos 2017 yang lepas dengan berat baby 3.5, seorang hamba Allah berjantina lelaki. Alhamdulillah...

Harini baru nak update kira ok la dari setahun lagi nak update kan. Hahahaha...

Bila dah jadi bapak ni baru kita terasa perit jerih mak ayah kita dulu yang hebat dalam besarkan kita. Aku malam first anak menangis pun dah mengelabah nak buat apa. Tambah lak kesian tengok wife keletihan.

Yang lagi best aku dapat masuk dan tengok sendiri anak aku keluar. Kehebatan bini aku dalam dewan bersalin. MasyaAllah... hebat kan kaum wanita ni. Syukur juga sebab memang mudah masa bersalin. 

Allahuakbar... Bila tengok dan hayati aku kena belajar lagi untuk lebih menghargai isteri. Tak tau nak ungkapkan terima kasih dekat bini tu macam mana. Kadang diri ni nakai jugak. Semoga aku dapat jadi ayah yang baik dan menghidupkan keluarga sakinah mawaddah kan. Doakan aku nak kawan-kawan.

Okay... share ni saja dulu. InsyaAllah... Nanti aku share apa yang cabaran yang kami hadapi sepanjang tempoh mengandung. Terima kasih sudi baca blog yang acah-acah hapdate ni. Kahkahkah....

SELAMAT HARI LAHIR ZULHILMI

ZULHILMI TEMPOYAK | 13.7.17 | 12 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Fuhhh... lama tak update. (OK.. ni ayat standard)

Apa habaq semua kawan-kawan. Kalau ada rindu komen sikit dekat bawah. Nak jugak la bajet macam artis kan. Sebenarnya aku saja update sebab dah lama rasanya tak blogwalking. Rindu jugak la nak singgah blog hangpa. Nak menggatai macam dulu tak boleh dah. Kena sayang bini kan. Kahkahkah...


Tajuk atas tu sebab berharap hangpa komen Selamat Hari Lahir dekat komen dan PM aku sebab nak bagi aku hadiah. 

Alhamdulillah... Terima kasih ucapan dan ingatan hangpa. Terharuuuu... Dah 27 tahun hidup, walaupun ramai kata muka macam 17. Siap jiran aku yang sekolah lagi pun panggil aku adik. Hmmm.. susah pulak bila baby face ni.

Terima kasih atas segala sokongan, kasih sayang, dan perhatian. Terima kasih juga sebab hadir dalam hidup untuk berkongsi impian, kejayaan, ilmu, inspirasi dan kemanisan kehidupan. Kita mungkin berbeza impian tapi harapan untuk berjaya kita adalah sama. Semoga kita tak berputus asa untuk sentiasa mendoakan kebaikan kita sama-sama.

Jauh lagi perjalanan, tapi bila-bila pun akan terhenti. Aku mohon maaf untuk segala salah silap aku. Tolong-tolong-tolong tuntut jika aku berhutang dengan hangpa. Tidak kan aku halang kalau hangpa halalkan. Cuma doakan sama-sama dapat keberkatan.

Tolongkan doakan supaya apa yang saya impikan tercapai na. Semoga Allah rahmati kita semua.

Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Dah berusia ni tandanya lagi dekat dengan mati. Ehhh.. mestilah kena ingat mati. Kena bersedia sebab orang yang ingat tentang kematian ni orang yang bijak.

“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

Aku tak la baik dan jauh lagi sempurna. Cuma kadang terlintas. Kalau aku mati mesti masa tu orang baru akan godek cari pasal aku. At least ada la nampak sikit baik untuk orang kata baiknya aku masa hidup dulu kan.

Terima kasih semua yang sudi baca. Semoga ada lebih manfaat.

Satgi ka tengah malam sikit lagi ka aku blogwalking la na.



HILANGKAN LENGUH DENGAN JUS LUTOX DNARS.

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.6.17 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Pertama sekali nak. Kahkahkahkah... lama tak update story. Maafin saya buk. Harap ada la jugak yang rindukan laki orang ni kan. Kalau ada jangan gatai PM. Komen ja kat bawah. Kang tak memasal aku kena tidoq luaq. (takut...)

Baru ni ada tengok kawan share contest menang duit raya dari DNARS dekat facebook DNARS JUS LUTOX . Cuma LIKE, KOMEN, SHARE & TAG dan HASTAG #DuitRayaDnars. InsyaAllah ada rezeki tak kemana. 1 Syawal ni keluar result lepas tu, 2 Syawal terus dapat duit raya untuk pemenang. Kalau korang nak join tu cepat-cepat la sebelum hari raya. Ada rezeki tu ada la kan. InsyaAllah.


Sebenaqnya pernah dengar tentang Jus Lutox Dnars ni. Tapi tak pernah tau sangat untuk apa, so dah kebetulan join contest Duit Raya ni terus baca mencari info Jus Lutox ni. Asyik tau hebat Dnars ja. Not bad juga la produk ni. Tengok testimoni pengguna Lutox ni pun boleh kata positif ja semua. Alhamdulillah kan.. Nak try jugak la rasa.


Aku bukan apa, dalam bulan puasa ni banyak juga beraktiviti. Siang kerja, malam solat Terawih pastu kadang-kadang kemas rumah. Biasalah mood nak raya pertama kali dengan bini (kahkahkah.. gelak setan kena ikat). Dekat-dekat nak raya ni lenguh badan sebab dok shopping. Ehhh.. tak banyak pun. Tapi dah memang sesak kan. Kereta sesak sampai asyik tekan brek, dalam butik lenguh berdiri test baju. Rasa berotot pulak tangan ni.

Nak dijadikan cerita dah kebetulan baca tentang Jus Lutox Dnars ni. Aku kongsikan ada 12 kebaikan utama Jus Lutox Dnars ni dengan korang. Ala.. tau la sikit kan.

1) Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
2) Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
3) Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
4) Melancarkan peredaran darah.
5) Melancarkan proses penghadaman.
6) Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
7) Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
8) Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
9) Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
10) Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
11) Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
12) Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh


Tapi kan.. mulanya risau juga la, sebab tak tau apa kandungan Jus Lutox Dnars ni. Terus Tanya contact FB Dnars tu sebab nak cuba tapi risau apa la yang ada dalam Jus Lutox ni. Lepas dorang terangkan Jus Lutox ni hanya guna bahan semula jadi, terus la angkat. Antara kandungan utama yang ada macam Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, bayam, Markisa, garam bukit dan Delima. Tengok kandungan pun dah jadi yakin sangat dengan khasiat yang InsyaAllah kita boleh dapat. Jiran-jiran terangkat. Ehhh.. jiran pulak.

Alhamdulillah yang lebih meyakinkan bila Jus Lutox Dnars ni mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Tak da la bila minum dengan saudara atok dengan opah ni ditanya pulak halal ke kan. Nak balik kampung nak juga kongsi dengan dorang.

Mostly bila baca review pengguna yang dah minum Jus Lutox Dnars ni ada yang kongsi seronok sebab dah tak rasa sakit lutut lagi. Ada juga yang kongsi dah lama sakit sendi tapi Alhamdulillah lepas minum Jus Lutox Dnars memang membantu memulihkan. Makin tak sabar lak nak cuba minum ni.


Kiranya kalau minum bulan-bulan puasa ni memang lagi bertambah la tenaga. Hujung nak dekat raya ni tak la rasa lemau sangat badan kan. Jadi aku pun apa lagi. Tengah tunggu jus Lutox Dnars sampai rumah ja ni. Jus Lutox Dnars boleh diambil setiap hari dan sesuai untuk seisi keluarga. Jadi balik raya bukan minum sorang tau. Minum satu keluarga, atok, opah, saudara, sepupu, da nada lebih boleh la kongsi dengan tetamu yang dating.

Jadi kalau korang nak info dan nak order Jus Lutox ni boleh terus secara atas talian dekat  :

Website : www.lutox.com.my
FB : https://www.facebook.com/juslutoxdnars/


Hati-hati balik beraya tu tau kawan-kawan.


INI #MYTravelAdventure TRAVELOKA SAYA!

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.5.17 | 22 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Nak cerita pengalaman #MYTravelAdventure aku dengan family a.k.a bini tersayang aku masa bulan November dulu. Ni kiranya macam first honeymoon kami. Panjang cerita ni tapi dipendekkan sebab korang tau la tahap “kerajinan sangat aku ni”. Harap korang boleh baca sambil makan popcorn dan tak lupa ajak jiran sekali baca na.


Alright… first adventure aku dengan isteri kami pi honeymoon ke Grand Lexis, Port Dickson. Sebenaqnya tak share dekat sapa pun dan ni first time reveal (bajet ja aku kan). Masa kami pi ni kiranya waktu cuti sekolah, memang padat dan rezeki kawen kami aku dapat jugak bilik yang awesome dan selesa. Alhamdulillah…

Kami check-in dalam jam 3 petang macam gitu sebab team Grand Lexis setupkan bilik. Yala.. tengah honeymoon mestilah nak yang mengaum sket kan. Masuk bilik mesti nak ada orang kata “terima kasih sayang” (harap kali ni tak dak orang muntah la baca walau aku pon loya).


Bestnya Grand Lexis ni sebab kolam dalam bilik. Memang private dan ikut suka hati aku la nak pakai macam mana pun (please jangan baying). Bini aku punya excited sampai bawak pelampung. Ingat aku la… pelampung sikit punya besaq dan mangsa nak meniupnya laki dia yang memang angin banyak ni la. Penat oooo meniup.


Hari kedua masa dekat Port Dickson kami penuhkan dengan pi main Go Kart, memanah dan ATV dekat Extreme Park, PD. Alang-alang dah sampai kami main semua benda. Memang adventure sebab tu kali pertama aku main go kart dengan ATV. Tapi depan bini aku lain sket la, kena la buat macam berpengalaman. Lelaki kan.. mana boleh kalah (kahkahkah..).

Go-Kart tu boleh dalam 20 minit rasanya. Banyak jugak la pusing dengan langgaq lopak sebab air bertakung sampai basah la baju-baju ni. Nampak habeh bentuk badan sasa aku ni. Nasib baik makcik yang main sekali tu tak melting sangat. Nak jaga sikit la bila jadi laki orang ni (Nampak tak mithali).


ATV dekat Extreme Park ni best! Bestnya sebab ATV aku mati tengah jalan. Bini aku punya ATV pun mati tapi dia dapat yang sedap lak brother yang jaga tu bagi. Bila ATV ni mati macam-macam la skill kena buat sampai kena towing la ATV aku. Bayangkan la aku (seperti gambar dibawah) ditowing ATV brother lead tu. Memang menjerit bai ATV tu. Rasanya sebab hujan kot malam sebelum tu, jadi berlopak tu memang kaw-kaw. penuh adventure. Tapi view dia masa lalu tepi laut memang best! Aku cadangkan untuk yang rasa nak cuba first time untuk ke sini.


Makan dekat PD ni macam-macam. Kami sempat makan Char Koteaw paling power dekat PD sambil tak lupa ayam bakaq koboi tu. Makan memang tak dak masalah. Kalau betoi masalah pun samaada larat makan atau larat tengok ja. Best jugak la merasa masakan rare dekat sini kan.

Sebenarnya ada yang best!

Apa yang manisnya, sebulan kemudian baru kami tau yang Alhamdulillah… sebenarnya masa tengah mengembara gila-gila ni kami bukan bercuti 2 orang. Tapi sebenarnya dah bertiga. Ya…!! Zulhilmi Jr. Alhamdulillah..!!! walau muka baby face aku dah jadi bapak (tengok muka aku memang macam bapak orang pun sebelum ni).

Sebenaqnya risau jugak. Yala… dah naik ATV, main go kart, memanah, lompat pantai, main basikal, berenang 8 round setiap sesi, makan tak ingat dunia. Tapi bila ingat balik dengan doa, InsyaAllah… travel macam mana pun kita, Allah sentiasa lindungi kita bila kita bersyukur yang kita berdaya buat apa harini dengan izin Dia. 

Masa tempah untuk tidoq dekat Grand Lexis, Port Dickson ni mestilah aku buat booking dekat https://www.traveloka.com/en-my. Siap hantar email mintak macam-macam lagi. Nak bilik bawah sebab nak kolam renang tertutup, nak ada bunga-bunga honeymoon, nak payung, nak berkepit. Ehhhh… Tapi Traveloka memang sangat membantu bersama team Grand Lexis, Port Dickson.


Sebenarnya masa menulis ni rasa sayu jugak la. Sebab kebanyakkan gambaq aku masa bercuti yang penuh cabaran ni ada dalam phone S6 yang sudah terperam dalam air masa hujan. Sooo.. gambar ni aku rembat dari phone bini aku. Mostly banyak gambaq kami berdua berkepit ja (biasalah baru kawen kan. Kahkahkah…) Jadi aku kongsi mana yang dapat ja na.

Terima kasih kawan-kawan sudi baca. Jangan lupa LIKE post ni dan KOMEN. Memang aku ada masa akan wajib singgah tengok blog korang. Terima kasih tau terus support.





JUAL DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA DI VENTUREGRAB.COM

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.5.17 | 5 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Arghhh..!!! Lama gila bapak tak hapdate. Maaf la... Tau ada ja yang rindu kan. Haraplahhhh... hehe.. Sebenarnya ada ja masa. Tapi macam biasa, cabaran untuk sesiapa yang ada idea tapi lambat bertindak. Banyak gila benda nak kongsi dengan korang ni sebenarnya.

Tengok tips kawen korang share dekat aku pun bertimbun tak share lagi.


Untuk kali ni aku kongsikan dulu website best untuk korang yang nak kembangkan perniagaan samaada dengan mencari rakan niaga, rakan sekutu, nak jual perniagaan atau nak jual sebahagian perniagaan korang ke medium yang memang sesuai dan tepat.

Tengok... cara penulisan aku pun nampak educated la kali ni. Kahkahkah...

Alright... berdasarkan pemerhatian dan pemahaman aku, VentureGrab.com ni adalah platform terbaik untuk berkongsi tentang perniagaan korang. Portal yang baru diasaskan ini sebenarnya adalah portal untuk memudahkan dan melancarkan proses jual beli perniagaan serta untuk perniagaan yang nak berkembang lagi.

Bagi aku portal ni menarik. Maksud aku menarik sebabnya andai kata kita ada lebihan atau dapat bonus tahunan then kumpul dan kumpul ada RM10,000. Sebenarnya RM10,000 kita ada pilihan lain. Tapi tak salah jugak kalau kita nak cari peluang dengan mencari rakan niaga yang perlukan dana tambahan dan kita sebagai Co-Founder. Secara tak langsung juga kita boleh namakan diri kita investor dan jana pendapatan tambahan.


Buat masa ini VentureGrab.com bergerak di facebook yang mana kalau korang berminat boleh join group di FB. Sangat-sangat disarankan untuk masuk dulu dan biasakan macam mana peluang yang ada.

Ok kawan-kawan jangan lupa! 


Malam ni aku hapdate lagi sebagai Travel Fashion 8,938,712 yang dok mengaktifkan diri balik.

Jangan lupa tinggalkan jejak anda. Komen dekat bawah dan kita sama-sama blogging. Bagi la support sikit untuk member nak nulis ni. Kahkahkah...



PANDUAN IBU BERSALIN

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.4.17 | 23 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Kali ni tak nak sembang banyak. Nak paksa korang yang tengah dok stalk blog acah idaman Malaya ni untuk LIKE dan SHARE page facebook ni. Maaf la ni bukan sponsored post cuba lebih kepada support impian kawan-kawan. Kahkahkah... (gelak acah kejam)

Apa yang best sangat kalau korang LIKE?


Perlu ka nak LIKE page Panduan Ibu Bersalin ni?

Mulanya aku pun macam tu. Yela.. apahal nak paksa-paksa LIKE pastu SHARE info yang kecik-kecik anak ni. Tapi lepas aku dengar impian kawan aku ni aku setuju dan aku rasa kita ramai-ramai kena paksa kawan-kawan lain untuk dapatkan info yang tepat dan memang membantu para ibu terutama dari segi sebelum dan selepas bersalin. Nampak aku macam ayah-ayah lak kan.

Apa yang menariknya dalam page ni dorang ada kongsikan panduan untuk ibu, ayah dan beberapa quote serta ayat untuk positifkan kehidupan. Ramai juga kadang ayah-ayah yang tak alert untuk ambil tahu hal berkaitan sebelum dan selepas bersalin. Apa yang boleh kita buat adalah SHARE dan ingatkan mereka.

InsyaAllah aku tak lama lagi pun akan jadi bapak. Alhamdulillah...

Cuma sepanjang proses ni aku belajar banyak benda yang lebih mencabar. Keluar masuk hospital. Tidur di wad dan aku percaya yang aku kena belajar lebih untuk sokong isteri aku. Macam orang tua kata la, "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".

Nanti aku akan share juga liku-liku yang dihadapi sepanjang beberapa bulan perjalanan ni dan juga baki beberapa bulan berjalan ni. Mungkin ada yang perasan aku ada upload semua tentang isteri aku. Asyik-asyik tentang isteri. Bukan apa, kadang aku terfikir dan aku takut aku kurang bagi penghargaan pada isteri aku. Huhu.. macam sedih..

Penghargaan bukan hanya dengan harta benda. Kadang ambil berat pun orang dah happy.

Btw kawan-kawan. Terima kasih kerana selalu support blog ni walau tak ada apa. Apa yang aku mampu share hanya sedikit pengalaman yang mana aku pun dapat pengalaman dari baca blog korang.

Jangan lupa LIKE Panduan Ibu Bersalin.

Terima kasih kawan-kawan. Love u oll.

Rasa macam serius la entry kali ni. Kahkahkah...


AMAL TABUNGAN NI. SIKIT-SIKIT LAMA JADI BUKIT.

ZULHILMI TEMPOYAK | 27.3.17 | 25 Comments
Bismillahirahmanirahim…

So… dari perkongsian entry sebelum ni, aku nak kongsi yang macam mana aku buat tabungan untuk diri. Mungkin korang semua boleh dapat idea untuk buat dekat family dan diri sendiri. Semuanya ikut kesesuaian dan kepentingan masing-masing. Sebenarnya benda gini tak ada format. Yang perlu ada hanya disiplin diri dan macam mana kita atur. Tulis dah macam pakar kewangan. Kahkahkah…


Bagi yang tengah cari idea mana nak dapat tabung ka apa, aku cadangkan korang pi ja cari tong macam aku ni dekat kedai 2 hinggit. Ada sen sket la sebab kena gst tercinta. Tapi nice dan tahan. Tapi jangan peram sampai kosong bertahun la ye. Amal..!!

Ada 5 tabung yang aku biasa buat.

Untuk tak peningkan korang nak baca panjang-panjang, aku pointkan terus. Kalau tak paham baca banyak kali tau. 

Tabung kecemasan

Ini tabung yang paling penting bagi aku. Aku disiplinkan diri untuk letak RM300 setiap bulan. Amaun sangat besar pada mulanya. Tapi duit ni akan di cover kalau berlaku kecemasan macam kereta tiba-tiba bateri kong, peti ais dah tak sejuk, anak demam, awek-awek demam. Biasanya dicadangkan untuk guna 5% dari gaji. Andai kata dana dalam tabung ni tak digunakan untuk bulan tu. Biarkan saja dalam tabung sebab bila terkumpul boleh guna untuk servis kereta korang, upgrade dapur rumah jiran, dan bayar road tax bila sampai ajal.

Tak da la serabut nak cekau mana duit masa perlu yak. Soo.. ini langkah awal. Penting sangat selain dari ada medical card.

Tabung Masa Depan

Tabung ni aku tak letak sebarang minima dan maksima. Macam entry sebelum ni yang korang boleh baca, semuanya bergantung pada duit kuning dan hijau aku dapat. Banyak bulan tu dapat la banyak. Sikit bulan tu dapat la sikit. Kadang sebulan ada RM300 kadang ada sampai RM3,000. Semuanya bergantung pada koleksi wang kuning dan hijau. Biasanya aku akan cuba push diri untuk dapat nilai yang aku puas hati. Cara aku adalah dengan letak RM5 hijau dan RM20 kuning saja. Kalau terguna kena cover double dalam tabung ni. 

Tabung ni sebenarnya untuk masa depan, mungkin nak upgrade rumah, beli moto baru, kawen, tambah anak, kawen lagi dan kawen lain. Kahkahkah… tu orang lain ye.

Tabung Kebajikan

Alright… bagi tabung kebajikan ni lebih kepada untuk menderma la selain derma tetap bulanan. Untung tabung ni biasanya aku akan masukan kalau aku ada buat jahat haritu. Contohnya mencarut, ada join mengupat, tertengok cerita yang tak sepatutnya, terpandang rendah pada orang. Biasanya memang dalam tabung ni penuh RM1. Sebab tabung letak ikut ikhlas hati, dan hati yang ikhlas memang RM1 ja setiap kali mencarut. Kahkahkah…

Tabung ni akan dikosongkan setiap hari jumaat. Maksud kata masa solat jumaat tu patut bawak tabung ni. Biasanya isi tabung ni akan berkurang kalau aku dok rumah mertua. Jadi baik ja gitu. Hahahahaha…

Tabung Gembira

Tabung gembira ni best. Tabung ni aku isi masa aku ada rasa aku buat baik pada haritu. Contohnya aku senyum dekat 10 orang dan buat orang tu tersenyum. Tolong jerit “Hujannnn!!!!” kalau hujan area rumah. Basuh pinggan orang lain makan. Alhamdulillah bulan Mac tahun ni dah pecah tabung ni. Nanti la aku cerita yang aku Alhamdulillah dapat bawak mak dengan adik beradik pi bercuti.

Nanti naaa.... Macam nak tercerita la pulak kan.

Tabung Belajar

Tabung ni ramai orang lupa. Dari kecik lagi kita cuba untuk upgrade diri dengan ilmu. Ilmu yang tentukan siapa kita. Disiplinkan diri untuk ada at least 1 buku 1 bulan. Cari saja buku apa yang memotivasikan, novel, majalah, komik atau tengok movie yang berilmu serta hadir ke kelas-kelas yang boleh generate ilmu banyak-banyak. Kebiasaannya untuk aku sendiri memang akan letak at least RM50 sebulan. Samaada beli buku atau belanja kawan untuk belajar dari dia.

Percayalah.. tabung ni yang bantu kita untuk upgrade ilmu diri dari siapa kita harini kepada siapa kita esok.


Ini adalah apa yang aku amalkan. Ada 1 lagi tabung. Tabung syiling. Tapi tabung ni lambat betoi nak penuh. Macam mana pun, aku sangat-sangat cadangkan korang yang nak ada duit lebih. Cuba disiplinkan macam ni. Tabungan ni duit lebih berbeza dengan pembahagian duit yang orang lain selalu share.

Macam mana pun.. tabungan ni still kena ikut keselesaan korang. Setiap orang ukur lilit pinggangnya berbeza. Untuk kita rasa sama adalah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada harini. Yeahhh… sama-sama usaha tau.

Jom..!! Disiplin..!!




ADA RM1,000 DUIT LEBIH BULAN NI. APA BOLEH AKU BUAT?

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.3.17 | 33 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Alright... Entry kali ni aku nak ajak kita ramai-ramai fikir. Ala... fikir paling senang ja pun. Berangan tak salah. Tapi apa yang kita angankan sebenarnya boleh jadi kenyataan. Cuba bezanya adalah tindakan. Kita yang membezakan samaada untuk jadi angan-angan atau kenyataan kesan dari tindakan.

Cuba ambil masa, fikir sat.

InsyaAllah bulan ni ada lebih RM1,000. Entah macam mana rezeki yang berkat ada lebih. Sebelum ni cukup-cukup makan ja atau memang terpaksa berhutang atau memang ada lebih tapi dalam RM50. Itu pun sebab selit dekat belakang IC dalam wallet. Acah-acah tak nampak la kononnya.

Ada RM1,000 lepas tak repair ni. Hehehe...

Walau.. kadang-kadang ada orang yang baca tentang ada lebihan RM1,000 pun akan kata "Cehhh.. lebih seribu ja pun. Nak buat apa?!" Elakkan dari jadi orang macam tu na kawan-kawan. Sebab orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan sekecil yang kita ada sebab ktia yakin peluang untuk kita sentiasa ada. Cuma cepat atau lambat ja. Yang penting.. tindakan.

Jom berangan sat. Dengan RM1,000 ada orang akan fikirkan untuk kebajikan diri, kebajikan orang lain ataupun kebajikan diri dan orang lain. Macam mana tu? Hmmm.. tengah fikir la ni.

Ambil la masa 5 minit...

Hahhh... Sapa yang nak komen. Pastikan mulakan dengan ayat ni.

"Kalau aku ada lebih RM1,000 bulan ni....

InsyaAllah dengan angan-angan korang mungkin boleh dijadikan idea untuk kawan-kawan yang perlukan idea untuk mulakan hidup baru. Apa lagi? Kongsikan la. Hehehe..

Weh korang! Terima kasih. :)


BERCUTI KE PENANG DENGAN TRAVELOKA

ZULHILMI TEMPOYAK | 9.3.17 | 46 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Rasa ramai yang dah tau yang aku baru bernikah. Kahkahkah…

Rasa macam nak merasa honeymoon dekat tepi pantai. Soo.. terfikir kali ni rasa nak pi bercuti kat negeri yang terkenal dengan nasi kandaq. Mana lagi kalau bukan Pulau Pinang. Yeahhh..!! Orang kita panggil Penang. Bila kita sebut Penang, kita tau tempat tumpuan pelancong dari segi keindahan alam sekitar dan kemudahan tempat penginapan. Penang jugak terkenal dengan kekayaan dan kepelbagaian budaya masyarakat setempat. Prasarana lain yang serba lengkap juga telah menjadi daya tarikan pengunjung tempatan dan warga asing untuk datang melawat. Tapi itulah, aku masih belum decide lagi nak bermalam kat mana. Macam tahun-tahun yang lepas masa bercuti kat sana, aku stay dekat Alora Hotel Penang, the best hotel in Penang Island. Penginapannya sangat awesome dan aku memang recommended dekat korang kalau nak bercuti kat sana.
Untuk korang tau, tempat penginapan ni berdekatan dengan Kompleks Bukit Jambul dan cuma 5 minit memandu saja untuk ke Queensbay Mall. Sangat dekat kalau korang nak cari tempat untuk ber shopping dan cuci mata. Tak yah pi jauh-jauh. Bukan tu ja, hotel juga terletak dalam jarak 15 minit pemanduan dari Jambatan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Pulau Pinang. Kalau nak datang bercuti naik flight pun tak ada masalah. Jarak nak ke Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong pun dekat. Kira memang lokasinya terletak di kawasan yang amat strategik la. Korang tak akan rugi kalau book Alora Hotel ni sebagai tempat penginapan untuk percutian korang.
Tambah lagi, biliknya sangatlah besaq dan luas. Masa pertama kali check in kat sini, aku rasa teruja gila la. Mana taknya lantai hotel lengkap dengan lantai kayu berwarna coklat dan krim neutral. Ada rasa suasana tradisional jugalah dengan warna-warna macam ni. Kemudahan dalam bilik jugak sangat lengkap seperti ada peti ais mini, TV, WIFI, toiletries, aircond dan kemudahan membuat kopi/teh. Ada juga ruangan untuk berehat sambil bersembang dan balkoni yang cukup besaq untuk lepak di waktu malam sambil menikmati suasana malam. Fuhh.. feeling romantic kot. Yang paling tak boleh lupa, air pancut kuat sampai rasa macam mandi dekat rumah sendiri ja. Memang best. Yelah terkadang tu ada juga hotel yang air pancut dia macam hidup segan mati tak mahu ja. Kahkah..
Restoran Deen - Nasi Kandar Terbaik Pulau Pinang

Tapi dekat sini memang tak ada masalah.
Kalau korang datang dengan kereta, memang tak yah pening-pening fikir nak park dekat mana sebab Alora Hotel Penang ada kemudahan tempat letak kereta dan ianya Percuma OK. Nak parking dekat luar hotel pun boleh cuma korang kena letak kuponlah, kalau tidak nanti tak memasal saja kena saman dengan MBPP. So, dah ada kemudahan yang disediakan guna sajalah. Selain tu, Nak cari tempat makan pun senang. Kiri kanan depan belakang ada tempat makan yang best. Maklumlah, Penang kan dikenali sebagai 'Syurga Makanan'. Paling dekat ialah Kayu Nasi Kandar, Restoran Nasi 7 Benua, Bangkok Tomyam. Dok mengarang ni pun dah meleleh ayaq liuq.
Hmmm, tapi itulah. Sayangnya aku dengar cerita hotel ni dah tutup. Jadi, kena plan laa untuk cari tempat penginapan yang lain. Tapi jangan risau, bagi memudahkan pencarian bolehlah cari hotel yang lain di Traveloka.com. Sebenarnya, kalau korang nak tau dekat website Traveloka ni terdapat ada dari 100 hotel terkemuka di Asia Tenggara dan korang juga boleh layan potongan harga yang sangat menarik.

Rambang mata bila bukak Traveloka.com.
Aku dah senaraikan beberapa hotel yang best untuk aku bermalam di Penang nanti antaranya ialah The Krystal Suites, N-Park Homestay, dan Apple 1 Hotel. Semua tempat penginapan yang aku senaraikan tu, kemudahan dan perkhidmatannya lebih kurang sama dengan Hotel Alora. Selesa dan sangat berpatutan. Tapi, too bad sebab hotel ni dah ditutup. Macam manapun, korang boleh dapatkan hotel yang sama best macam Alora hotel ni dalam Traveloka.com!
Apa yang menariknya lagi, korang juga boleh menggunakan Traveloka hanya dihujung jari saja. Search ja hotel yang berdekatan landmark pilihan korang. Haa, tunggu apa lagi? Cepatlah download Traveloka App kat smartphone korang dan pilih lokasi mana yang korang nak bercuti. Janganlah frust jika tak dapat book Alora Hotel sebab banyak lagi tempat penginapan yang lain korang boleh pilih. Satu tips aku nak bagitau dekat korang, kalau nak booking hotel atau flight better korang booking dengan menggunankan apps saja sebab harganya jauh lebih murah berbanding booking di https://www.traveloka.com/en-my/.
Balik weh!

Kan best kalau lagi boleh jimat. Okay tu ja yang aku nak kongsi. Harap kita dapat buat pilihan yang bijak. Tak sabaqnya nak honeymoon!

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger