MULUT AKU MAKIN BERBAU. RISAU WEH!

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.6.16 | 31 Comments
Bismillahirahmanirahim,

Segan nak cerita tapi memang kena mula. Biasa orang kata bila puasa tu dah biasa sangat dah mulut berbau kan. Kalau kita berdepan dengan orang mulut berbau biasanya kita pun acah-acah tahan muka saja. Takut tegur kecik hati.

Tapi aku ni pulak, jenis kawan yang jujur sejujurnya untuk habaq mulut aku berbau. Yala... mana kita nak perasan kan. Biasanya teguran ni bulan biasa. Kalau bulan puasa lagi cover-cover laa mulut tu. Diri sendiri faham kan yang bukan semua orang boleh tempuh bau mulut kita.

Kadang kita sendiri tambah pulak bulan puasa bila meeting ja mulut tu nipis ja bukak. Tangan mesti cover-cover sikit taknak orang terpaksa pejam celik ja dengan bau yang penuh pancaroba.


Baru ni aku dengaq IKIM.fm. Haaa.. tengok tu aku dengaq apa. Hahaha.. kebetulan. Terdengar tentang mulut busuk sebab usus kotor. Macam-macam la hint dia bagi sampai terasa tak selamat badan aku ni. Tapi macam mana pun kita ikhtiar.

Kita cuba dulu tengok macam mana hasilnya. Cuci usus dulu. Esok rasa segaq sikit terus aku daftar jadi agen ampa boleh amek dekat aku. Kahkahkah...

Macam mana puasa bulan ni?



KAHKAHKAH BERAPA BULAN TAK UPDATE DA!

ZULHILMI TEMPOYAK | 19.6.16 | 9 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Wuihhh.. lama betoi tak update blog ni. Bukan saja bersawang, berselut, berlumut dah blog ni. Apa khabar kawan-kawan. Semoga ampa semua diberikan kesenangan dan kemudahan dalam kehidupan terutama dalam menjalani ibadah puasa ni.

Just update hari ni, bukan tak ada cerita menarik cuma tak ada masa nak update. Rindu nak blog walking dan join event dengan kawan-kawan.

InsyaAllah tahun ni kalau ada rezeki ada la cerita lagi special ya. Macam mana pun terima kasih pada kawan-kawan yang tetap datang blog ni untuk drop komen. 

Tau ramai rindu kan. Tak apa. Ishh.. segan la ramai mintak nak tengok aku ni. Aduh... dah jangan mintak sangat. Ni aku belanja sikit la. Kot ada jiran yang single bekenan. Kahkahkah...


Okay... tak payah nak ucap terima kasih sangat. Terima kasih kat ampa singgah sini. Satgi jugak aku update baru.




Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger