TEKA TEKI!

ZULHILMI TEMPOYAK | 7.5.16 | 11 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Semalam aku saja scroll dok nak main teka teki dengan member. Google punya google la nak bagi soalan susah aku terpikir suatu masa dulu main lawan teka teki dengan adik beradik.


Teka teki ni aku kira setiap kali main mesti ada. Yang peliknya kenapa sampai harini aku masih tak tau jawapan. Adakah aku leka masa depa bagi jawapan. Atau aku masih rasa tak logik lagi dengan jawapan yang diberikan? 

Kesimpulannya sampai sekarang aku tak tau lagi jawapan teka teki ni. Google pun tak bagi jawapan yang mengagumkan. Nampak sangat memang mencabar kan. Yang ada jawapan bagi betoi punya jawapan.

Teka teki teka tekuk,
Ular mati atas pokok.

Ampa ada teka teki yang masih tak terjawab sampai rini?

Ce share... mana tau kot aku ada idea nak menjawab kan. hehehe...




BINA KHEMAH KE RUMAH?

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.5.16 | 8 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Dulu masa aku kecik aku plan nak jadi Engineer. Yela Engineer Melayu bermuka Korea. Tapi tak pernah terlintas lagi la nak kata diri ni muka Korea yang terlintas hanya nak jadi Engineer.

Masa aku umur 9 tahun, family aku masih stay dekat Farlim Penang. Rumah masa tu rumah flat 5 tingkat. Kira kediaman anggota Polis la dekat Farlim tu dan family aku stay tingkat 1 atau orang puteh kata ground floor. Laman kebun depan rumah tu agak besar la. Cuma tak pasti sebab aku kecik aku rasa laman tu besaq atau memang besaq.

Satu hari aku dengaq mak aku kata yang dia teringin nak beli khemah nak pasang kat laman rumah. Yang aku pulak pi sembang dekat kawan-kawan aku kata mak aku bagi guna laman nak buat khemah. 

Dengan penuh azam dan tekad. Memandangkan cuti sekolah dan esoknya mak dengan ayah aku pi keja, teruih aku mulakan gerak keja. Kayu kayu aku pi rembat dekat tempat construction sampai harini terasa berdosa lagi weh. Paku apa memang aku rembat dari rumah la. 

Tak sampai 30 minit. SIAP!

Tekejut mak bapak aku bila balik keja weh. Dengan pokok bunga depa aku pi tebang. Macam ni la lebih kurang design dia.


Yang aku konfiden ialah khemah ni 2 tingkat. Boleh dok atas boleh dok bawah. Tapi atas boleh dok sorang ja. Goyang dia bukan main bila sorang dok pun. Tapi dengan konfiden aku akan kata "tak pa... kukuh weh!". Bawah beralaskan kotak. Low cost punya khemah.

Tapi tak sampai 3 hari bapak aku suruh peruntuh khemah beridentiti rumah aku tu. Kalau tak dia peruntuh sendiri. Sejak tu aku mula sedaq yang nak buat rumah kena mintak lesen dekat boss besaq dulu.

Malu kat kawan sebab esoknya depa tanya mana port lepak kita. Kahkahkah....



Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger