WHAKAAHUA. EVENT PHOTOGRAPHER.

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.4.16 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Saja nak share dekat sini gambar-gambar yang baru ni aku terajin nak gi amek. Memang dari dulu buat photog ni, cuma tak rajin nak hapdate sebab client pun mostly kawan-kawan.









So sesapa yang nak kawen lagi, nak ada event lagi boleh roger-roger la na. Whakaahua tu nama brand la. Asal nama dari New Zealand.

Yelaa... New Zealand kan banyak tempat best. Gila kau tak nak pi New Zealand. Tempat cantik mak aih... InsyaAllah ada peluang kita gi sama-sama. Ni dah apahal cerita New Zealand kan.

Sebenarnya Q untuk story lain. Panjang sangat story lain nak menaip. Kahkahkah...



BERLUMBA-LUMBA

ZULHILMI TEMPOYAK | 18.4.16 | 8 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Aku bukak facebook. Aku baca berita. Aku wassap member. Aku google cerita. Aku search blog. Aku sedar yang sekarang ramai orang berlumba-lumba untuk lebih mendalami agama. Bagus sebenarnya.

Cuma aku makin resah....

Bukan apa yang resahkan aku. Sedang orang lain sibuk dengan mendalami Agama. Aku pulak makin sibuk dengan hal dunia. Terasa beza... memang berbeza. Kalau dulu sibuk ja kejar dan kejar solat jemaah. Sekarang pulak sibuk untuk kejar cerita Korea.


Masalahnya bukan pada cerita Korea. Pada diri yang lupa dan makin lupa.

Saja tulis tengah pagi ni. Sebab nak kongsi. Kongsi rasa yang rasanya mungkin ramai jugak rasa. Tapi tak cuba untuk mula semula. Bangun dari tidur sedar yang lena.

Hmmm.. bunyi puitis malam ni. Alhamdulillah masih punya masa. Haaa... berubah la. 




Superman!

ZULHILMI TEMPOYAK | 14.4.16 | 7 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Baru ni aku sempat la curik masa tengok Superman vs Batman.  Siap dekat beanie TGV lagi wowwww...  Yang bestnya aku dok sorang dekat beanie ni. Best jugak sebab tiket di sponsor. Best jugak lagi sebab sebelah aku kosong. Yang best lagi aku tak tau apa jadi dekat cerita ni sebab half movie aku dah tertidoq.


Biasanya kalau tengok wayang memang jadi habit nak tidoq dan akan ada la orang cubit-cubit manja. Hmmm.. nak habaq dia tengok wayang dengan awek la tuuuuuu.

Bila habis ja cerita aku tertanya, apa yang superman buat sampai sanggup mati? Apa yang Batman buat sampai Superman rela untuk mati?

Adakah Superman mati akan membantutkan income untuk next movie. Haaa... mengantok malam ni tapi saja nak up story. Rindu ampa sampai takdak tajuk bagi ada jugak tajuk.

Apa pun ceritanya. Kita mesti sangat-sangat hargai superman yang sentiasa garang, manja, penyayang, hensem, gagah, kiut yang sentiasa menyerikan hidup kita. Pastu manja, penyayang, hensem, gagah, kiut tu berjangkit ke anaknya pulak.


Terima kasih ayah..!! Ayah superman kami..!!





Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger