SAYA PUN PERNAH RASA MACAM TU!

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.2.16 | 11 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah wehhh..!! Aku update blog. Dengaq ni, aku update blog. Kahkahkahkah... Tak lawak pon. 

Takpa, nak cerita jugak. Baru ni aku ada meeting dalam jam 10 dekat Petaling Jaya. Pagi-pagi aku macam biasa nak elak dari jem aku naik moto kriss yang super duper cool aku dan laju aku tu dari Cyberjaya melalui LDP.



Nak jadi cerita best, sampai dekat bulatan dari Puchong Perdana nak ke ke Kelana Jaya. Moto aku mati. Dalam hati aku dok kata mati la nakkkk...

Tengok la marking dalam gambaq tu. Sampai situ la moto aku mati. Padahal dekat meter separuh lagi bai. Mau tak keruan dengan kena hon lagi. Awek pulak hon tu. Lagi sentap.

Tiba-tiba...

Ada seorang hamba Allah yang kacak, baik, cool, hebat ni berenti sambil tak banyak tanya. Terus dia suruh aku naik moto untuk tolak. Pro jugak mamat ni bagi aku. Mungkin dah selalu tolong orang kot.

Dia tolong tolak moto sampai pam minyak terdekat. Aku pun sua la sket tanda terima kasih. Tapi dia taknak. Aku mintak nombor sambil harap suatu hari nanti bleh blanja teh tarik. Dia tetap taknak. Last sekali dia cakap.

"Saya pun pernah rasa apa yang abang rasa sekarang."

Lepas settle semua... atas moto, mececet air mata aku keluar. Gila kau tak terharu. Bersyukur gila bagai. Semoga brother ni dimudahkan segala urusan dunia akhirat. Ameen.

Dahhh... pi sambung berak.


Yang Rasa Berterima Kasih
+zulhilmitempoyak 






Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger