PENING MIMPI CARI BAJU TEMA KAHWIN UNTUK FAMILY!

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.8.16 | 56 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Beberapa bulan dan hari ni aku agak sibuk dengan persiapan kahwin. Ehhh... persiapan kahwin housemate aku la. Tak kan aku kot. Ehhh... takut jugak nak tulis. Kang terasa lak bini-bini. Kahkahkah...

Gambar dari blogrumahtangga.blogspot.com
Aku ada godek-godek la tengok majlis orang macam mana. Kalau boleh nak majlis kawan aku ni biasa-biasa ja. Haa... yang aku pulak sibuk kannn... Aku saja acah nak jadi macam wedding planner sikit. Yang aku perasan memang kebiasaannya keluarga akan pakai tema warna. At least itu ada persamaan sikit la kan. Sekurangnya nampak seri atau meriah la majlis tu. Benda macam ni biasanya melibatkan bajet la.

Yang peliknya sekarang. Orang lain yang kahwin. Hang yang sibuk pasaipa. Kannn... kantoi!

Pening jugak kalau nak sedondon bertema bagai kan. Aku pun sambil macam tau, tak tau dok usaha la cari online design atau kain online yang orang kata affordable. Berbaloi-baloi la kan. Semua website aku masuk. Basicly yang famous dan senang google la. Laki kan... mana tau sangat website fesyen nak dapat mana apa.

Bukak website ni, tengok design cantik sikit dok bisik kata mahal. Bukak website tu pun aku bising mahal. Mahal macam tak sesuai untuk bajet family la.

Tema raya 2 tahun lepas
Tiba-tiba masa tengah buat homework sambil godek-godek nak dapatkan idea baju family, officemate aku tegur. Aku ingat dia tegur sebab aku tak buat keja masa dekat office ka apa. Yala... dah dok mencari benda ni masa time office kan. Murni jugak hati pompan ni sebab dia bagi website yang ada dan suka bagi diskaun. Aku dah macam pelik dah.

Dia siap kata "Bising la dok dengaq hang 'mahai-mahai'".

Dalam hati aku dok kata, "Dah orang bujang baru nak buat event. Macam ni la." Heheheh.. dalam hati ja la. Sebab orang dah tolong.

Pastu officemate aku suruh aku bukak www.saleduck.com.my. Ikut ja la, satgi tak ikut tarik muka comei tu. Lepaih bukak, baru aku tau yang aku tak tau pulak ada website macam ni wujud. Dah la website dalam list dah bagi diskaun, dia pun bagi diskaun lagi. Yang lagi best! Tengah bergaduh dengan bakal bini-bini sebab nak go honeymoon dekat mana, ada jugak dapat promo code AirAsia dalam tu. Siot ja tak tau awal-awal.

Sekarang pun aku dok godek lagi ni. Dok asyik bagi promo code ja. Jumpak dekat awek member aku lagi tak lepas mata dia ni.

Dalam beberapa hari ni dok cari warna yang best untuk rombongan lelaki. Warna tema la. Kalau ampa rasa ada warna yang best, share dan komen dekat bawah na. Iyaa... nanti aku jemput la mai majlis aku. Ehh.. majlis housemate aku. 

Kahkahkahkah...

Apa yang aku cerita ni sebenarnya cerita housemate aku. Aku tolong share ja sebab tengah cari story. Okay nampak real sikit tak excuse aku ni.




56 comments:

  1. pandai buat alasan nooo :) hg nk wrna pestal ke nk wrna terang? kalau wrna pestal biasa baby pink, baby blue, caramel, mint green. kalau terang royal blue, orange, kuning, dark purple.

    mek dlu dark purple, lace dengan warna gold. hat laki pon sama.

    harap membantu la ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat nk pkai baju biru tu ja. kahkahkah...

      Delete
  2. sy plak bkn psl warna tp psl nk mencari bj2 yg dah siap adushhh da laa majlis tggl smggu grrr

    ReplyDelete
  3. memang pening tang pilih kaler. kalau kaler dark tu cantik dalam gambar. pastel memang cantik tapi dull jugalah dlm gambar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua penting sbb nk masuk gmbar yak. hahaha...

      Delete
  4. tang kaler tuh mmg selalu memeningkan kepala..bile dh dpt org lain xsetuju pulak...;D

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. takut nk ameen kan. takut ada orang bc. kahkahkah...

      Delete
  6. Assalamualaikum..
    Saya singgah sini..
    Dah follow..
    Saya pun tengah menghadapi masalah yang sama..
    Untuk wedding adik bulan 11 nanti..
    Tengah dok cari warna apa yang ok..
    untuk adik yang kawin bulan 9 kami pilih warna Royal gold..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuihhh.. gold. tu kelas sgt.

      semoga dimudahkan ya..

      Delete
  7. hahaha gigih aku baca..rupanya cerita org lain

    ReplyDelete
  8. salam kunjung semula...

    warna2 pastel msti cun utk pengapit... lelaki n perempuan...

    ReplyDelete
  9. Hujung tahun ni ada wedding sepupu.. Berdebar tunggu tema color.. Moga ada yg sama dalam gobok baju hehe..

    ReplyDelete
  10. ingat hang yang nak kawin. kalut . bila nak kawin nih? Hehhee

    ReplyDelete
  11. Pada kakak warna apa pun kalau dah jadi tema bila semuanya seiring sama pasti cantik jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... nk cari warna yg semua org ad. xyah ssh jahit baru..

      Delete
  12. Serabut otak saya baca entri ni. Haha. Tak tahu sama ada cerita sendiri atau cerita orang lain. Walau apa pun, gudluck ye cari tema warna tu. Hehe

    ReplyDelete
  13. Salaam kunjung balas dari yusrina.. http://albumretro.blogspot.my/

    ReplyDelete
  14. Salaam kunjung balas dari yusrina.. http://albumretro.blogspot.my/

    ReplyDelete
  15. Ape salahnya kalau jadi wedding planner :)

    ReplyDelete
  16. Warna pastel! Lembut je, tak terlalu striking hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua org kt sma. pastel tu mcm mn. uhuhuhu

      Delete
  17. dulu masa nak kahwin gini gak.. warna tema tu punyalah jadi masalah besar sebab pening nak pilih color apa..semua nak..semua color cantik hahahaa

    ReplyDelete
  18. Ingat masa kahwin dulu ikut tema gak hahahahaha harus pening sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk cari warna yg ramai org mmg confirm ada yak. haha

      Delete
  19. Ooo..wajib ada kaler tema ke?..patutlah pening..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. xwajib.. tp nmpk la xbyk warna sgt. lg pening. hahaha

      Delete
  20. Dua orang adik ko tu muka samalah Zul.....
    Tema biru ni tema Raya mak tahun ni. Itu ajelah nak komen hihi.....
    Biaq pilah ....Akak cadangkan ko pakai baju tema pelamin je Zul hihi

    ReplyDelete
  21. comei pulak finie.. mcm la tak boleh tnya adik hg tu. hahahaa

    AA mmg tgh bt promo gila2.. rugi xbook. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ampa mmber dua ka. kahkahkah... ini klakorrrr...

      mcm mn ampa kenai. fuhhh

      Delete
  22. camtu sekali pening cari baju tema .. haha.. alah ambil jela warna pastel. sonang

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger