RINDU NAK RASA SUASANA MERDEKA!

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.8.15 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Dulu, ingat lagi masa kecik. Tun Mahathir kata akan buat sambutan Hari Merdeka negara dekat Pulau Pinang. Aku kecik lagi masa tu. Tapi satu famili memang excited nak pi. 

Tengok perbarisan. 
Tengok pemimpin negara.
Tengok rakyat yang excited dengan Merdeka.

Cuma rindu nak tengok orang berlumba pasang bendera macam ni. Dulu promosi kaw-kaw nak bagi rakyat rasa jiwa Merdeka. Cuma sekarang promosi kaw-kaw nak selamatkan diri MEREKA.


Hari ni, nak nampak satu kereta ada bendera pun susah.

Yang Rindu
Mohamad Zulhilmi Zulkefli


APA ADAHAL BUANG HANDPHONE.

ZULHILMI TEMPOYAK | 18.8.15 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Banyak singgah blog ampa semalam. Tapi disebabkan masalah google yang jeles pada aku hingga tak dapat bagi komen macam biasa. Huhhh.. Blog awek-awek pon tak dapat komen.

Sebenarnya semalam aku terajin sikit la. Disebabkan bau di dapur aku dah lain macam, aku bertindak berani untuk buang sampah. Biasalah, rumah orang bujang yang acah-acah sibuk. Mana nak ada masa sangat buang sampah. Kahkahkah... bayang sendiri la bau macam mana ya.


Nak dijadikan cerita aku boleh tiba-tiba terhapdate blog ni, aku dah bungkus elok la sampah ni. Terus menuju ke tong sampah besar bawah ruang. Time dah dekat sebelah tong sampah tu boleh pulak awek tah mana-mana whatsapp nak beli kasut Leo. 

Dah customer tanya mesti lah reply dengan lelaju kan.

Lepas reply ja aku terus buang dan berlalu menuju ke kedainasi kukus janda tepi simpang. Baru dalam 10 langkah macam tu. Aku pelik kenapa aku masih pegang sampah tu lagi. Haaa.. apa lagi, mengelupor la teringat yang aku buang tadi handphone aku. Jenuh mencari dengan dalam gelap. Bau busuk aku terpaksa tolak tepi.

Ber huhuhu ja la lepas tu.

Bukannya sampah. Yela... handphone pon dah besaq penyepak kan. Gambar ni aku saja bagi nak tunjuk handphone besaq bapak aku.


Ini namanya mengelamun teringatkan mak janda jual nasi kukus janda la ni.

Jom Subuh!


.

BAGI SIGNAL TU PENTING!

ZULHILMI TEMPOYAK | 9.8.15 | 5 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Fuhhh.. payah beno nak cari masa nak hapdate blog tercinta ni. Takdak apa sangat nak cerita pun. Just nak jenguk-jenguk ampa. Rindu weh... Bunyik macam acah-acah kan. Kahkahkah...

Apa aku nak cerita. Signal tu serius penting!  Yela, kalau orang tiba-tiba masuk simpang tak bagi signal mau nya sampai balik rumah mencarut kat dia ja. Pastu update dekat fb. Haaa.. apa pun tak jadi.

Sebenarnya aku komplen hari ni bukan pasal signal kereta. Tapi signal dari awak pemilik hati tercinta. Acehhh... Kadang-kadang agak susah nak kenal signal apa bagaimana, bila dan apa jadinya.

Source : katrinakopeckyoga
Sambil aku dok stok awek-awek sebelah rumah ni. Aku teringat kisah dulu-dulu masa zaman mencari pasangan hidup ni. Aicehhh... Tak senang duduk. Ada la keluaq dengan jiran-jiran. Tapi orang puteh kata sekadar friendzone. Kadang ja terbajet lebih.

Aku sebagai lelaki yang muka baby face kadang risau. Bila kita dok try, kita tak tau status awek tu. Dapat signal macam mana pun tak pasti. Macam mana sebenarnya nak sedaq tentang level signal ni?

Bagi signal please!


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger