PERKARA WAJIB AKU BUAT DUA 3 HARI NI.

ZULHILMI TEMPOYAK | 30.7.15 | 13 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Mesti tak ramai tanya kan? sebab apa aku lama tak hapdate blog ni. Yelaaa... beramai ramai la sangat baca blog ni kan. Sejak awek tu dah kawen, hati aku tak tenteram nak hapdate blog. Nak cerita pom pang nak menunjuk pon dah tak semangat. Kahkahkah...

Mostly hari hari sekarang akan sibuk sikit. Dengan berniaga GC Tea dan kasut leo lagi. Memang agak tak menang tangan. Nasib baik www.projektravel.com ada komuniti superb.

Dulu jadual aku kurang satu benda ni. Tapi sekarang! Perkara wajib aku setiap hari makin menjadi-jadi. Aku rasa mostly ramai jugak yang ada aktiviti sekarang ni.

Grab a popcorn dan baca MalaysiaKini dengan paper Sinar Harian. Ke ada yang baca the Edge dengan SWJ punya website? Cerita ni ampa faham sendiri la yak. Cakap lebih-lebih kang mau aku hapdate blog dalam tirai besi lak.

Yela.. tak senang bontot aku tengok idola aku diviralkan. Erkkk...

Macam mana pun kita mengharapkan semuanya akan selesai dengan cepat dan terbaik. Ameen.

Tak tau nak letak gambar apa so aku rembat la gambar ni dari facebook Mawardi Gebu sebab ada gambar aku. Kehkehkeh...


Btw... bagi sapa yang ada insta best mohon komen id ampa kat bawah. Nak banyakkan lagi follow orang. Nak acah-acah aktif balik.

Yang Acah-acah comel.




10 JULAI 2015

ZULHILMI TEMPOYAK | 12.7.15 | 10 Comments
Bismillahirahmanirahim...

10 JULAI 2015

Selamat hari lahir untuk dua insan hebat ni. 


Terima kasih untuk ampa atas setiap inci moment, hilai tawa, susah senang dan jatuh bangun. Terima kasih.

Aku akan terus grow dan grow! InsyaAllah.

Walau tarikh dah lepas. Saja nak suruh ampa wish. 

Yang dah matang. Auch...


KISAH PUASA ZAMAN SEKOLAH DULU.

ZULHILMI TEMPOYAK | 4.7.15 | 9 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Macam mana puasa ampa? Semoga Ramadhan ini banyak memberi inspirasi, kebaikan dan keberkatan yang banyak. Bila puasa ni memang ramai dari kita yang mesti ada kenangan atau moment ini.


Aku nak cerita perbualan aku dengan member aku masa berpuasa zaman sekolah dulu. Waktu kejadian, waktu dah azan Maghrib dan waktu berbuka. Keadaan masa tu acah-acah mengelabah.

Aku : Wehh!! Dah azan weh kita dok dekat bilik lagi ni!

Member : Relax kita korek ja idong batal puasa. (sambil tangan menggali hidung mencari tahik idong).

Aku : Erkkk.. korek idong tak batal puasa la.

Member : Sapa kata batal puasa? (sambil jari ada ketulan hijau dan dimasukan ke dalam mulut dan kunyah).

Aku : (Terus biru muka. Keliru nak ikut buat ka tak).

Kadang kalau naik moto teringat moment-moment ni mula la mata nak masuk habuk. Rindu katanya. Kahkahkah...

Ampa mesti penah rasa moment-moment best masa sekolah dulu. Sapa tak rindu. Muka ja tua. Hati masih jambu. Kahkahkah

Kongsilah cerita kalau ada. Gembira nak membaca.


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger