TONTON VIDEO MUZIK TASHA MANSHAHAR. TIBA-TIBA RASA NAK BALIK KAMPUNG!

ZULHILMI TEMPOYAK | 30.5.15 | 8 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Macam biasa, bila aku online mesti aku akan godek-godek nak dengar lagu. Aku selalu dengar lagu Terima Kasih Cinta yang Tasha Manshahar nyanyi dengan RJ dalam radio tapi tak pernah lak tengok video muzik dia.


Semalam pon time aku bukak, aku just dengar tanpa tengok. Standart la, lagu kita nak dengaq bukan nak tengok sangat kan. Tapi part last tu tiba-tiba macam ada pulak sembang guraunya. Aku pon beralih tap nak tengok apa pengisiannya. Sangat sweet bagi satu famili.


Baca komen pun ada yang sebak. Yelaaa... sapa tak rindu ayah kan. Terima kasih cinta. Kita doa untuk bersama sampai syurga.

Soooo... ampa tengok la sampai habis na. Nampak natural dan lain lak Tasha Manshahar dalam ni. Nice dan nampak wanita Melayu terakhir. Ehhhh... tiba-tiba kannn...

Yang Tiba-Tiba Rindu Kampung


10 TAHUN YOUTUBE MALAYSIA. SELAMAT ULANG TAHUN!

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.5.15 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Di kala pagi ni aku bukak youtube. Dan aku nampak ini. 


So... Selamat Ulang tahun ke 10 Team YouTube Malaysia. Terima kasih melancarkan YouTube. Aku guna YouTube untuk belajar banyak benda. Dari kejayaan orang lain hingga la kesilapan orang lain. Untuk belajar. Hidup ni terlalu singkat untuk buat banyak silap. Dan bila ada Youtube ofcos sangat membantu. 


Sebenarnya aku banyak pending story. Terutamanya pasal review. Nanti aku akan update. Maaf sebab kekangan masa. Aku just harap setiap penulisan aku akan bantu orang lain upgrade life pembaca. Maksud aku, setiap kali ampa baca ampa akan dapat something.

Btw.... jom blogwalking! Yeah... aku nak komen OK ja. hehehe..

Yang Rindu Kalian


KADANG-KADANG. APA YANG KITA NAK DAPAT BELUM TENTU KITA DAPAT.

ZULHILMI TEMPOYAK | 18.5.15 | 10 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sayang aku, baca sampai habis. hahahah...


Lama tak sembang heart to heart ni. Semenjak bermenjak tiga menjak ni, banyak benda terjadi. Ada yang dari hati dan ada yang dari akal. Ada yang penuh rasa marah dan ada yang penuh rasa sayang dan cinta. Auchhh..

Sebenarnya, apa yang aku nak kongsi bukan sebab aku nak kongsi tapi sebab aku kongsi. Haaa.. tengok ayat. Macam !@#$% sket kan. Pagi-pagi menghapdate macam ni la.

Sebenarnya aku nak mula, tapi aku tak tau macam mana. Tapi cerita sini habes sini na. OK. Aku ada dua batang pen. Dua-dua pen penuh ink dan aku suka gila.

Design cantik, boleh berfungsi dan memang ada dalam poket aku masa aku perlukan. Sayang sangat dua-dua pen tu. Tapi dalam sedar atau tak aku hanya boleh guna satu pen dalam satu masa. Maksud aku, nak menulis tu perlu guna satu pen saja.

Mungkin aku boleh pakai satu pen saja dan lain kali aku guna pen satu lagi. Dah guna habes aku buang la pen yang aku selalu guna. Itu benda yang menghasut aku tapi tak kan aku ikot.

Atau mungkin aku boleh guna selang seli. Sehari guna pen ini dan sehari aku guna pen itu. Tapi ingat ka aku pen mana nak guna hari ini dan pen mana nak guna esok. Sedang berapa banyak kegunaan dalam sehari aku tak tahu.

Sedang aku mengelamun, aku rasa aku perlu lepaskan pen satu lagi pada tuan yang baru dan mungkin lebih sayang dia. Sebab kasih aku terbahagi. What is the point mannn.. hehehe

Semoga semuanya dimudahkan bila keputusan telah terungkai. Itulah... kadang-kadang apa yang kita nak dapat belum tentu kita boleh dapat. Macam mana pun, usaha kan selagi kita mampu usaha. Sayang memang sayang.

Hanya yang faham akan faham. Hahahahah..

Yang Memikirkannya
@zulhilmitempoyak

KEHIDUPAN BUDAK LELAKI NI DICERITA DALAM LAGU. TERASA ADA ORANG POTONG BAWANG!

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.5.15 | 1 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Gambar dari www.digitalspy.co.uk
Berapa ramai dari kita memang menghadapi kesukaran dalam hidup? Sememangnya ramai akan kata mestilah. Ya betul, memang semua menghadapi liku-liku dalam hidup. Gilalah kalau tak ada apa itu cara dan bak kata jiran aku "jalan lurus mestilah ada sikit bumper tak pun terlanggar batu". Pandai jiran aku.

Apa aku nak kongsikan kat sini adalah bagaimana seorang budak yang penat dengan kehidupan dia dibuli. Bagaimana dia diuji hari-hari dan terjemahkan dalam lagu. 


Aku just nak kata yang rumah aku ada ninja. Dia potong bawang. Aku jumpak memang aku potong balik bawang ni. sebenarnya bila part mom tu yang lain rasa tu. Kannn..

Terima kasih. Hidup memang sedikit mencabar tapi bagaimana kita tenang dan hadapi. Itulah kita.

Yang Ulang 5 Kali Nak Faham.


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger