CARA AKU NAK COVER KALAU TERSALAH PANGGIL ORANG. #6 JE CARA SELAMAT!

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.2.15 | 5 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hari hari kita hidup bersosial dan nak panggil orang sana sini. Sampaikan kengkadang kita panggil someone yang kita ingat kawan kita. Tapi sebenarnya bukan. Haaaa... macam mana nak cover weh. Muka dah memang tebal tebal nipis ja ni.

OK. Sambil sambil aku menaip dengan dok hirup air glucos cut yang acah acah panas ni. Hmmm.. sedap ni. Aku nak kongsilah macam mana aku cover kalau aku salah panggil orang. Rasanya sapa yang kenal aku akan tau aku ni jenis yang memang aktif bila tiba tiba teransang. Maksud aku bila diransangkan.

#1 Acah Acah Call Orang

Cara ni memang senang, ringkas dan sendat. Mostly hari ni memang orang akan pegang fon. Sooo.. macam aku. Kalau aku rasa lain macam sangat. Memang aku angkat fon and acah acah call. Tapi kena tengok rentak jugak. Cara ni boleh di apply kalau kita panggil cara cuit atau cara panggil nama ja. Kalau cuit, sambil call tu aku buat la nak buangkan taik burung kat baju dia. Kalau call teruskan call. Kehkehkeh...

#2 Teruskan Bertegur Sapa

Sembang je dengan confident. Teruskan tanpa rasa bersalah. Dah alang alang aku tegur tu aku akan cuba la bukak topik projek juta juta sket. Mana la tau ada rezeki bleh la dapat network baru. Kalau awek lak, mungkin jodoh aku.

#3 Bergerak Kedepan Seakan Aku Panggil Orang Kat Depan

Yang ni senang gila. Aku just panggil dan kalau silap orang aku buat bodo jalan terus macam carik orang kat depan. Muka memang cover hensem walaupun memang malu level tower 9 dalam COC.

#4 Berlakon Jadi Pelakon Atau Penyanyi

Acah acah hafal skrip. Aku akan buat gaya ni macam aku tengah hafal skrip. Paling susah sangat aku akan buat macam aku tengha nyanyi lagu yang ada nama orang. Biaq la macam nampak pelik. Tapi muka kena cover la jugak. Confident kena ada.

#5 GILA

Cara ni aku tak pernah apply lagi. Susah lah kalau muka hensem, baik n sikat tepi tiba tiba jadi gila kan.

#6 Sorry Bro. Salah Orang.

Ayat ni aku guna kalau aku tengok muka orang tu macam tak bleh blah. Sukar untuk ditipu dan muka memang tunggu masa nak tumbuk aku ja. Soo.. aku ngan pasrah akan kata benda ni.

Bagi aku cara #3 agak berkesan. Aku pernah dapat nombor fon orang untuk bisnes dan aku pernah dapat no fon awek pon. Awek tu boleh jadi tukang jahit baju untuk raya nanti. Haa.. nampak. Bijak tak cover tu. Kehkehkeh...

Kalau aku teguq kat blog ampa jangan acah acah tak nampak lak. Tu memang bukan aku cover cover panggil orang dah. Sooo.. Acah acah la reply balik. Heheheh..

Yang Tak Pandai Cover


BANGUN PAGI TERINGAT MAK AYAH. RINDUNYA!

ZULHILMI TEMPOYAK | 10.2.15 | 9 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Tengok punya jarang aku hapdate blog kan. Sampai jiran jiran semua nages nages rindu aku. Bukan nak cakap besaq la, cerita sini habes sini na. Jiran jiran nages lagi kuat kalau tengok muka aku. Tak tau kenapa.

Baiklah... sebagai seorang anak yang lupa daratan macam aku ni. Memang jarang lah balik rumah. Sooo... pepagi ni aku bangun rasa basah mata. Tak tau la kenapa. Then tetiba jugak aku teringat parent. Mula aku ingat sebab bilik aku ni berhabuk.



Balik je jenjarang. Ada la sebab dia kenapa. Tapi call tak la jenjarang. Selalu ja call untuk ucap i love u. Macam cerita korea tu. Ehhh.. cerita korea mana lak ni kan. Kahkahkah...

InsyaAllah... jarang balik pun. Doa untuk mak ayah aku tak jarangkan. Selalu. 

Tak ada apa yang menarik sangat untuk entry ni. Just nak acah acah hapdate bagi ampa tambah teringat kat aku. Tu je. Thats all from my heart. Aicehhh..

p/s : ke nages sebab skandal lama dah bertunang? hehehe...

Yang Gila Bayang.


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger