MAJLIS NIKAH DALAM DUSUN DI ORCHARD VILLA @ GOMBAK SELANGOR.

ZULHILMI TEMPOYAK | 4.9.15 | 14 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Baru ni aku ada sembang dengan jiran-jiran aku tentang lokasi best untuk nak buat Majlis Nikah aku nanti. Niat dihati nak jugak lah rasa grand. Tapi bila melihat poket menangis kesorangan bawah pokok togei.

Bak kata orang tua, rezeki di mana-mana. Haaa... tiba-tiba dapat jemputan ke Majlis Nikah di Orchard Villa di Gombak Selangor. Rezeki la kan, sambil dapat tengok orang nikah dapat jugak tengok gadis dulang. Ehhhh...

Okay, bab awek sampai situ ja. Bab Orchard Villa di Gombak Selangor ni ampa mesti tak percaya yang konsep dia gila gempak. Nikah dalam suasana berkonsep Majlis dalam Dusun. Aku tau memang susah nak imagine so aku dah ketip gambar-gambar ni nak share dengan ampa.


Apa yang bestnya lagi tentang Orchard Villa di Gombak Selangor, parking memang tak perlu risau. Tempat makan memang selesa dan luas. Sambil anda makan ni boleh dengar bunyi air terjun mengalir oooo!! 

Parking pon luas. Tak yah risau!

Betul, memang tak cukup awesome. Cuba tengok gambar ni macam mana feel awesomenya.






Ingat aku sembang pum pang ni saja ja ka. Harga dia memang berbaloi. Dari aku plan nak menangis bawah pokok togei terus aku call bini-bini nak book tempat.


Tengok harga memang berbaloi gila dengan pakej Buffet. Untuk tempahan 1000 pax keatas, Orchard Villa sediakan complimentary 300 pax teh tarik corner. WOWWWW...

Difahamkan kadar pakej ini merangkumi hidangan dan meja hi-table, 4 meja khas VVVIP, makanan dan hidangan buffet serta dummy cake setinggi 3 tingkat.

Dalam pakej premium, pakej termasuk busana dan andaman serta photographer. Berbaloi-baloi. Siap dengan food tasting lagi. Fuhhh.. kalau kawen lagi aku ni memang cuba lagi.

Kadar sewa tempat pulak hanya RM5,000 untuk pakej lengkap kerusi, meja tetamu dan kaunter buffet, standart PA system, pelamin asas, bilik persalinan, tandas, tempat letak kereta dan anggota RELA. Mana nak dapat dik oooiiii tempat grand gini dengan harga yang jiran aku pon menjerit happy.

Amacam meriah kan kalau majlis dekat Orchard Villa di Gombak Selangor ni.




Untuk anda yang nak buat tempahan atau just nak dapat info, hubungi saja nombor ni. Layanan memang tip top jangan risau.



ORCHARD VILLA @ GOMBAK
KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM DUSUN

Venue :
Orchard Villa @ GOMBAK  
Desa Makmur batu 10 1/4, Sungai Salak, 53100,
Gombak, Selangor

GPS Coordinate :
N : 3.272886 E: 101.728487

Tel :
03-2698 8302

Email :
salesdsaji@felda.net.my



Cubalah hubungi. Harga sememangnya tak terjangka. Berbaloi gila weh. Sooo.. dah baca nanti nikah jemput-jemput la ya.

Heheh...




14 comments:

  1. Menarik.. Tp nak lagi menarik sanding betui2 dlm dusun.. Bawah pokok durian ka, pokok rambutan ka.. Baru best! Hehehehe

    ReplyDelete
  2. RM28 per head? x mampu nk buat grand mcm ni gaji ciput..lain lah kalau dapat kahwin dengan anak menteri

    ReplyDelete
  3. Cantiknya..kat Bangi pun ada buat macam ni.. Dekat RSSB Bangi..

    ReplyDelete
  4. ala cantiknya! comei sgt tempatnya. rasa tenang je tgk suasana

    ReplyDelete
  5. hebat ya perkahwinan DUSUN ni..meriah nampak suasana

    ReplyDelete
  6. pehhhhhhhh cantik siot! nikah jgn lupe jemput pokcik.. :)

    ReplyDelete
  7. Wah, hebatnya konsep perkahwinan nie... Zumal pun tak mampu rasanya menangis bawah pokok togei nampaknya ^-^

    ReplyDelete
  8. hahaha.. menangis di bawah pokok togei. kena saving kaw2 kalau mcm tu. semoga cepat2 naik pelamin. cantik majlis ni !!

    ReplyDelete
  9. kalau RM10 per head pun dah nanges guling2. Rm28 per head tatau la nanges pitam nanges pitam gamaknya hihihihihi

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger