KADANG-KADANG. APA YANG KITA NAK DAPAT BELUM TENTU KITA DAPAT.

ZULHILMI TEMPOYAK | 18.5.15 | 10 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sayang aku, baca sampai habis. hahahah...


Lama tak sembang heart to heart ni. Semenjak bermenjak tiga menjak ni, banyak benda terjadi. Ada yang dari hati dan ada yang dari akal. Ada yang penuh rasa marah dan ada yang penuh rasa sayang dan cinta. Auchhh..

Sebenarnya, apa yang aku nak kongsi bukan sebab aku nak kongsi tapi sebab aku kongsi. Haaa.. tengok ayat. Macam !@#$% sket kan. Pagi-pagi menghapdate macam ni la.

Sebenarnya aku nak mula, tapi aku tak tau macam mana. Tapi cerita sini habes sini na. OK. Aku ada dua batang pen. Dua-dua pen penuh ink dan aku suka gila.

Design cantik, boleh berfungsi dan memang ada dalam poket aku masa aku perlukan. Sayang sangat dua-dua pen tu. Tapi dalam sedar atau tak aku hanya boleh guna satu pen dalam satu masa. Maksud aku, nak menulis tu perlu guna satu pen saja.

Mungkin aku boleh pakai satu pen saja dan lain kali aku guna pen satu lagi. Dah guna habes aku buang la pen yang aku selalu guna. Itu benda yang menghasut aku tapi tak kan aku ikot.

Atau mungkin aku boleh guna selang seli. Sehari guna pen ini dan sehari aku guna pen itu. Tapi ingat ka aku pen mana nak guna hari ini dan pen mana nak guna esok. Sedang berapa banyak kegunaan dalam sehari aku tak tahu.

Sedang aku mengelamun, aku rasa aku perlu lepaskan pen satu lagi pada tuan yang baru dan mungkin lebih sayang dia. Sebab kasih aku terbahagi. What is the point mannn.. hehehe

Semoga semuanya dimudahkan bila keputusan telah terungkai. Itulah... kadang-kadang apa yang kita nak dapat belum tentu kita boleh dapat. Macam mana pun, usaha kan selagi kita mampu usaha. Sayang memang sayang.

Hanya yang faham akan faham. Hahahahah..

Yang Memikirkannya
@zulhilmitempoyak

10 comments:

  1. Setia pada yg satu macam pasangan pun akan tiba masa kena tinggal juga kan..
    Tak ada yg semuanya menjadi milik kekal. Tak kiralah pen ataupun pasangan.
    Lumrah sebuah kehidupan..

    ReplyDelete
  2. suka tak bermaksud memiliki..apa pun semua ketentuan tuhan. doa yang terbaik. eh tetiba komen cam deep

    ReplyDelete
  3. Kalau nak tau pen mana yg patut 'digunakan' hari2, solat istiqarah..insyaAllah akan diberi petunjuk..tp jgn guna dedua pen at the same time tau..nnt sakit tangan..wahhhh gituhh..kihkihkih..

    ReplyDelete
  4. Betul tu, cuba buat istikharah... Insha Allah, dapat petunjuk... Tapi bukan pasal pen kot...

    ReplyDelete
  5. berdoa agar Allah beri petunjuk. jujur, sy pernah jadi berada dalam situasi 'pen' tu.
    apa kita nak tak semestinya kita akan dapat, berusaha, berdoa & bertawakkal pada Allah. tetapkan hati.

    ReplyDelete
  6. kalau tersempit di antara dua pen, istikharah la jawabnya... tepuk dada, tanya selera...

    ReplyDelete
  7. pilih 1 pen je. jangan bahagi-bahagi sayang..hihi

    ReplyDelete
  8. pen eh poyak?hahahaha :P
    selamat memilih,hehe

    ReplyDelete
  9. kenapa rasa cem susah nak hadam sket entry ni ? ke otak CT tepu pepagi buta.. apa2 pun buat plihan yg bijak ya.. hehe..

    ReplyDelete
  10. Ye, mohon jgn tamak. InsyaAllah antara dua tu pasti yg terbaik. Pandang kiri, toleh kanan. tepuk dada tanya hati. Pasti ada jawapan dia.

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger