ASAL CUCI KERETA JA. MESTI ADA TERTINGGAL HARUMAN NI!

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.3.15 | 9 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Macam biasa, pembuka ayat utama. Wahhh.. lama tak hapdate blog ni. Ayat-ayat cliche budak-budak baru nak up macam aku ni. Bukan apa menyebok kan diri ni sket. Lagipon aku still wujud dengan entry-entry awesome dekat www.projektravel.com.

OK. Kali ni aku nak cerita sket pasal peristiwa yang kerap berlaku dekat aku. Tapi situasinya antara amek srius atau just rasa ada dan abaikan. Tapi macam biasa la, sebab cerita ni memang buka aib orang. So, cerita sini habis sini na. Jangan dok bisik kat member-member lak.

Peristiwa ni akan berlaku setiap kali selesai ja basuh keta kat kedai-kedai area rumah aku. Tak kisah la kedai tu dekat tengah atau hujung penjuru. Kehebatan kedai-kedai ni mencuci tu agak fight-fight. Sampai kadang aku just masuk dan tunjuk muka hensem nak acah-acah regular customer.


Biasanya result yang ditunjukkan sangat baik. Berkilat dan bak kereta baru. Sampaikan kalau orang tengok macam terasa nak tumpang. Begitulah hebatnya teknik mencuci depa ni.

TAPI!!!

Asal selesai ja cuci. Akan aku start kereta dan aku terpaksa buka semua tingkap. Macam aku tulis tadi na, cerita sini habis sini. Memandangkan kebanyakkan mereka telah bekerja dari pagi dan peluh banyak mencurah-curah ke bumi. Mereka akan meng vacuum di dalam kereta. 

Hal ini secara tidak langsung akan meninggalkan bau-bau yang not bad..!! Hahahaha...

Biasanya aku akan bukak tingkap dan tidak lupa say thank you sambil senyum gembira. Mereka berusaha. Tapi mereka terlupa haruman peluh mereka buat jiwa aku gundah gelana kalau tingkap tu tertutup.

Yang Tak Serik Basuh Keta 


9 comments:

  1. Alzarian tuuuu. Eh yeke ade bau2 camtu. Tak pernah pulak setakat ni kena. Sewaktu bawak cuci kereta org. Haha

    ReplyDelete
  2. Hahaha aku penah menyaksikan detik peluh tuh gugur atas dashboard aku... Tapi xpe... Aku redha...

    www.epihaha.com

    ReplyDelete
  3. senang je..sewa je kereta..tak perlu basuh dah..hehehe..

    ReplyDelete
  4. Hehehhe kena semburan haruman dalam kereta sebelum masuk...baru tak fenin

    ReplyDelete
  5. Ingatkan saya seorang mengalami gangguan bau asem selepas membasuh kereta
    hahahha

    ReplyDelete
  6. Sesetengah car wash, pekerja dia faham dan akan spray pewangi kat dalam kereta. Ada sesetengahnya pulak, takda. Tapi pada saya, tak kisah pun. Faham ajelah dengan cuaca kat Malaysia yang panas dan lembab ni. Bau peluh tu memang tak dapat nak elak bila buat kerja berat.

    ReplyDelete
  7. lebih afdal meninggalkan setitik dua titik peluh si pencuci selepas selesai mencuci, lebih berkat.


    hahahaha

    ReplyDelete
  8. hahahahahhaha ! asam betul bau aapa tu hahaa

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger