CARA IKAT TIE KE SEKOLAH. SENANG SAJA MA.

ZULHILMI TEMPOYAK | 30.12.14 | 4 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Memandangkan hari ke sekolah hampir hampir hampir untuk membuka lembaran baru. Haaa.. kat sini abang mimi nak share la sket untuk adik adik cara ikat tie. Biasanya hari isnin akan pakai tie dan pengawas la kot yang pakai hari hari kan.


Kalau ikot cara ikat ni bukan taraf beginner ni. Cantik dan note bad gak. Abang mimi pon main ikat cara ikat tali pengakap ja dulu. Tapi zaman dah berubah, so kenalah ikat unik sket dengan acah acah rajin sket kan.

Sumber gambar adalah dari 9gag.com

p/s : atin yana dah tunang. nak tukar skandal. huh!

Yang Pakar Mengikat Tie


GAMBAR SITUASI BANJIR DI KELANTAN. SEMOGA TABAH KALIAN.

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.12.14 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Gambar di ambil dari FB saudara Khir Ariffin wakil dari #PEKA yang menjalankan misi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir kali ni. 





Bagi ampa yang berkemampuan, jom kita bantu dengan memberi sumbangan. Tidak kira kemana, kita ikhlaskan harta kita. Semoga kita diberikan keberkatan dalam kehidupan.


Diatas adalah no akaun yang boleh sangat boleh dipercayai bagi ampa yang ingin menyumbang kepada saudara kita yang terperangkap dalam banjir kali ni.

Teruskan doa dan usaha. InsyaAllah, ujian ni ada perkara yang lebih baik. Allah Maha Penyayang.

Yang Hiba Rasa,


SEMOGA TABAH KALIAN YANG DITIMPA UJIAN DARINYA. KALIAN KUAT.

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.12.14 | 0 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Hari hari kita sememangnya diuji. Dengan cabaran hidup. 

Ada yang tidak makan.
Ada yang tidak dapat tidur.
Ada yang tidak merasai keselesaan.
Ada yang hilang ketenangan.

Antara sedar atau tidak. Sememangnya kalian hebat untuk tempuhi hari hari mendatang.

Teruskan usaha dan berdoa. Kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Menyayangi.

credit gambar dari blogger.

Yang Bantu Sekadar Termampu


QUOTE OF THE DAY. HARGAI MEREKA!

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.12.14 | 0 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Semenjak bermenjak ni banyak sembang. Sooo.. Hari ni just nak ucapkan terima kasih kat ampa yang rajin singgah blog ni. Maaf sebab aku tak berapa mampu. Kali ni serius ikhlas dari hati aku yang tulus suci murni ni.


Terima kasih. Meh nak sayang sket. Heheheh..



SOKONGAN KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA. GO MALAYSIA!

ZULHILMI TEMPOYAK | 10.12.14 | 4 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Wehhh... tolong tinggalkan komen dan link blog ye. Nak pi blog ampa kengkadang susah. Sebab masuk google+ dan tak tau entry ampa mana satu. OK ye. Meh nak sayang sket meh. Hehehehe... awek awek je la. Kahkah..

Tengok tajuk pon dah tau isi. Sooo.. tak yah cerita banyak la. Sembang sini tak habes sini, aku zulhilmi memberikan sokongan penuh pada skuad Harimau Malaya untuk Piala Suzuki AFF 2014.


Berdasarkan agregat kita ketinggalan 1-2 pada Vietnam. Tapi tu bukan penghalang untuk kita dapat mencium Piala Suzuki AFF tahun 2014 ni yak. Amboihh... ayat aku dah macam reporter.

Btw. semoga perjalanan dan permainan anda dipermudahkan. Nak ulas tentang otak segelintir penyokong Malaysia ni memang tak terulas la. Otak tetap pada paras yang sama. Paham paham la ye. Segelintir ja.

Petang ni aku nak try sepak sepak bola balik. Harap terpilih untuk skuad kuda. Kuda tua mana mana. hehehe..

p/s : ingat nak tengok final nanti ngan atin yana la. Bleh sesama jerit. kehkeh

kredit gambar : foxsports.my

Yang Menyokong Skuad Harimau Malaya


MENABUNG BERIBU SYILING. SEKALI TUKAR JADI KERTAS HABIS TERUS.

ZULHILMI TEMPOYAK | 6.12.14 | 5 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hujung minggu ni jadual diri aku padatkan. Takut jugak tak terkawal emosi nak merapu ja kang. Merapu budak budak bujang ni bukan boleh kata. Kengkadang sampai ke Melaka nak gi makan coconut shake saja. 


Nak sembang ja la kat sini. Sebenar aku ni jenis yang suka bayar pakai duit kertas ja. Mostly kalau kedai tanya ada syiling tak macam "ada 10sen tak bro hensem?" baru aku akan bagi. Tapi kalau casher tu tak tanya aku tak bagi.

Sooo.. sekarang dah berkampit kampit la duit syiling aku. Niat di hati nak buat untuk hantaran nanti. Hehehehe..

Biasanya aku akan asingkan terus nilai duit tu. Biasa 20 sen aku tak minat sangat. 10sen dengan 50sen dan berkampit dah ni. Kalau buat nasik impit dengan duit syiling ni. Mest ramai orang review nanti nasik impit aku. Ehhh.. tetiba.

Baru ni aku ke Tesco Damansara, situ ada tempat untuk tukar syiling ke duit kertas kan. Aku ngan hepinya tukar la. Dapat la dalam 200 lebih untuk tukar tu. Untuk sebahagian tukaran duit syiling 20 sen aku.

Hepi bukan main la aku. Tapi cabaran dia adalah, keliling tu ada kedai makanan yang best! Kedai yang tengah buat sales! Promoter yang ayu!

Dalam hati aku nak tetengok je la. Tapi once dah masuk. Oh maaannnnn... Makan Chillis ja pon dah 75 sorang. Ni nafsu kuda namanya. Then beli kemeja 2 helai dah RM100. T Shirt acah acah awesome dah RM35. Promoter lak tarik aku beli Sabun cuci muka. Pecah sangat ke muka aku gamaknya?

Terbeli la semua yang antara penting tak penting. Senang cerita, duit tukar tu habes begitu sajaaaaaa. Mamamama... bajet kawen lari oooiiii. Sabun muka tu aku tak pakai pon. Marine Essence ke apa tah tu. 


Lepas ni aku nak mohon. Bagi yang buat mesin tu. Letak kat tempat yang aku bleh beli ais pop ja. Plissshhhh...!!! 

Btw. Gambar tu aku google tau.

p/s : Atin Yana ni tak reply pon berapa hantaran dia. Huhu.. Nak kumpul balik syiling ni.

Yang Mengumpul Duit Kertas Lak


MAKAN NASI PUTIH AYAM MASAK TOMATO. TIBA TIBA RINDU AYAH.

ZULHILMI TEMPOYAK | 1.12.14 | 6 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Haaa.. mesti pelik kan. Tajuk pepelik. Selalu review itu inilah. Tetiba lak aku nak kongsi benda ni. Mesti ada yang tiba tiba terkata. Ehhh.. engkau ni apahal! Hehehe...

Malam ni aku rajin lak nak membeli lauk. Selalu makan yang goreng orang kira macam ala carte terus memalam. Selalu malam aku carik bihun sup atau laksa. Ni kira makan feberet memalam la. Haaa.. ni bukan sesaja tulis ni. Ni untuk yang nak masok meminang take note. Kahkahkahkah...


Nak sambung cerita boom aku ni, malam ni aku beli la lauk. Tengah dok pilih pilih lauk, brother tu bagitau la satu satu lauk yang ada. Satu satu satu. Sampai la lauk yang last. Ayam Masak Tomato.

Dalam hati aku dah lama tak merasa. Rindu lak rasa. Sooo.. aku kaut la seketul ayam masak tomato ngan lauk lain. Cukup la 5 hingit bebudak bujang makan.

Masa makan kat rumah... ohhh.. teringat masakan ayah aku. Walaupun masakan kedai ni tak se power masakan ayah aku. Tapi nilai dia tetap ada. Sebab dia sebabkan aku rindu kat bapak tergebu aku.

Ohhh.. ayah. Ayam Masak Tomato ayah memang power la. Sebab ayah aku dulu buat catering. Tu cerita dulu la. Soooo.. lepas pindah n tak buat catering ni macam tak terasa dah la makan masak ayam tomato ni. Tak penah lak aku tercerita ngidam nak makan ayam masak tomato kat dia kan.
Btw... ayah aku memang power masak!
Balik ni nak bermanja ngan ayah la. Soh masak ayam tomato. Hmmmm.. bukan nak makan sangat. Tapi nak tengok ketekunan ayah masak. Wahhh.. nak menunjukkan sket sweet diri ni. Auchhh...

Ketahuilah wahai Tuan Zulkefli Bin Abdul Rahman! Anakmu ni rindu gilaaaa nak rasa masakan mu. Ayam masak hehehe...

Sorry kalau ampa rasa macam pelik sket entry kali ni. Aku just kongsi sebab aku rasa rindu dan nak hargai ayah aku. Walaupun mulanya hanya sebab ayam masak tomato. Sayang Ayah!

p/s : Mak aku. Nantilah aku review. Kot boleh bawak balik menantu. Harap atin yana baca. hehehe...

Yang Rindu Ayah Kat Rumah


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger