MATA MASUK HABUK BILA TONTON VIDEO NI. AMPA MESTI TENGOK WEH!

ZULHILMI TEMPOYAK | 30.11.14 | 1 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Intro biasa. Alaaa... lama tak hapdate. Besawang dah blog. Hahaha.. Ni ayat acah acah macam panik la kan. Padahal zulhilmi ni pemalas tau tak!!

Erkkk..

Ok. macam ni Aku nak share satu video dari u tube. Lepas aku dengar lirik lirik dia yang si rapper tu, mata aku terus masuk habuk. Padahal bilik aku giler kemas beb. Nanti la bila ada masa aku amek gambar bilik aku. Takot lak kang ada orang nak buat menantu. Kehkehkeh..


Ampa tengok la video ni. Jangan nak acah acah tengok sangat. Tengok betul betul. Suara seorang mangsa buli yang stand untuk backup diri dan mum dia.

Inspiring gila weh!

Sayang mereka yang masih ada.

Btw.. senang je kan nak cari gambar. kahkahkah.. acah acah printscreen then tempek.

Yang mata tiba tiba masuk habuk.


PROJEK TRAVEL. BUKAN BLOG REVIEW BIASA.

ZULHILMI TEMPOYAK | 20.11.14 | 6 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Maaflah... aku faham yang aku jarang update dan jarang blogwalking macam selalu. Tapi janji aku sehari aku jalan 20 blog na. Erkkk... maksud aku. Aku cuba. Hehehehe..

Btw... nak cerita sini habes sini. Aku sekarang tengah bersama sama merajinkan diri untuk travel memusing Malaysia. Bunyi macam perghhh kan. Tapi macam biasa la, kalau aku tak sembang booooommm tak sah lah.


Sekarang aku bersama Projek Travel untuk menjalankan www.projektravel.com. Blog ni dah lama ada. Tapi ini cubaan untuk menaikkan semula mana yang tercicir dulu. 

Harap ampa support la blog ni. Sebarkan atau kongsikan idea apa yang ampa nak. Mana tau kot aku rajin lebih aku explore la. Aku pon baru mula menaip balik ni. Banyak lagi kisah yang aku tak kongsi dan aku percaya kisah ampa pon aku teringin nak baca lagi.

Terima kasih sebab terus bersama.

Sayang ampa. Ecceeeehhhh.. tak macam bodek kan. Heheheh..

Yang Sayang


Hashtag Throwback. Acah Acah Update.

ZULHILMI TEMPOYAK | 19.11.14 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Semalam Berpeluang Menikmati Senja di Awangan. Subhanallah... cantiknya. 

Mula masa naik matahari disebelah yang bertentangan. Terus jeles aku kat awek sebelah sana. Rupanya Allah nak uji sabar aku. Maghrib je terus tiba tiba aku ada peluang untuk tengok walau pada mula gelap je awan mendung. Kena tengok sendiri la ye. Gambaran tak sehebat yang di depan mata. 


Solat Maghrib di Airport Subang. Dan manisnya Habib Ali Zainal Abidin singgah untuk solat kat situ. Menerpa terus la aku. Biar orang lain tak peduli. Aku mesti peduli. Dia masok aja terus aku otomatik terkam. Lama tak g majlis ni rasanya. Effect masih ada. Habib nak ke Singapore rupanya. Btw. Ada kelas 30 ribulan ni kat Masjid Al Falah katanya. Mood baik je semalam. Penat tapi lain macam serinya. Hehehehehe.. 

Alhamdulillah.. semoga kita hari ni dikurniaan kebaikan dan dihindarkan keburukan. Sayang ampa. Ehhhh.. tiba tiba kan. Heheheh

Ni bukan semalam. Tapi semalam semalam semalam semalam. kahkahkah..

p/s : macam mana nak stalk atin yana ye. hehehe...



Yang Berkongsi Rasa 

Ada Masa Kita Bicara. Ada Masa Kita Diam Seketika.

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.11.14 | 4 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Bila benda benda bodoh berlaku.


krikk. krikk.... krikk. krikkk..

Yang Pilih Tak Buat Apa


PEMENTASAN TEATER BANGSAWAN “SINBAD”. PEMENTASAN HARI INI.

ZULHILMI TEMPOYAK | 8.11.14 | 0 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Tuan tuan dan cik puan. Sorry la lama tak hapdate blog. Penat jugak nak acah acah sibuk ni sebenarnya. Oklahh... ini aktiviti aku hari ni. Kalau ampa ada masa. Jom laaaa... text nanti kita jumpak ye.


Memandangkan ada yang tertanya teater apa ni. Aku cite la sket yak. Sket je la. Nak cerita lebih lebih nanti baik aku je tayang kat sini kan. Hehehe..

Btw... pementasan ni sebenarnya kidah kesinambungan dari Teater Bangsawan Sinbad yang pernah dipentas oleh Bangsawan Grand Opera JKKN pada tahun 2009 Sinbad “Batu Permata Dewa” di mana kita akan menyaksikan kisah sambungan kepada konflik dalam pementasan dulu. Ok jujur, ayat ni aku copy dikbee. kahkahkah..

Pendek dan tinggi kata pasal kehidupan orang yang awesome.Haaa... betul pendek je kata kan. Dan sapa yang nak join tengok, boleh la hadir terus macam alamat ke bawah. Tiket berapa hinggit? Datang bayar je. Jangan risau berbaloi baloi.

7-9 November (Jumaat – Ahad) :
PEMENTASAN TEATER BANGSAWAN SINBAD
Tempat: Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan
Raja Laut, Kuala Lumpur
Masa: 8.30 Malam

p/s : tengok ngan rakan media ye. Bukan atin yana. hehehe..

Yang Excited


Beli Property Dulu! Belajar Tahu Kehidupan.

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.11.14 | 5 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Untuk anda yang sudah bergraduasi. Tahniah...!!

Lepas ni masuk zaman pekerjaan pulak. Belajarlah.. bukan hanya nama nak mencari kerja dan kerja.

Bagi yang belum bekerja. Sabar dan usaha. Tak semestinya kita nak set mine untuk jadi pekerja saja. Dan anda mungkin punya rezeki untuk jadi mereka yang membuka peluang untuk bantu orang lain mencari bekerja. Alhamdulillah.. lebih baik.


Kesilapan aku dulu masa awal bekerja adalah aku beli kereta dulu. Sebab aku penat naik moto redah hujan dan aku tak tahu yang dengan gaji aku mampu beli rumah dulu. Silap boleh dibetulkan. Tapi makan masa.

Jadi.. untuk anda yang bakal punya pilihan. Cari lah ilmu. Beli property dulu. Gaji rendah tinggi mana pun mesti boleh. Tekniknya mudah. Tak tahu? rendahkan diri dan belajar. Belajar dan belajar.

Tak ada benda percuma. Nak konvo tu pon ada yuran konvo. Sooo.. tak salah invest sket lagi untuk belajar.

Soooo.. cari property dulu. Dan sekarang aku tengah membina semula.
Doakan. InsyaAllah. hehehe..

Belajar dari silap orang. Kurang la sket silap kita. InsyaAllah. Aku kongsi untuk aku yang juga tengah belajar.


Yang tak sabo nak beli first house


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger