I need A Chance. Moment To Be Remembered.

ZULHILMI TEMPOYAK | 23.10.14 | 5 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Nak mintak maaf sebab tak hapdate blog. Aku pun tak tahu kenapa aku tak hapdate. Aku ingat aku nk mula balik macam dulu la. Story aku dah lain sangat sampai ada yang kata kenapa bertukar. Hmmm.. mulakan pernceritaan baru.


Berhabuk jugak mata aku bila baca balik story story masa mula dulu. Baru aku faham kenapa komen sangat berbeza dari dulu. Maaf bagi kalian yang rindukan aku. Aku akan keep in touch selalu. InsyaAllah..

p/s  : rindu nak tengok blog atin yana macam dulu. Ehhh.. tiba tiba.

Yang Akan Mula Semula.


New Zealand Impian Hati. #4 Gambar Ja Untuk Rasa Teruja.

ZULHILMI TEMPOYAK | 21.10.14 | 1 Comments
Bismillahirahmanirahim....

Beberapa hari aku tak hapdate blog ni. Sejak badan sakit sakit berlari untuk Allianz Amazing Hunt ni. Al maklumlah baru nak biasakan diri ni berlari. Nampak tak lama dia tak berlari macam mana.

Hari ni aku tertengok youtube. Ternampak lah vlog new zealand yang baru. Waahhhhh... giler kaw tak kagum. Tempat bersih tenang superb. Kalau dok sorang baring kat padang tu. Perrgghhh... Mau terlelap seminggu.

New Zealand punya nature amatlah bukan biasa biasa. Kalau dilihat dan diteliti secara saksama *wahh ayat aku New Zealand ni macam sangat control nature dia. 





Nak menjadi tetamu Allah ke Mekah of cos nombor 1. Tapi ni cerita aku lebih nak kongsi tempat yang kita akan rasa. Ohhh.. syukurnya ada best macam ni. Gitu kannn..
Jadi kepada bakal wife. Honeymoon kita kat New Zealand ye. Sekali lagi diulang. New Zealand. Sekali lagi 
Cerita sini habes sini tau. Yang kurang menarik dia kat new zealand, pantai dia tak ramai orang baring macam kat Australia. Kahkahkahkah.. yang paham tu paham la.

p/s : nak Pm atin yana dia minat honeymoon mana. Kang kawen gado lak.

Yang Teringin Sangat.



#6 Cara Masuk Simpang Dengan Betul. WOW! Mampu Selamat Dari Carutan.

ZULHILMI TEMPOYAK | 17.10.14 | 6 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Aku percaya sememangnya ramai yang tau dan pakar drive kereta. Tapi! Ramai jugak yang mengalami masalah untuk kenal pasti macam mana nak masuk simpang dengan betul.

Jangan risau. Post ni tak nak bunyi bunyik marah pon. Cuba senyum masa baca. Rasa tenang hati sangattt bila orang masuk simpang gitu je. Tenang sangat. Buat la selalu. Memang ramai ada duit lebih pon nak sedekah bayar repair bumper orang.

Sooo.. lepas aku gi turun dan buat homework sket. Ni adalah caranya yang simple. Simple gila. Kalau susah nak buat jugak, akan ku dermakan sket wang untuk tambah signal pakai niat ja. Asal niat pastu terpikir ja naik la signal.

#6 Cara Simple Yang Tak Reti Guna Signal Perlu Ikot Adalah : - 
1) Tetapkan Niat Ikhlas Nak Masuk Simpang.

2) Bagi Signal 10 Saat Lebih Awal Berdasarkan Kelajuan Semasa. 
3) Kurangkan laju dari 160KM/H ke 60KM/H Untuk Elakkan Tekejutan Sangat.
 4) Tengok Side Mirror Kiri dan Kanan dan Rapat Ke Simpang Yang Anda Nak Masuk.
5) Masuk Simpang Dengan Selamat Dan Muka Senyum Bahagia.
6) Tutup Signal Anda Jika Masih Ada Bunyi, tik tik tik tik.

Dah settle. Bukan cuba je lepas ni. Buat! Sebab langkah tu membantu kurangkan carutan dan duit dibuang gitu aje. InsyaAllah, mampu juga selamatkan nyawa.

p/s: i takot takot jugak drive ni. Seb bek ada atin yana tolong drive kan. Auchhh.. =="

Yang Tersentap Masa Orang Masuk Simpang


MATIC Fest 2014. Event Gemilang Hujung Bulan Oktober.

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.10.14 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sebagai blogger yang acah acah power. Aku nak habaq ada program Matic Fest 2014 hujung bulan ni. Soo.. kalau ikot dalam ni ada banyak program best. 


Tarikh dah ada, tempat dah ada. Sapa yang dah baca ni wajib datang. Haaa... gitu. Kejam jugak la cara ajak gini kan. Sooo.. datang la satu family. At least ada jugak aktiviti best hujung bulan ni.

p/s: harap dapat la bawak atin yana ke sana gak. hehehe..

Yang Konfem Turut Serta.


WORDLESS EVERYDAY AND DAY

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.10.14 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Bila tak cukup ilmu di dada. 
Kena berguru lagi nampaknya.

Bisnes best sangat cabarannya.


p/s : teringin gila ke new zealand. Sapa ada cara tolong ajari aku. waaa...

Yang Teringin Ke New Zealand.
+zulhilmitempoyak 


1 Thing That Matter To Me. Allianz Amazing Hunt 2014.

ZULHILMI TEMPOYAK | 14.10.14 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Untuk pengetahuan kengkawan. Hujung minggu ni aku akan join satu Amazing Hunt ala ala running man gitu. Dimaklumkan program ni akan berlangsung pusing satu KL. Wowww... bunyi bukan biasa biasa kan.

1 Thing matter to me ni ada pelbagai sebenarnya. Melihat pada perspektif diri of coz la aku akan kata famili yang menjadi perkara utama. Kalau melihat dari dari perspektif ekonomi dan keselamatan of coz perlindungan insuran utama untuk aku. Kalau melihat dari perspektif jodoh of coz la atin yana jadi pilihan. Ehhhh... tiba tiba.

Gambar Dari Epihaha.com - meeting strategi Allianz Amazing Hunt
Bagi Program Allianz Amazing Hunt 2014 ni. 1 thing matter to me adalah persediaan diri dari aspek mental. Yelaa... selama ni drive je beb. Hari Amazing Hunt ni dimaklumkan kena berlari naik ktm. Perghhh... bayang la berat 180kg macam aku ni nak berlari. Perghhh... seksi.

Dah lama aku tak join program macam ni. Sooo.. feel feel sebak gini pon ada. Gile lama aku tak join program yang acah acah lari macam ni. Menjadikan berat aku bukan biasa biasa malah berbisa sekarang. Kahkahkah...

Aku dah bina team yang not bad kuat. Bak kata orang puteh. King of the street. Waahhhhh.. lain bunyi nya. Macam tak kena ngena kan. Strategi telah terbina. Fuhhh.. psyko dia bukan nak menunjuk la. Ampa boleh rujuk epihaha.com yang dah bina stamina untuk Amazing Hunt ni dan ampa boleh jugak tengok teammate aku mohddahar.wordpress.com. Ampa akan tengok yang dia dah kaji perjalanan seluruh ktm KL. Amacam? goyang?
Untuk aku pulak? aku just pegi briefing je la ngan isi form untuk team. Haaa.. nampak tak keja aku. Tak submit form tak dapat join oooooo... 
Mental yang aku maksudkan aku lebih bersedia untuk memotivasikan team aku. Haa.. gitu. Penat getir waktu tu kita tak tahu. Sooo.. banyaklah aku tonton sesi motivasi kat utube. Cara nak merasai kemenangan dengan mental yang kuat. Ada yang dah goyang la tu.


Cakap sini habes sini na. Walaupun niat kemenangan tu kemain ada. Personal Protection haruslah aku kena ada. Aku pon dah siapkan diri dengan perlindungan diri. Haaa.. gitu. Tak semua tau tentang hebatnya I-Care dari Allianz. Dengar pon Allianz, dah tau mesti kata bukan biasa biasa.

Bagi ampa yang nak tau lebih pasal event dan juga apa yang Allianz tawarkan. Jangan lupa g la menjenguk dekat fb.com/AllianzMalaysia . Banyak jugak la info yang ada. Sampai tak terhadam aku.

Sembang punya sembang. Harap menang la yak. Heee..
I want ipad air. waaaa..
Yang Bakal Menang,


Aku Tak Faham Gambar Ni. Sampai Hari Ni Tercari Jawapannya.

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.10.14 | 11 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Indahnya pagi ni. Main game FIFA 2015 sambil makan Dominos. Ohhh... hepi sekali bila terasa diri ni dah makin berlemak. Sambil update dengan mandi pon tak lagi menambahkan lagi sweetnya. Ahhhh.. indahnya dunia. Hidup pengganggur dunia. Hahaha..
Hmmm.. harap jugak la dapat jadi #penyampaitopmalaysia. Ehhhh... tiba-tiba.
Tapi kan. ada cerita sket. Pagi pagi bukak facebook dah stress. Stress jugak la tengok orang share gambar. Lepas tu, aku tanya tak berjawab. Macam krik.. krik.. krikk.. krikk.. sangat. Dalam hati ngan muka hensem dah control dah. Bukan apa, Aku selalu tengok gambar ni. Tapi aku still tak paham apa apa tentang gambar ni.


Ohhh mannn.. Apa citttaaa ni? Apa Cittaaaa..? Apa yang cuba dicerita? Ke ampa pon tak tahu cittaaa.. Tak pernah orang jawab. Ohhh man. cian titewww..

Ke ampa pon tak paham gak. Ohhh man.. cuba letak gambar atin yana ke. Hmmm.. mungkin aku makin cerita. Ehhh.. 

p/s : siap google image gambar lagi bai. Sampai tak terurus diri aku ni.

Yang Cuba Memahami.


5 Penyakit Dari Makanan Tercemar. Siap Boleh Bawa Maut Ye.

ZULHILMI TEMPOYAK | 10.10.14 | 4 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Baru ni aku ke kursus pemakanan. Haaa.. sejak dua menjak tiga menjak nak bukak restoren ni kan. Soo.. beberapa benda yang aku kena kenal pasti. Antaranya adalah macam mana nak jaga kebersihan cafe.


Dalam kursus yang agak mencabar mata untuk tido tu. Aku dapati *perghh.. aku dapati, yang kebersihan ni memang point yang orang perlu highlight dan tak lepas pandang. Bukan sebab apa, boleh bawak maut beb penyakit penyakit ni.

Walaupun mata terlelap. Aku nak jugak share 5 penyakit tu. Bukan sebab apa, at least ampa boleh la berjaga jaga kalau terkena dan tau yang anda dan terkona.

          1) Keracunan Makanan.
          2) Cirit Birit ( Dysentry )
          3) Kepialu ( Typhoid )
          4) Taun ( Cholera )
          5) Hepatitis A

Nak ja aku terang lebih dalam. Tapi takot menyeleweng sangat info. So ampa boleh refer kat member aku si google untuk info lanjut.
Hmmm.. ayat macam nampak sangat malasnya. Kehkehkeh...
Kredit Gambar untuk Sinar Harian.

p/s : nak cari model untuk cafe la.

Yang Berkongsi.


100 Instagram Akan Di Follow. Peluang Bagi Anda Nak Tambah Follower.

ZULHILMI TEMPOYAK | 8.10.14 | 14 Comments
Bismillahirahmanirahim...
Perghhh.. tiba tiba aku rasa macam best a.k.a BOOM lak tajuk atas. Hahaha...
Pagi tadi aku berjalan dekat instagram. Scroll punya scroll, Aku rasa macam makin kurang lak gambar gambar untuk aku tengok. Yela.. lagi banyak gambar kita tengok lagi banyak idea kita nak berkembang kan.

Baiklah... bak kata jiran jiran. Dah terang lagi bersuluh. Sudah siang bukak touchlight lagi buat apa. Bagi kengkawan yang ada instagram please leave ur comment below. Perghhh.. english la aku. 


Jangan risau. Aku tak suruh follow balik pon. Aku just nak stalk ampa ja. Sebab pengalaman setiap orang berbeza beza. Dan dari situ lah kita belajar. Apa pon.. tak nak ampa stalk kecomelan aku. ERRKKK.. krik krik... krik krik...

Kalau diteliti pon aku punya following sangat kurang sebab aku tak follow sangat retis retis ni. Baru nak belajar follow. Haaa... gituwww.. Jadi kalau ampa nak aku follow bagi je la nama kat bawah. Nanti aku carik na. Hehehe...

p/s : sebenarnya tengah cari idea nak hapdate story. 

Yang Punya Instagram


Kasut Ini Telah Menembus Pasaran Sukan. Pencinta Futsal Wajib Miliki.

ZULHILMI TEMPOYAK | 8.10.14 | 1 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Antara sedar tak tak sedar. Hidup aku agak huru hara dengan jualan Kasut Leo ni. Sampai sejujurnya ada yang tak terhantar dan terjadilah lambat hantar. Bukan itu isu utamanya. Isunya sekarang perkara ni dah menjadi trending di kalangan pencinta sukan.

Tak kira la anda ahli gusti mahupun pemain congkak. Still boleh pakai kasut ni. Haaa.. power kan. Tak semua pemain congkak pakai kasut hari ni. Hmmm.. tak kena ngena sangat. Sooo.. untuk pencinta futsal. Nak rasa main main Leo Messi. Boleh cuba. heheheh...





Bagi anda yang teringin nak memiliki kasut super awesome ni. Boleh hubungi aku dekat talian yang konfem kena toll di 0173141686.

p/s : ingat nak hadiahkan kat atin yana la kasut ni. hehehe...

Yang Power Futsal Katanya


Bagaimana Mencapai 1 Juta Dalam Masa Setahun. Baca Kalau Anda Bersedia.

ZULHILMI TEMPOYAK | 8.10.14 | 3 Comments

Bismillahirahmanirahim...



Disini aku kongsikan macam mana nak capai 1 juta dalam masa setahun. Tips ni bukan semua orang nak kongsi tau. Orang biasa biasa kongsi pon dah jadi luar biasa.
Ok. Cerita sini habes sini.
Caranya mudah. 1,000,000 kalau dibahagikan dengan 365 hari yang mana dikira hari standart. Akan menghasilkan kiraan 2739.726 yang mana kalau kita bundarkan akan dapat 2740.

Soo.. kalau hari ni ampa kira 2740 sehari. Setahun lagi akan capai la 1 juta. Capai maksud aku kat sini bilang la. Jadi tak perlu pening pening kepala macam mana nak capai 1 juta dengan mudah. Hmmm.. kita dengan mulut je la.

Bila ampa buat pengiraan ni. Ampa akan belajar 2 benda. 1 adalah perlu sabar, dan 2 perlu usaha. Macam tu jugak dalam life. Samaada bersedia atau tidak. Dua perkara ni perlu ditempuhi.

Pesanan ni untuk diri tapi dah tulis dalam ni macam kongsi la kan. Selamat mula bekerja dan berniaga.

credit gambar : positive-notes.tumblr.com

p/s: tak lalu makan dari semalam. Usaha gak suap ni.

Yang Penat Mengira





Juri Hentikan Nyanyian Budak Ini. Apa Yang Berlaku Seterusnya Mengejutkan Semua.

ZULHILMI TEMPOYAK | 7.10.14 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Budak 12 tahun ni nama Shaheen. Mencuba untuk menunjukkan dan berkongsi bakat yang dianugerahkan pada dia. Tengah dok menyanyi, terberenti pulak lagu. Si Simon persembahan dia tak cukup baik. Dia tak lari dan menangis sebaliknya mengejutkan satu dewan dengan lagu seterusnya.


Itulah... kalau dah kita punya bakat. Macam mana orang cuba halang kita. Dengan semangat dan ketekunan dan kegemilangan dan keterujaan dan keistimewaan  dan berapa banyak dan la. Kita mampu berdiri dengan diri kita. Yang penting jangan putus atas dan dok dengar biawak luar dok cakap.
Tengok berilmiah kan cara penulisan aku. Haaa.. 
Kredit video pada Youtube Iosgranos. Bagi anda yang nak tengok kisah inspirasi lagi. Tengok la link yang diberikan.

p/s : macam aku nyanyi kat atin yana la. Dia soh aku brenti sebab tekejut suara sengau aku. Coiii.

Yang Mendapat Inspirasi.



Budak 12 Tahun Capai USD150,000 Dalam Masa 3 Tahun. Video Usahawan Perlu Tonton.

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.10.14 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Tak perlu disembunyikan lagi, mesti ramai yang tahu aku tengah memburu jiwa sebagai peniaga sepenuh masa. Jadi sambil aku godek-godek tu aku nampaklah adik gaya wak doyok ni.
Nak dijadikan cerita, aku agak kagum la sebab aku ni pengemar video macam TED. Secara jujurnya aku pon masih belajar dalam dunia perniagaan dan masih menurut rentak idaman. Sooo.. mungkin story ni dapat dijadikan inspirasi untuk aku dan juga usahawan kat luar.
Bakal jutawan Muda, Moziah Bridges hanya berusia 12 tahun. Dia adalah owner kepada syarikat Mo’s Bows. Hasil bacaan aku, jualan dia dah capai USD150,000 dalam masa 3 tahun. Perghhhh... senyum ja kata ko.
Difahamkan jugak, Moziah ni suka bergaya tapi susah nak jumpak tali leher kupu kupu or rerama yang dia suka. Sooooo... dia mintak nenek dia jahitkan. Harga satu rerama ni RM40.
Point dia adalah..!! Setiap masalah adalah peluang. Full Stop.
p/s : Ya Allah.. mudahkanlah kami yang berniaga ini. Curahkan rezeki kepada kami seperti mana engkau curahkan hujan di muka bumi ini. Ameen.
Yang Bakal Jutawan

11 Makanan Rusia Yang Perlu Anda Cuba. #12 Auummmm.. Secocok Rasanya.

ZULHILMI TEMPOYAK | 2.10.14 | 11 Comments
Bismillahirahmanirahim..

Baru baru ni aku dijemput untuk merasai budaya dan serba sedikit info tentang masyarakat Rusia. Entry kali ni aku just nak share tentang sedapnya. Nomnomnom... makanan orang Rusia ni. Resepi dia sangat simple. Tapi rasanya. Padatttt...













Kan aku dah kata makanan orang ni best. Yang ampa dok jeling gambar last ni ja kenapa. hahahaa...

Terima kasih untuk jemputan dari Paris Ashikin, Team blogger dan Kedutaan Rusia. Next post nanti aku share tentang apa yang aku dapat tentang sosio budaya sana. 

p/s : kalau dah jodoh aku dengan orang Rusia. Aku terima. Ehhh... terus lupa atin yana. hahaah..

Yang Nak Merasa Malaysia


WORDLESS EVERYDAY AND DAY

ZULHILMI TEMPOYAK | 1.10.14 | 1 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Just Nak menayang Kasut Leo

Yang boleh dihubungi


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger