Outing 3.0 - Taman Botani Putrajaya. Jurugambar Hebat Berkongsi Idea.

ZULHILMI TEMPOYAK | 30.9.14 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Baru baru ni... ehhh.. maap tak baru sangat la. Aku berpeluang join Outing 3.0 dekat Taman Botani Putrajaya. Program ni anjuran AiMediaNet dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.

Baiklah.. cerita sini habes sini. Cerita kat orang kecoh lak. Program ni percuma weh. Siap aku dapat makan, tshirt, gift, cap, moment dan ilmu. Perghhhh... Nasib baik takde tempat tido. Kalau tak mau makan tido ja aku cerita rini.

Dekat Taman Botani ni aku lebih belajar tentang amek gambar statik dan percubaan untuk imbangkan warna objek kita. Mostly yang ditekankan adalah portrait. Sebab potrait ni adalah peluang bisnes yang baik. Tak caya tengok ja booklet IKEA tu haaaa...

Tenaga Pengajar utama adalah Tarmizi Shukri dan En Zakaria. Tenaga pengajar sampingan ada juga sebab dah kate perkongsian idea. 









Bila pikir balik kat Taman Botani tu, kenapa lah aku tak tahu tempat indah macam gini. Boleh la jalan jalan pimpin tangan dengan awek. Ehhh.. dengan bini bini sambil hirup udara yang ohhhh... tak dapat kat cyberjaya.
Mohon puji kalau gambar cantik. Hahahahaha...
Terima kasih kepada AiMediaNet dan juga Perbadanan Putrajaya. Sambil tak lupa juga untuk tenaga pengajar yang mulut tak berenti mengajar. hehehe..

p/s : harap boleh la amek gambar awek tak kabur dah lepas ni. Hahaha.. niat tu zulhilmi

Yang Addict Dengan Photog


8 Hidangan Di Pak John Steamboat. #9 Pasti Buat Anda Rasa Lapar.

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.9.14 | 7 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Pasti ramai antara ampa yang tengah baca ni penggemar makanan kan. Bak kata orang puteh food hunter. Haaa... Pak John Steamboat dekat Wangsa Maju adalah yang direkemenkan untuk pengemar steamboat.

Kat sini aku share sket la 8 hidangan yang telah aku telan. Tapi yang ke 9 tu memang buat aku rasa lapar la.










Untuk makluman, gambar #9 tu adalah Mahamahu owner kepada blog www.mahamahu.com yang pakar dalam food review. Beliau tengah kurang sihat sekarang. Mohon doakn kesejahteraan dia.

Bagi anda yang ingin dapatkan Pak John Steamboat. Boleh terus ke restoren Pak John Steamboat di Wangsa Maju. Singgah ke FB Pak John Steamboat sekarang untuk info lanjut.

p/s : nak dating ngan atin yana kat sni. Agak agak dia mau tak. Kehkehkeh...

Yang Alhamdulillah Kenyang


Tips Untuk Sentiasa Perbanyakkan Idea - Bicara Santai

ZULHILMI TEMPOYAK | 27.9.14 | 8 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Memandangkan kita dalam mood weekend. Sooo.. Nak santai. Update pos tak nak la berat berat kan.


Tips Untuk Sentiasa Perbanyakkan Idea.
> Bercuti.

Banyakkan bercuti. Tak kiralah dengan family atau sorang diri.
Idea berkembang bila tengok orang berkongsi dan tenang diri.
Tips ni guru aku yang kongsi. Aku ikut sebab dia jutawan dan dermawan.

p/s : lama lama memang la malas woihh nak bangun ni. rasanya aku dengan sapa. hehehe..

yang tak mampu nak keluar hari ni.


Kenapa Mesti Guna Blogger Untuk Marketkan Produk?

ZULHILMI TEMPOYAK | 26.9.14 | 4 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Ada Orang Tanya Aku. 


KENAPA MESTI GUNAKAN BLOGGER UTK MARKET-KAN PRODUK? 

Padahal baik guna medium iklan suratkhabar ke, majalah, tv ke bannner ke, yang lagi effective.

Susah jugak aku nak jawab soalan ni. Sebab aku hanya blogger kecil yang berkawan dengan blogger besar. Tapi jiwa aku tetap sama, maintain besar. Hehehe..

Bagi aku ada 3 sebab kenapa perlu gunakan blogger untuk marketkan produk.

1) T E S T I M O N I

Perkara penting dalam perniagaan adalah result. Guru aku selalu kongsi bab ni. So... Mana nak dapat result yang orang cerita panjang lebar? Orang cerita pengalaman yang depa rasa dan alami. Kat FB boleh kat sni boleh.



Macam mana? bagi la depa cuba. Depa bukan artis yang just nak tayang muka soh beli produk itu ini. Depa jugak pengguna. Depa buat testimoni. Depa VIRALKAN lagi. Haaa... Hehehe..


2) P E N G H E B A H A N (unlimited)

Ini yang biasanya business owner mahukan. Hebahan. Cuba la test GOOGLE "kedai makan sedap di Selangor" akan keluaq la website dengan blog awesome yang kongsi. Website power mana pon tetap amek gambar dari blogger. Point nya kat sini. Orang bukan share kat blog ja sekarang. FB tu link ngan twitter link dgn insta link dengan wasep. 
Perghhh.. unlimited selagi tak di delete.
3) MINIMUM MARKETING COST (berbaloi)

Pada kos yang rendah, market dapat dilebarkan. Minimum ni maksudnya rendah jugak lah. Sekarang kan memang orang anti-sosial. Pahit nak telan tapi benar. Jadi mostly orang akan google kan ja. Member aku, nak dating pon google tempat dating menarik. Haaa...

Tak perlu bandingkan dengan TV, majalah, surat khabaq, Radio, Banner dan online medium. Tanya diri mana yang anda selalu ada masa nak jenguk. Tambah meyakinkan, mostly blogger memang ada blog yang awesome. Sooo.. 
Point asasnya juga. Mana target customer anda. Dan pilih alternatif yang sesuai.
Hmmm.. skema jugak aku tulis kali ni. Biasalah ni tulis hanya untuk diri. Betulkan kalau ada salah. Sebab diri ni perlukan dua kaki yang menyokong untuk berdiri.

p/s : atin yana kurang blogging dah. sobsobsob...

Hanya Bercerita.


Aku Hidup Berniaga - Episod 2

ZULHILMI TEMPOYAK | 25.9.14 | 2 Comments

Bismillahirahmanirahim...

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
- Hazama

Cerita Hari Ni Untuk Aku.


Hari ni aku diberi peluang untuk menziarahi saudara kepada kawan aku yang telah kembali ke Rahmatullah.

Hari berjalan lancar. Rakan rakan yang hadir bukan biasa-biasa. Ada dikalangan ahli akademik dan ada dikalangan menteri sendiri. Semoga reda dan tak henti menceritakan baiknya arwah.

Berjalan aku sebelah van jenazah. Aku tahu satu hari nanti. Aku akan terbaring dan dibawa. Dikafan dan dikuburkan.

Berubah lah wahai diri. Masa mati tetap akan mati.

2 Perkara yang aku belajar untuk beringat hari ni:-

1) Bersediakah aku?
2) Di manakah aku tika ada perlukan aku.


p/s : sayu. bayangan indah kini hanya tinggal sejarah...

yang terasa


WORDLESS EVERYDAY AND DAY

ZULHILMI TEMPOYAK | 24.9.14 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...



yang berkongsi senyuman
+zulhilmitempoyak 


Kedai Repair IMAC Terbaik Di Shah Alam - Terminal Tech

ZULHILMI TEMPOYAK | 23.9.14 | 0 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Mesti ramai dah rindu dengan aku sebab dah seminggu juga aku tak hapdate cerita yang acah acah best aku kan. Aku bawak diri ke Penang dan melihat juga pada pc aku yang rosak ni. Tak sanggup aku tempuh hidup dengan tercari cari income tanpa pc.

Harap ramai la rindu aku. Hehehehe...
Btw... kalau ampa tengok post sebelum ni. Aku ada cerita tentang pemulaan perniagaan aku. Sekarang aku just nak kongsi tentang hebatnya anak-anak muda hari ni dalam merepair barang Apple. Bagi aku, kedai ni adalah the best in town.

Kedai ni ada dekat area TTDI Shah Alam. Muka depa ni mula-mula timbul kemusykilan betul ke power mamat ni. Ke acah acah power macam aku je. Aku tengok iphone depa bukak gitu je. Tau ke tak pasang ni. Itu persoalan masa aku mula-mula melawat kedai ni la. Hehehe..
Terima kasih kat brother kedai ni sebab tanpa segan silu dengan control macho sudi aku amek gambar.
Tapi pandangan negatif aku kat depa ni silap. Depa ni memang hebat, awesome dan kacak. Sekacak muka aku. Bila bukak tu siap tau mana yang perlu geli geli repair. Sampai Iphone member aku dia buat free servis. Buang bulu dan debu yang dah bersawang gila tu.

Bagi yang nak mencari kedai ni. Kedai ni kat tingkat 2. Atas kedai mamak dan percayalah mulanya aku pun tak jangka kedai tu ada dekat situ. Dan kedai dia memang berkongsi pejabat dengan Terfaktab Media.

Jangan risau. Ini bukan sponsored story. Ini serius ikhlas dari hati. Kedai Repair Imac ni Terbaik di Shah Alam. Free ke nanti cuba la acah acah Iphone rosak dan bawak pergi. Ce ketuk ketuk dulu sebab nak rasa ada bukti.


Mesti ramai yang tertanya harga dia macam mana. Bagi aku... tak terjangka murahnya. Hehehe..

p/s : nasib baik la pc dah OK. Rindu nak skype dengan atin yana. Hahahahaha....

yang rasa puas hati


Aku Hidup Berniaga - Episod 1

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.9.14 | 10 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Macam - Macam Perasaan Hari Ni.


PC IMac aku rosak dari minggu lepas. Income kat sini der. Mengelabah aku masa rosak tu. Jadi, bawak la ke Kedai Repair Barang Apple Terbaik dekat Shah Alam ni.

Sembang punya sembang punya sembang brother tu kata kalau rosak Motherboard dalam 1000. Kalau rosak memory dalam 300 camtu. Aku, kata OK. Tapi cuba check dulu. Padahal dalam otak dok pikir macam mana nak membayar. Bukan tak ada duit. Tapi duit untuk benda lain. Minggu lepas la ceritanya.

Hari ni time nak pegi amek PC. Tiba-tiba harga jauh dari dijangka. Dan yang paling best tiba-tiba ada orang nak beli barang yang aku peram dan tak terlintas nak jual. Tapi orang tu tau aku ada barang tu.

Menangis jugak aku masa otw nak g hantar barang tu. Muka maintain jugak cover hensem macam mana pun. Tak sangka duit tu datang bila kita mintak dan yakin Allah nak bagi.
Aku Belajar 2 Benda Sangat Bernilai Dari Ni.
 1) Jangan assume tak ada orang nak beli selagi tak cuba kongsi apa yang patut dikongsi. 
 2) Rezeki tu dari Allah. Mintak, Yakin dan Usaha.

Ingatlah wahai Zulhilmi. Jagalah wahai hati. 




WORDLESS EVERYDAY AND DAY

ZULHILMI TEMPOYAK | 17.9.14 | 1 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Kosmo 7 September 2014!

Rakyat Kelantan adalah paling ramai yg menghidap kencing manis.

Kepada pesakit kencing manis, Glucos Cut adalah produk keluaran Muslim bumiputra yg mengandungi Green Tea, Gymnema Sylvestre sebagai bahan utama yg berperanan mengawal dan menurunkan kadar bacaan gula di dalam darah!!!

Rawat & cegah diabetes dengan Glucos Cut. PM Kami atau hubungi 0173141686 sekarang.

Yang memang nak berkongsi

MagicFest Malaysia. 18 Gambar Buat Jiran Aku Teruja.

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.9.14 | 5 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sebenarnya aku nak sambung buat Cabaran 30 Hari. Walaupun dah tertinggal 9 hari, niat dan semangat aku tak pernah luntur. Hehehehe...


Event Magic Yang Bukan Acah Acah Biasa.

Untuk info, MagicFest @ Putrajaya ini dianjurkan oleh Putrajaya International Convention Centre dan MagiConnection serta disokong penuh oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Publika dan Naza Group.

Ni Gambar gambar yang of cos buat aku teruja. 









Untuk yang paham bahasa Malaysia yang aku tulis ni boleh kunjungi atau hubungi Ministry of Magic di www.magicfestputrajaya.com untuk info lanjut.

p/s: terima kasih kawan blogger dan team penganjur yang jemput.

Yang sempat tekan mana yang ada.

Magic Fest Putrajaya Meriah. Aku La Teruja Dengan 6 Gambar Tatapan.

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.9.14 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Teruja nak hapdate tapi teruja jugak kejap lagi nak nengok Malam Gala MagicFest oiiittt. MagicFest di PICC Putrajaya. Event khas untuk anda tengok magic depan mata. Bukan setakat acah-acah hilang kejap ada kejap. Hehehe... teringat lak dulu dok buat.


Magic Fest Putrajaya yang dianjurkan oleh Magic Fest Putrajaya | Putrajaya International Covention Centre (PICC) dan ofcos di PICC aku pegi haritu isnin not bad meriah. Event ni ada ahli silap mata, bengkel dan pameran. Untuk Pertandingan ada wakil wakil dari dalam dan luaq negara. Sempat jugak la aku selfie dengan awek pemenang no 2. Aummm...

Tengok je la gambor yang ada ni. Geram lak aku... ehhh.. tiba-tiba.

Mereka la Pemenang Malam Finale

Barisan yang ada

Tengok Muka Blogger Mawardi Yunus dah Tau tahap Teruja.

AAA untuk emcee

Ehemmm... Biar gambar Berbicara
Pemenang No.1 Dari Malaysia
Ok. Gambar ni just nak tunjuk keseronokkan aku enjoy untuk malam Finale. Kejap lagi aku hapdate gambar sekitar event lak. Kita bajet episod dua la ni.

Untuk info, Magic Fest Putrajaya ni dah berlangsung bermula dari Jumaat haritu. Malam ni bersamaan malam Isnin yang tak kena ngena dengan malam jumaat, ada malam yang paling best sebab ada ahli silap mata yang not bad femes sebagai malam kemuncak a.k.a malam gala. Itu la yang jiran aku kata.

 Tiket bagi persembahan malam ni berharga dewasa RM50 dan kanak-kanak RM25. Antara ahli silap mata yang terlibat pada malam gala ni ialah Avery & Sylvia (Malaysia), Henning Nielson (Denmark), Victor Voitko (Ukraine), Mike Chao (Taiwan), Ma Yan Yan (China), Kenji Minemura (Jepun) dan Jung Byung Gu (Jepun)

Jangan lupa ye... datang la beramai-ramai ke Putrajaya International Covention Centre (PICC) untuk menyaksikan Malam Gala sempena Magic Fest Putrajaya.

Maklumat Lanjut :

MAGIC FEST @PUTRAJAYA

Putrajaya International Convention Centre Sdn. Bhd.
Precinct 5, 62000 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya 
Malaysia

2° 53′ 42″ N, 101° 40′ 36″ E
2.895, 101.676667

Email : magicfestputrajaya@picc.com.my
Tel : +603 8887 6000
Ok. ending ni aku amek info dari www.dikbee.com. Gi la singgah blog dia. Gambar pon awesome kata koooo..
p/s : Atin yana selalu buat magic kat aku. Sekarang magic dia menghilangkan diri. Auchhh.. sweetttt...


yang bakal buat silap kaki

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger