WORDLESS EVERYDAY AND DAY

ZULHILMI TEMPOYAK | 27.8.14 | 7 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Benar?
Kita tentukan. Heee...

yang hepi dengan anda.
@zulhilmitempoyak

4 Prinsip Perlu Ada Untuk Berjaya

ZULHILMI TEMPOYAK | 23.8.14 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Setelah 14 tahun aku mengkaji. 4 Perkara penting yang aku tengok orang perlu pegang. Dan memandangkan aku akan bergerak sendirian nanti. Aku kena kaji lebih sket la untuk 4 prinsip yang aku perlu pegang.

1 - Disiplin
2 - Rajin
3 - Belajar
4 - Punya Matlamat

Dalam maknanya, tapi buat masa ni aku tak sempat selak kamus nak terangkan. Hehehe...

Setiap orang perlu ada ada prinsip. Apa prinsip yang anda pegang sekarang...??
Cuba la share.

Btw.. cantik tak design baru blog aku ni. Heheheh... nampak la pro sket.

errrkkk... Nak g open house ni. Al maklumlah... sebulan puasa. Sebulan jugak raya.

p/s : pendek je kali ni sebab mood sedih atin yana menghilang. hehehe...


yang cuba berprinsip

@zulhilmitempoyak



Kelajuan Bukti Kehebatan

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.8.14 | 7 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Okay, kali ni pun sama. Aku nak cerita bukan cerita biasa-biasa ni. Cerita perlumbaan aku di atas highway. Walaupun orang tengok aku macam budak badget hensem je. Sebenarnya tak. Aku bukan muka ja badget hensem dan memang hensem tapi hati seorang reemmmmpit. 

Cerita Yang Bukan Acah-Acah Bahaya.

Sebelum mula baca, pastikan ampa bersedia dengan kelajuan yang gila-gila ni. Aku seorang mat remmpit yang bukan biasa-biasa dengan moto Kriss Biru Super Duper Laju aku ni. Inilah kisah aku. Inilah hidup aku. Hmmm.. baca tu bunyi dia macam intro KL Gangster 1 ye. Ce ulang baca...

Ok.. macam biasa, cerita sini habes sini. Jangan sampai awek-awek rumah sebelah tahu bertapa yang aku ni berjiwa jejaka kental dengan muka acah-acah tak pecah.

Ceritanya macam ni, suatu petang aku balik kerja dari shah alam nak balik rumah dekat area puchong/cyberjaya menggunakan highway plus/elite. Mungkin tak semua biasa tapi ampa bayangkan je la ye. Dia ada exit subang, putra height, saujana putra n putrajaya. Lepas tu KLIA dan lain-lain. Dan aku perlu exit putrajaya.

Nak dijadikan cerita, masa dekat area saujana putra ada sorang pakcik ni potong aku dengan moto honda ex5 dia dengan gaya selamber ja. Dalam hati aku ni apahal pakcik ni, nak moto takdak super duper laju pon main potong aku gitu je.

Disebabkan pakcik honda tu potong aku, kejar mengejar berlaku. Aku potong dia, dia potong aku balik. Aku potong dia, dia potong aku balik. Fuhhh.. kadang-kadang jauh jugak dia tinggalkan aku. Dalam hati aku not bad pakcik ni. Mungkin lejen...
"Tanpa rasa patah semangat, aku pon pulas la minyak tu sampai rasa nak tercabut handle."
Sampai hujung tu aku puas. Aku berjaya jugak potong dia masa dia exit kat KLIA punya exit. Yelaa.. jiwa mat rempit yang kental, mana boleh moto biasa-biasa potong aku gitu je beb. Kahkahkah.. dalam hati aku ketawakan dia.

Lepas aku potong baru aku sedar. Yang kadang-kadang aku ni tak la berapa bijak sangat. Sebab aku dari shah alam nak exit Putrajaya. Sekarang aku exit KLIA yang 11 kilomiter lebih dari biasa. 

INI lah dia... bukan motor aku
Dan untuk pengetahuan ampa, pakcik yang bawak moto honda tu tak tahu pon aku tengah tekun main kejaq-kejaq dengan dia. Dan aku sedar. Aku ja imaginasi lebih sangat. Coooiiii... 

Tapi aku tetap bangga sebab aku berjaya potong that motor honda. Cess.. nak sedapkan hari lettuwww.. heheheh...

p/s : dok bayang jugak. betapa romantiknya aku kalau bawak atin yana naik moto kriss biru super duper laju ni.


yang tak tahu kejar kenapa.
@zulhilmitempoyak


Kisah Raya Hari Tu

ZULHILMI TEMPOYAK | 12.8.14 | 12 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Dah lama tak hapdate story aku. Maksud aku.. cerita hidup aku.

Cerita yang bukan acah-acah trauma.

Hari tu, hari raya pertama. Muka aku hepi gila. Kalau ampa tengok mesti ampa dok bajet nak buat laki. Soo.. aku tak boleh la nak tunjuk sangat muka ni suci. Tambah lak raya. Memang awek tengok tau dah cik abang hensem ni berseri-seri.

Sebenarnya bukan muka aku yang aku nak cerita kali ni. Aku nak cerita bertapa insan naif seperti aku ni dibuli masa hari raya. Hari raya beb... fuh... sayu...

Baiklah.. cerita ni harap ampa tak cerita kat orang. Bak kata amran pekida, cerita sini habes sini takdak token pon kalau hit post ni. Suma senyuman suci aku ni sampai nampak gusi.

Nak dijadikan cerita, masa raya pertama. Masa lebih kurang sejam lepas selesai solat sunat Aidilfitri. Lepas ja aku pi solat aku sempat la singgah ziarah kubur sekejap. Okay la kan, tengok orang hepi apa. Aku pon hepi..

Lepas tu memandangkan aku beraya kat kampung, aku jalan kaki la tanpa risau ada gangguan anjing sebab ni memang binatang yang aku level satu takut beb. Muka gagah dan ganas macam aku ni still ada yang men traumakan aku. Ini kampung aku yang punya.

Sampai kat depan je kat satu kawasan ni, ada la orang bela ayam, itik, angsa macam tu la. Aku pon buat relak ja. Tiba-tiba ada sekor angsa lalu depan aku. Kampung beb... reban ke apa mana ada depa amek kesah sangat. Aku buat stedi je la nak lintas kat tepi angsa tu. Aku makin dekat dengan dia, angsa tu tiba-tiba macam makin bengis.
"Aku pun dalam hati, apahal engkau ni"
Tidak semena-mena, angsa tu kejaq aku. Bayangkan lah muka comel berbaju melayu biru dan hampir memakai tanjak ni lari lintang pukang der. Masa tu tiba-tiba aku rasa macam laju gila. Parit mana pun aku dah tak perasan lompat dah.

Bagi aku tu takdak perasaan lagi. Ada ke patut awek-awek bandor gelakkan aku. Tak kan aku lari pon kelakor. Tak keluar punchline apa pun rasanya. Masa tu besar kecik ja aku tengok angsa tu. Tapi 50 meter ke hadapan la.

Aku just dok bayangkan. Kalaulah aku lompat-lompat mengelungsor masuk parit tak ke memang aku buat salai ja angsa tu.


Hmm.. so.. haiwan yang aku trauma dulu anjing ja. Sekarang tambah lak ngan angsa. 

Hmmm.. pendek je kan cerita. Pandai jugak aku olah bagi panjang. Silap dulu tak apply awal masa spm BM dulu.

p/s : nasib baik atin yana tak tau. :p

yang masih trauma.
@zulhilmitempoyak


Glukos Cut - Produk yang tiada kaitan dengan Israel

ZULHILMI TEMPOYAK | 8.8.14 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hari ni aku nak sembang boom ja. Baca sampai habes..!!
 __________________________________________________________
GLUCOS CUT PENYELESAIAN MASALAH DIABETES DAN BERAT BADAN ANDA
__________________________________________________________

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada kita semua kerana menjadi juara dalam acara Diabetes dan Obesiti.

Ya betul ini bukan gimik mahupun omong kosong!

Untuk kepastian anda sila rujuk artikel dari harian metro ini di http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kitajuaradiabetes_obesiti/Article/index_html

Masalah diabetes dan obesiti sangat meruncing dinegara kita sehinggakan kerajaan terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit hanya untuk kempen "Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman".

Jika masalah diabetes dan obesiti gagal dibendung, seseorang itu mudah terdedah kepada penyakit berbahaya seperti penyakit jantung dan lain-lain.

Sudah tiba masanya untuk kita memikirkan alternatif dan cara penyelesaian sendiri untuk masalah ini.

Glucos Cut merupakan teh yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan formulasi khas dari ramuan terpilih.

Antara kandungannya ialah Gymeama Sylvestrea di mana ia dapat membantu menghalang tubuh dari menyerap karbohidrat dan gula yang kita ambil dalam diet harian kita.
Golongan yang sesuai menggunakan Glucos Cut ialah:
• Mereka yang menghidapi obesiti
• Mereka yang menghidapi diabetes
• Mereka yang ingin menurunkan berat badan dan kekal langsing
• Mereka yang ingin kekal sihat (Terhindar dari diabetes dan obesiti)

Teh ini berfungsi:
✔ Mengawal kadar gula dlm darah
✔ Menurunkan kadar gula dlm darah (diabetes)
✔ Menghalang penguraian karbohidrat (nasi) yg kita makan dari terurai menjadi gula
✔ Menghalang usus menyerap gula yg kita ambil

Jaminan akan diberikan kepada anda yang produk ini:
✔ Diluluskan KKM
✔ 100% Bahan semulajadi
✔ Tiada langsung bahan kimia,gula dan bahan terlarut.
Tiada kaitan langsung dengan produk Israel


BERI KAMI PELUANG UNTUK BANTU ANDA, KELUARGA ANDA DAN RAKAN-RAKAN ANDA.
=======================================================

SETIAP PEMBELIAN PERTAMA ANDA AKAN MENDAPAT HARGA PROMOSI DAN IANYA TERHAD KEPADA 20 PEMBELIAN SAHAJA.

=======================================================

JIKA ANDA TERLAMBAT, KAMI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN MAAF KERANA KUOTA PROMOSI HANYA KEPADA 20 PEMBELIAN TERAWAL SAHAJA.


Segera dapatkan testimoni serta maklumat tambahan tentang Glucos Cut ini. Team sales kami sedang menunggu panggilan dari anda. Sila mesej/whatsapp/call ke:
017-3141686 dan Like fb baru kami di 

p/s : hmmm.. jari aku pon dah kurus. hehehe...

tokei baru anda
@zulhilmitempoyak

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger