SALAM AIDILFITRI - ZULHILMI N FAMILI

ZULHILMI TEMPOYAK | 28.7.14 | 4 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sedekah Al-Fatihah untuk mereka yang tidak ada lagi bersama kita. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

 

Saya mewakili keluarga Zulkefli dan Abidah memohon kemaafan andai ada kekurangan, kekasaran, keiklafan dan segala macam antara sengaja atau tidak. 

Saya ada cerita best sangat ni. Tapi tunggu lepas raya sakan la na. Hehehehe... 

Doa untuk Gaza dan MH17 tidak kurang. InsyaAllah...

TaqabAllahuminna wa minkum. Salam Aidilfitri.

P/s : update pakai note ja sebab sedih atin yana tak dapat beraya bersama. Hmmm.. bunyi dah macam lagu. 

 Yang semangat nak kutip duit raya. 
@zulhilmitempoyak

WORDLESS EVERYDAY AND DAY

ZULHILMI TEMPOYAK | 23.7.14 | 11 Comments

Bismillahirahmanirahim...

This is really wordless n make us speechless.











Lets #pray4Gaza

feel the feel
@zulhilmitempoyak

Iftar Bersama eWana FM dan Pak John Steamboat

ZULHILMI TEMPOYAK | 19.7.14 | 6 Comments
Bismillahirahmanirahim...

10 Julai lepas. Bunyi macam jauh kannnn...
Tapi sebenarnya dekat di hati. Pandai gitu cover...


Alhamdulillah... Aku diberi peluang untuk meriahkan Iftar sama-sama dengan eWana FM dan juga Pak John Steamboat. Tak lupa juga sambil meraikan anak-anak istimewa, anak-anak yatim. Meriah dia... perghhh. Bukan main dengan riuh-riuh blogger macam Mawardi, Rawlins, Tatie, Khai and blogger lain. Panjang lak nak menaip sorang-sorang kan.

BTW. Ampa tau tak eWana FM tu apa? Silap besar kalau tak tau. Radio internet yang mana on je online 24jam. Best oiittt... Tak caya lagi? Ce try bukak link www.ewana.fm ni and try layan. Takut kang tak terkawal lak perasaan terujanya tu.

Berbalik pada tempat makan yang super awesome. Pak John Steamboat. Aku segan nak cerita banyak. Tayang gambaq dulu na. Mohon ajak jiran sebelah p makan sama-sama sekarang jugak.



Kenikmatan Bermula











Amacam..???!!! Pak John Steamboat n BBQ. Gile la kalau kata tak menarik.
Terindah. Terima kasih Pak John Steamboat & BBQ memeriahkan hari lahir aku. Wuaaa.. terharu nak hug.



Teruja aku dengan 5 sup awesome ni. Amacam..??

Bagi anda yang nak merasai. Nak mememorikan. Nak mengujakan diri. Boleh terus layari facebook Pak John Steamboat di https://www.facebook.com/pakjohn.ytf atau terus je ke outlet Pak John. Gerenti tak nyesal. Bukan aku kata ye... semua yang dah pernah datang yang kata. SEMUA kata ye.. heheh..


Sambil tu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Ramadhan Buffet di Pak John Steamboat. Pak John Steamboat & BBQ ada buat promosi dari 28/6/2014 hingga 29/7/2014 dengan harga RM 39++ untuk seorang dan free untuk kanak-kanak 8 tahun dan ke bawah.

 Pak John Steamboat Cawangan E-Curve
Lot LG-13A, LG-15,
Lower Ground Floor,
E-Curve, No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, Petaling Jaya
Tel: 03-7733 3913

ATAU

Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1,  Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8898

Website: http://www.pakjohn.com/ 
Facebook: PAK JOHN STEAMBOAT DAN YONG TAO FOO

Walau panjang mana pun post aku kali ni. Tak lupa untuk ucapan terima kasih buat Halim Brother dan team eWanaFM atas jemputan. Dan tak lupa memori terindah dengan nyanyian SELAMAT HARI JADI untuk aku dari semua blogger yang join terutamanya Mawardi. Terima kasih Pak John Steamboat dan Kengkawan. Serius ikhlas dari aku.

Fuhhh... lepas ni datang kena bawak famili.


Bagi yang nak jemput makan bebuka ni jangan memalu gitau na. Berat badan eden masih boleh control ni. Buncit bukan halangan. Hehehe..

#HaiBlogger! #eWanafm #PakJohnSteamboatBBQ

p/s : agak-agak ada tak nak sponsor aku date ngan atin yana. ;p

yang teruja sangat
@zulhilmitempoyak





10 Julai - Terima Kasih Untuk Memori

ZULHILMI TEMPOYAK | 13.7.14 | 7 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Terima kasih atas ingatan anda hari itu. Walaupun muka macho, aku tetap tahu apa itu nilai terharu dan apa itu nilai malu-malu. Auchhhh.... Apa pun sayang semua.

Cerita Yang Bukan Acah Acah Terharu Nages Nages.

Opening di ofis dengan nyanyi Allah Selamatkan Kamu Zulhilmi. Muka aku terkesima. Bak anak ikan yang baru rasa macam mana makan dedak.


Nyanyian hepi bufday dekat Pak John Steamboat BBQ. Terima kasih blogger awesome. Antaranya Mawardi la sebab saja cucuk kata bufday aku. Dan tak lupa Halim Brother atas jemputan yang tiba-tiba aku terjoin. Tak lupa jugak blogger lain. Ramai sangat, nanti aku sayang sorang-sorang na. Thank you jugak untuk Pak John Steamboat dan Ewana.Fm. Hmmm.. bila la dorang nak panggil kaannnn.. hehehe...


Ini Kak Yong Comel yang aku sempat gi jenguk dia. Dan dapa hadiah itu yang penting. Aku simpan je hadiah tu. Tauke Sambal Belacan Bara Bere. Cuba PM dia, ampa tak kan dapat rasa sambal yang homemade sepedas dan sesedap menjilat jari tak jumpak kat tempat lain. Percayalah..


Btw.. comel kan dia. Kahkahkah...
Dan... paling special ofcos ucapan cinta dari mak ayah adik kakak abang tercinta.  :')
Mak ayah dan kalian semua. Terima kasih atas ucapan dan ingatan. Aku hanya insan kerdil yang cintakan semua. Percayalah, walau macammana pun riak muka aku yang suci ni. Aku sangat menghargainya. 

Aku dah 24 tahun. Soo... bagi ampa yang single tu mohon hantar rombongan ke rumah selagi atin yana belum bagi aku green light. 

p/s : ble la atin yana nak wish kat aku. ;p

yang cukup 24 tahun haritu. opsss... 
@zulhilmitempoyak




Sharifah Aini - Perginya Biduaita Negara

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.7.14 | 6 Comments
Bismillahirahmanirahim...

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."  (Surah al-A'raf ayat 34)

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun.



Perginya seorang Biduanita Negara, penyanyi Datuk Sharifah Aini diberitakan telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi (5 Julai 2014) di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya. Satu kehilangan besar dalam industri yang pasti akan dirasai.

Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada hari selasa lalu. Biduanita ini dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun yang lalu. Kak pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas pada pagi Isnin.

Jenazah Allahyarhamah Sharifah Aini akan disolatkan di Masjid Al Taqwa TTDI & dikebumikan di Bukit Kiara, selepas Zuhur hari ini.

Moga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. 

Al-Fatihah.

yang turut merasa
@zulhilmitempoyak



Program Jalinan Ramadhan 1435H - Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor

ZULHILMI TEMPOYAK | 4.7.14 | 1 Comments

Bismillahirahmanirahim....


Program Jalinan Ramadhan 1435H -

Sempena bulan yang mulia ini, bantuan dari rakan-rakan Blogger untuk membuat hebahan terhadap program Jalinan Ramadhan yang akan diadakan tidak lama lagi. Semoga jasa baik korang semua mendapat Rahmat dari Ilahi.

Anda disarankan war-warkan di blog dan Facebook masing-masing.Mana tau dengan usaha kita ini dapat mengumpulkan sedikit Dana untuk mereka yang memerlukan diluar sana.in shaa allah.



Maklumat Program.

Program Jalinan Ramadhan
Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor (no pendaftaran:PPM-014-10-13012014)

Tarikh  dan Tempat - 
20 Julai 2014 / 22 Ramadhan 1435H
Sekitar Kuala Langat,Selangor

Matlamat - 
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Objektif -
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.

Golongan sasaran -
300 keluarga Mualaf (orang asli), Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.


Kos Program -

Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain. Nilai 1 pek RM200.

Jumlah Dana yang diperlukan - 
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)

Sasaran Sumbangan - 
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.

Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui: -
Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8
Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340



*Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in :- 


Sila emailkan nama anda,nama bank,Tarikh dan masa bank-in,jumlah sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362

Info lanjut di 



Pegawai Bertugas-Mohd Hasrul 0111-6269252, Zamri 019-2745034, Jamian 012-2676091
Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
‘Berkongsi Membawa Berkat’

Yang benar, 

Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com
Website: http://www.nurinsaniah.com/Like Fan page : https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah


Dan jangan lupa untuk war-warkan sekurang-kurangnya sekali di facebook, twitter dan instagram.

yang berkongsi kasih
@zulhilmitempoyak

Rukun Islam Ada 5

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.7.14 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Sambil sambil tengah ngunyah Yusof Taiyoob masa sahur ni. Rasa seronok lak nak refresh ilmu yang tak seberapa yang dah dibelajar dari kecik dulu la.

Ingat dan Amal Rukun Islam.

Rukun Islam ada 5 perkara, sejauh mana betul-betul kita mendalaminya. Itu kewajipan kita, supaya kita tidak menjadikan agama ini agama ikut-ikutan dari nenek moyang kita.

1) Mengucap dua kalimah syahadah.
2) Menunaikan solat fardhu lima waktu.
3) Berpuasa di bulan Ramadan.
4) Membayar zakat - Zakat Fitrah, Zakat Harta.
5) Menunaikan Haji di Mekah bagi yang berkemampuan.

Setiap bahagian ada isinya sendiri yang lebih dalam. Lebih perlu diperlajari dan diamalkan. Macam mana pun caranya. Kenalah berguru dan beradab.
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18)
Ustazah ajar, tidak sah solat jika tidak sempurna rukun solat. Bagaimana pulak kalau tidak sempurna rukun Islam?

Mungkin ada rakan yang sudi berkongsi lebih lanjut. 

p/s : dah nak dekat hari hari special ni. Heheheh....

yang hepi pepagi sahur
@zulhilmitempoyak



Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger