Siapa dan Ramadhan?

ZULHILMI TEMPOYAK | 30.6.14 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Ramadhan menjelma. Macam-macam status pun naik tinggi tak terhingga. Sampai ada yang berkongsi setiap takbir tarawihnya. Alhamdulillah... mungkin mengajak orang beramal gila-gila. Hanya tuah akan menemukan kita. Ramadhan, bulan mulia.

Kisah Ramadhan Yang Bukan Acah Acah Lagi.

Alhamdulillah kita ditemukan dengan bulan Ramadhan. Bulan penuh dengan keberkatan. Bulan ini kita perlu sibukkan diri dengan ibadah. Kita boleh pilih sama ada kita nak lembabkan produktivi atau terus sensasikan diri. 

Dalam bulan terbaik ni. Apa kata kita kongsi serba sedikit kebaikan yang boleh buat jiran-jiran kita terikut. Antaranya dari riwayat ini,
“Barangsiapa yang memberi buka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.”(HR. At Tirmidzi)
Bulan ni kita akan tengok 10 jenis kawan-kawan hebat kita.

1) Update status berbuka - caring namanya.
2) Upload setiap juadah berbuka - Memudahkan kawan mencari tempat berbuka.
3) Cerita Sirah - ini yang aku suka baca.
4) Sharing tip berpuasa - pendek kata tips beribadah.
5) Banyak sedekah - tunjuk supaya orang teladani.
6) Bangun malam - tengok bola dan tak lupa tahajud.
7) Rancak berniaga barang raya - amboih.. laju.
8) Hebat dengan beg plastik hitam - yela bawak telekung bagai.
9) Senyap sepi - fokus pada ibadahnya.
10) Acah-acah update story - macam blog ni. heheh...

Point no.9 tu memang tak kena batang hidung aku la. Macam mana pun karakter kita. Macam mana pun penilaian orang pada diri kita. Buat saja, kerana kita punya cerita luar biasa. Yang penting ibadah kita, lebih hebat dari apa yang kita kongsi. Sebab kita Muslim luar biasa.

Selamat mengerjakan diri dengan lebihkan ibadah. Sayang ampa. ;p

p/s : atin yana ble la nak ajak bebuka dengan aku ni.

yang suci bulan ni.
@zulhilmitempoyak


Hidup Aku. Pilihan Aku

ZULHILMI TEMPOYAK | 25.6.14 | 4 Comments
Bismillahirahmahirahim...


Keringat yang mengalir basah di medan latihan, adalah penebus darah di medan pertempuran. Sejauh mana pun. Hidup ini punya pilihan.

Cerita Yang Acah Acah Motivasi Dari Aku

Satu hari aku terima panggilan telefon dari seorang yang aku rapat. Dia maklum kan sesuatu yang aku tak bijak sangat berkata secara tiba-tiba. Dia kata, "zul... ayah aku dah tak ada...!!!". Aku yang selalu petah bicara tiba-tiba kelu lidah tidak terkata. Bukan sebab apa. Sebab tak tahu apa yang patut aku kata.

Bukan tidak biasa dengar tentang kematian, tapi tak pernah dimaklumkan sebagai antara orang pertama. Selalu dengar sebagai third party listener. Tapi dalam hati memang bergoncang tidak terkata. Terfikir juga jika rapat sangat atau diri ini sudah tiada.

Aku tak tahu apa yang aku kata masa tu. Tapi pasti doa tetap diiring bersama. Cuma tika masa itu, terlintas dalam kepala hotak aku ni. Jika aku ditempat dia, siapa yang akan aku hubungi untuk berkongsi. Siapa yang sudi menahan banjir tangisan itu nanti.

Dalam punya masa. Aku nak tekun menjaga. Menjaga diri agar tak mudah leka lagi. Dunia ni hanya sementara. Malu aku pada diri kalau tak mampu berbakti saat yang rapat sudah tiada. Malu aku pada diri kalau tak mampu mandikan jenazah mereka. Malu aku pada diri jika hanya meratap di tangga tika orang mendoakan mereka.

Jadi, hidup aku, dan pilihan aku untuk terus duduk sebagai hamba, sebagai abang, sebagai ayah, sebagai blogger dan sebagai diri. Matlamat tetap sama, mendapatkan Redha Illahi.

p/s : entah... tiba-tiba rasa lain malam ni. 

aku pembina perjalanan hidupku.
@zulhilmitempoyak





Samsung S5 - Betul Ke OK?

ZULHILMI TEMPOYAK | 20.6.14 | 8 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sederap langkah bakal diatur dan sederap langkah bakal tersusun. Lebih hebat kiranya jika saya menceritakan S5 dari Samsung yang tengah berdesup power katanya.

Cerita Yang Acah Acah Berteknologi.

Semalam aku sempat ke Sunway Piramid. Niat di hati nak cari Ipad disebabkan tab Lenovo aku kejap OK, kejap KO. Untuk mengelakkan dia dilempaq atau terbang secara sengaja, aku pun nak la mencari something. Something new.

Kat Sunway Piramid, aku geledah la Machine, outlet Apple. Bengang jugak aku, sebab salesman dia buat layan tak layan ja. Apa dia ingat aku memang nak datang tengok. Hellooooo.. i want to buy la...!!! Jerit aku dalam hati. Hehehe...

Disebabkan dia acah layan tak layan, aku pon blah dan kebetulan ada function Samsung kat floor bebawah. Aku pun pegi. Kot la nak boikot Apple amek Samsung ke kan. Dekat situ tema di berkaitan bola sepak. Agak interesting... Sebab awek ja jaga setiap station. Kahkahkah...



Baiklah... untuk menampakkan hebatnya S5 ni tetamu yang hadir diberikan cabaran untuk merasai sendiri hebatnya S5. Apa yang dia bagi aku try?

1) HDR - uji kehebatan kamera. siap selfie ngan amoi tu lagi.
2) Ultra Power Saving Mode - uji bagaimana S5 mampu mengawal kuasanya.
3) Water & dust Resistant - boleh tahan air 1 meter selama 30 minit dan kena debu.
4) Heart Rate Sensor - nak tau sihat ke tak. Yelaa... gemuk kan.
5) Mobile ame Galaxy - rasa main game bola dalam tu.

Perasaan dia..?? nantilah aku cerita. Tapi aku dapat gift. Yeahhhh...


Samsung S5 mengabung teknologi terkini dan dekat tingkatnya sistem keselamatan yang lebih selesa pada henfon. Ingat nak angkat satu kalau harga dia jual longgok.

Aku acah-acah promote ni. Agak-agak Samsung nak sponsor S5 tak. heheheh... OK.. #hambar.

p/s : bosan lak tak selit nama Fatin Yana kali ni.

yang ingin berteknologi.
@zulhilmitempoyak



Baju Melayu Cekak Musang Murah

ZULHILMI TEMPOYAK | 17.6.14 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Ramadhan makin menjelma, baju sesuai tak kunjung tiba. Mengharapkan jubah dan Baju Melayu yang terperam lama. Ohhh... kalau dapat baju baru. Indahnya dunia. Sejak dua menjak ni. Pantun aku menjadi ja. Untung laa... fatin yana. Kahkahkah...

Kisah Orang Luar Biasa Dengan Baju Melayu Cekak Musang Murah nya.

Ampa tau tak kat Malaysia ni banyak jenis pakaian tradisional? Sememang kita ni boleh miliki sebab Malaysia ni kaya dengan budaya masyarakat yang berbilang kaum yang dari kaum Melayu, Cina, India dan bermacam-macam lagi. Amboihhh.. skemanya ayat aku. 



Bak kata orang orang kita, selama berpuluh-puluh tahun lamanya kita hidup dalam harmoni, aman, sentosa, makmur dengan berkongsi macam-macam jenis cara hidup yang membuatkan komuniti kita kelihatan cukup unik. Secara sedar, kita jugak dok kongsi budaya pemakanan, pakaian dan perayaan yang gila bapak berbeza dan membuatkan kita boleh masuk dengan keunikan ni. Dalam bahasa gangster aku. Unik gilaaaa..!!  

Berbalik kat pakaian tradisional, bagi wanita banyak jenis baju Muslimah yang boleh mereka pilih. Tetapi..!!! Lelaki lak, yang paling popular sudah tentunya baju Melayu. Ada dua jenis baju Melayu yang selalulah mendapat tempat dalam kalangan jejaka tampan seperti jiran aku, iaitu Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga. Tak kira mana satupun pilihan ampa, objektifnya tetap sama iaitu nak nampak segak bila awek memandang.



Baju Melayu Cekak Musang not bad popular sebab designnya agak versatile. Sekarang orang bukan ja pakai masa pi majlis formal ngan kenduri perkahwinan ja. Tapi jugak pakai untuk ke ofis. Nak nunjuk jejaka melayu terakhir kat bos. Dengan harapan kembang kempis hidung di puji bos. Sori.. bukan aku na. Kengkadang ja. Hehehe...

Haaa.. selain tu, Baju Melayu Cekak Musang yang hit ni ampa boleh dapat lihat banyak pilihan dekat pasaran masa persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang biasanya memang belambak-lambak masa bulan Ramadan. Yela... kat Malaysia ni kan memang bapak meriah dengan adanya bazaar-bazaar pakaian yang tawarkan jualan hebat untuk ampa.


Penat Dah Aku Acah Acah Taip Panjang

Mesti ampa tertanya mana nak dapat Koleksi Baju Raya Terkini 2014 sempena Syawal nanti kannn... Layari Zalora Malaysia yang menawarkan seleksi Baju Melayu Cekak Musang terkini dengan variasi pilihan yang boleh dibeli dan dipakai. Jenama yang ada memang terkenal sampai lengkaplah dengan ada songkok, capal apa. Yela... nak sambut Aidilfitri tahun ni dengan lebih bermakna katanya. Ingat...!! Layari dan beli. Memang rambang mata.
Perghhh.. awesome jugak sebab boleh beli untuk satu famili sekali. 
p/s : tak sabo lak nak Ramadhan ni. Nak rasa fatin yana betulkan koler baju aku sebelum gi jemaah kat masjid. Fuhhh... soooo... sweet... Heeee...

yang rambang mata nak pilih Baju Melayu kat ZALORA.
@zulhilmitempoyak






Piala Dunia Menjelma - RamaiLah Tak Cukup Tidurnya

ZULHILMI TEMPOYAK | 12.6.14 | 5 Comments

Bismillahirahmanirahim...


Piala Dunia 2014 di Brazil bakal membuka tirai beberapa hari lagi dengan pertemuan pembukaan oleh tuan rumah sendiri iaitu Brazil menentang Croatia dan aku jangka perlawanan ni sengit, sesengit nak bangun tido pukul 4 pagi.






Cerita Piala Dunia 2014 Yang Acah Acah Sensasi.



Piala Dunia 2014 di Brazil, piala bola sepak yang dilabel sebagai gemilang. Hmmm.. gemilang ke. Apa pun ramai yang menanti dengan jadual padat penuh sensasi setiap pagi. Wahhh... dah macam media hiburan dah.

32 Pasukan yang berentap dengan Sepanyol sebagai juara bertahan. Ada pasukan yang dianggap pasukan boleh makan. Dianggap je la... dan difahamkan ada beberapa bintang yang dah injured...!!! Betul-betul acah sensasi ni.

Jumpa anda di ane berdekatan atau di atas katil empuk dengan meneruskan kehidupan. 

Untuk live streaming link aku memang yakin ada dekat http://gofirstrow.eu/

Untuk Jadual penuh perlawanan Piala Dunia 2014 dekat www.fifa.com


Walaupun Piala Dunia 2014 dinanti dengan bapak penuh debaran. Tetapi ia tetap dihimpit tekanan dari rakyat sendiri. Kontroversi yang mana rakyat Brazil tidak memerlukan Piala Dunia, mereka lebih memerlukan makanan dan pembelajaran.




Tidak pasti sama ada tekanan itu diambil surius oleh kerajaan Brazil atau tidak. Yela, risau juga takut berlaku rusuhan yang dah terang-terang media akan ada kat sana.



Wahhhh.. dah macam official berita sukan dah posting aku ni. Ahhhhh...!! mana bait-bait cinta aku yang dulu. Plishhhh come back. Hehehe... ayat dah makin keras. Skema, geram aku.

p/s : kalau date ngan atin yana pun selalu tak cukup tido. Alololoh... Aku sokong apa yang atin yana sokong. ;p

yang menyokong jarman
@zulhilmitempoyak




Melekatkan Lidah Dengan Rasa - Ibu Sambal Nani

ZULHILMI TEMPOYAK | 10.6.14 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Manisnya rasa atas bicara, manisnya bicara atas rela, manisnya rela atas kasih, manisnya kasih atas cinta, dan manisnya hidup atas RahmatNya.

Kisah Sambal Yang Bukan Acah-Acah, Tapi Memang Sedap.

Ehhhh... Sori..!! Aku tak dibayar untuk posting ni. Aku berkongsi sebab lidah aku melekat dengan rasa sampai hari ni. Haaa.. ngeri ja bunyi. Itulah hakikat yang gila cadbury. 

Sambal Nani, mula ada orang bagi dekat aku, aku bajet biasa-biasa. Antara layan dan acah-acah nak merasa. Cerita merasanya mula semalam masa aku tiba-tiba ada orang payung KFC kat ofis. Selaku seorang yang tengah diet, aku just makan 3 ketul ja.

Untuk unikkan rasa, aku cicah la KFC dengan Sambal Nani. Perghhh...!!! bak kat orang bajet keyell. Memang Begini haaaa... Melekat rasa kat lidah. Lidah pulak melekat dekat penutup. 



Cukup pedas, cukup manis, cukup masin dan memang cukup mudah. Mungkin sebab lapar sangat. Gitu ja aku habeskan sebalang dan untuk pengetahuan, aku jenis yang tak boleh makan pedas sangat. Tapi sambal ni buat aku teringin sangat nak makan pedas.

Gilo oitt... dengar corito ada dia nak bagi PERCUMA Ibu Sambal Nani ni. Ce tengok kat fb https://www.facebook.com/ibusambalnanii ce tanya. Hehehe...

Ayat kat atas ni macam skema sket kan. Arghhhh... mana tulisan aku yang dulu...!!! hehehe... OK. nak menghilang bawak diri. Karang ayat yang acah-acah berani.

p/s : dah nak kawen ngan atin yana ni macam-macam cara tulis, cara rasa dan cara berangan. kahkahkah...

yang nak merasa penangan lagi
@zulhilmitempoyak




Hashtag MegaMawlid

ZULHILMI TEMPOYAK | 4.6.14 | 8 Comments
Bismillahirahmahirahim...


Selalu aku kongsi sebab gilakan dunia ja. Hari ni aku nak ajak ampa join majlis Selawat atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Kisah Yang Ramai Akan Join.

Jom hadir Mega Mawlid 2014 pada 6 Jun 2014 di Padang Astaka, Kemaman & 7 Jun 2014 di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya. 




Antara perkara yang kita akan dapat bersama dari mata kasar :

1 - Solat Berjemaah Maghrib/Isyak.
2 - Majlis Ilmu.
3 - Zikir/ Selawat.
4 - Bersilaturrahim/Penyatuan Ummah.
5 - Berkumpul bersama orang soleh.
6 - Untuk generasi anak-anak kita suka majlis begini.

Kita selalu luangkan masa untuk join program yang best dan aku tau ramai yang akan join program yang awesome macam ni.

Blogger.. tak salah untuk anda share dan kongsikan kat luar sana. Selagi mana orang tahu, selagi mana orang diberitahu, kita sentiasa berdoa untuk mendapat syafaat dari Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

yang akan join
@zulhilmitempoyak



Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger