Seminar Dr Azizan Osman - Hidup Luar Biasa

ZULHILMI TEMPOYAK | 30.5.14 | 2 Comments
Bismillahirahmahirahim...

Hidup Biar Luar Biasa. Ramai yang inginkannya tapi tak punya masa untuk belajar dan ketahui caranya. Sebab apa..?? Hidup biar bersederhana..?? Tapi masih mengeluh kenapa hidup porak peranda.

Kisah Biasa Biasa Yang Orang Luar Biasa Akan Baca.

Satu hari, Aku telah diberi peluang untuk hadir dan belajar. Kehidupan orang kaya dan berjaya yang luar biasa. Kadang-kadang semua orang rasa, ehhh.. bilalah nak berubah hidup ni. Hidup orang lain ok je. Aku ni macam ni je. Tetap sama. Antara bosan atau penuh masalah.

Seminar hidup luar biasa bukan program biasa-biasa. Program ni tempat untuk aku rasa tumbukan ke muka. Sebab apa..?? sebab selama ini hanya ada angan-angan dan cita-cita tanpa kenal apa itu tindakan luar biasa untuk beri impak luar biasa.

Ada yang persoal. Alah.. kelas dia beribu kena bayar..!!

Tertanya juga aku. Orang yang masuk universiti hutang ptptn keja apa. Dan hutang tu adakah dah tergerak untuk bayar. Ataupun memang Alhamdulillah ada biasiswa. Kamon men... pergi yang kelas percuma dulu. Dengar dan pelajari. Positif ambil. Cuba duduk tanya diri. Dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai pengajian tinggi kita labur untuk apa? 


Aku pernah kenal orang yang tak reti baca. Bayangkan umur 21 tahun jadi cashier. Bila ditanya masa depannya dia hanya kata. Abang.. sapa la saya ni. Baca pun tak reti. Tertanya juga aku dalam diri. Adakah sampai bila pun dia akan bataskan diri. Sebab apa..?? kita punya saudara, ibubapa untuk kita berbakti kembali. Bukan hanya melayan hutang berhari-hari.

Program Seminar Hidup Luar Biasa kali ni ada Afdlin Shauqi - Tauke Pelikat Pant dan Jurulatih Kejayaan No. 1 Asia - Dr. Azizan Osman.

Masih ada 5 Lokasi lagi..!!

Kelantan - 30 May
Shah Alam - 31 May
Penang - 1 Jun
Ipoh & Kuantan

Untuk maklumat lanjut ampa kena layari www.hlb2014.com.
Bertindak sekarang, sebab yang kalau nak sembang sampai bila pun tetap sembang.

p/s: macam angan-angan nak ngorat atin yana la. Tapi tak bertindak. :p

yang luar biasa
@zulhilmitempoyak

Casuarina - Kisah Hotel Tepi Lebuhraya

ZULHILMI TEMPOYAK | 21.5.14 | 10 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Casuarina @ Meru, cari di FB dulu. Diulang, Casuarina @ Meru.

Kisah Hotel di Tepi Lebuhraya Yang Orang Tergila Nak Baca

17 May di Ipoh. Baru-baru ini sidang media diadakan bagi memperkenalkan Casuarina@meru Hotel yang terletak di bandar Meru Raya Ipoh Perak. En. Malizan Hj Zakaria merangkap GM Casuarina@Meru mewakili Casuarina@Meru untuk sidang media kali ni.


Walaupun aku tertidur sepanjang perjalanan, aku terasa sangat mudah ke Casuarina@Meru ni. Sebab Casuarina Hotel berada bersebelahan dengan Terminal Amanjaya dan Pasaraya Besar Mydin dan untuk pengetahuan, Bandar Meruraya menghubungkan kedua-dua arah dari utara mahupun selatan, dengan mengambil laluan susur keluar plaza tol Jelapang. Amacam, sebelah highway ja tu.

Design bilik yang serba baru. Haaa.. nak cerita kat ampa lagi, Hotel ni baru 6 bulan beroperasi dan yang ohsemnya, dah ramai yang tergila-gila nak datang lagi. Ok, ada 5 jenis bilik, Superior, Deluxe, Studio Suite, Family Suite, dan Premier Suite. 


Awas baik yang memandu di lebuhraya tu. Jika mengantok..!! berhati-hati memandu. Berhenti berehat, atau anda boleh singgah ke Casuarina@Meru yang turut menyediakan pakej Pit Stop yang dicaj mengikut jam untuk at least anda boleh refreshkan diri, tenaga. Ingat orang yang tersayang. Aku pun sayang ampa ni.

Sebagai seorang yang menjaga pemakanan, aku sangat meneliti kalori dan lori yang aku makan. So far banyak jugak makanan menyihatkan yang disediakan. Siap ikot tema lagi bai. 

Tema ikot hari! ada berani?!
Isnin - Taj mahal (north Indian Cuisine)
selasa - Greate Wall Of chinese (Chinese cuisine)
Rabu - Banana Leaf (Curry House Of cuisine)
khamis - Selera kampung (Malay Cuisine)
Jumaat - Pisa ala mamia (Italian Western Cuisine)
sabtu - Sizzling, BBQ & SteamBoat.
Ahad - Around The World.

Keselesaan best, yela sampai bedengkur roomate aku tidoq. Aku memang tak bedengkur. Hehehe... lega awek tu kan. Aku hidangkan sket gambar untuk ampa. Jangan tengok ja lepas ni. Start enjin terus P. 




Untuk info lanjut http://www.casuarinahotels.com.my/.

Amacam..?? Anda awesome! Anda wajib datang!

p/s: boleh jugak kalau nak honeymoon kat perak. hi atin yana... hehehe..

yang macam reporter 
@zulhilmitempoyak




Peluang Menjadi Sukarelawan | Press Conference Shopping Raya 2014 Anak Yatim

ZULHILMI TEMPOYAK | 14.5.14 | 10 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Peluang Menjadi Sukarelawan PROJEK IQRA' | Press Conference Shopping Raya 2014 Anak Yatim | Bulan puasa dah makin mendekati kita. *sudah bersedia ker? Yang tinggal dulu agaknya dah diganti ker? haha. Hope semua dah bersedia la kan. Bagi yang bersedia, berkobar-kobarlah menunggu tibanya ramadhan. Kerana mereka tahu apa specialnya bulan RAMADHAN ni.

Rakan blogger dan sukarelawan yang hadir
Bila kita bercerita mengenai RAMADHAN ni, mesti ada tempias cerita mengenai RAYA. Bila dah citer pasal RAYA ni pulak tebayang saat-saat gembira. *tambah pula masa shopping barang-barang nak raya kan. Okay kita stop bercerita, kita straight kepada cerita yang sepatutnya untuk entry ni, huhu.

Pada sabtu lepas 10/05/2014 MY dan beberapa orang blogger dan sukarelawan PROJEK IQRA' telah menghadiri satu Press Conference Shopping Raya 2014 yang dianjurkan oleh PERTUBUHAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA' SEMALAYSIA di KYROS KEBAB AYEAR @ 8  di Presint 8 Putrajaya. *wah shopping raya. cambest je, cambest je.huhu Ada yang nak sponsor MY shopping Raya ke tahun nie? * eh huhu

Bagi mereka yang masih belum tahu apa itu PROJEK IQRA' boleh ke entry nie: APA ITU PROJEK IQRA' [klik]

Penerangan ringkas mengenai Projek Iqra' oleh saudara Solleh
*Haha, mimpila kalau ada yang nak sponsor MY Shopping raya kan. Alhamdulillah, event ini dihadiri oleh beberapa orang blogger termasuklah Blogger Hasrul Hassan [klik] yang datang jauh dari Pulau Pinang. * terima kasih bro. Selain itu blogger yang turut hadir adalah,Shawn Razaleigh [klik] yang mana beliau juga merupakan sukarelawan tegar di Rumah Kebajikan At-Taqwa, Puchong. Begitu juga blogger Najeeb Abdullah [klik] dan Nurramiezah Fadzil [klik].

Selain dari mereka ni, majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang blogger yang mana baru pertama kali mengikuti event PROJEK IQRA'*meriah huhu

Penerangan mengenai program Shopping Raya 2014 oleh Kak Pah
Pada awalnya perbentangan ringkas mengenai PROJEK IQRA' dan program-program yang ada dibawah pertubuhan kebajikan ni oleh saudara Solleh. Selepas itu majlis diteruskan dengan penerangan mengenai Program Tajaan Shopping Raya untuk anak-anak yatim dan miskin oleh Kak Pah kita. hehe.

Soal jawab blogger dengan kak pah
Mengikut pembetangan yang telah dibuat oleh Kak PAh, tahun ni dikatakan kanak-kanak yang akan ditaja dalam program SHOPPING RAYA 2014 ni adalah seramai  550 anak anak yatim, fakir miskin & asnaf dari 9 buah rumah kebajikan sekitar 7 buah negeri. 

Negeri-negeri yang terlibat adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah. 

Meet and greet with blogger
Mengikut perancangan, SHOPPING RAYA ni akan berlansung pada hari sabtu dan ahad sekitar bulan RAMADHAN ini sehingga minggu ke 3 bulan Julai. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan dalam program ini bolehlah follow mereka diFacebook Projek Iqra' [klik] . Korang boleh tunggu update terkini mengenai eventSHOPPING RAYA 2014 ni terus dari sini. *korang kena cepat kalau tak menggigit jarila.

Perbincangan dan soal jawab santai bersama sekarelawan dan blogger
Apa yang bestnya menjadi sukarelawan SHOPPING RAYA ni, korang akan dapat seorang adik yang terpilih untuk dibawa untuk shopping keperluan raya mereka. *mesti meriah kan, tambah pula bagi mereka yang sukakan kanak-kanak tuMY yakin pengalaman macam ni akan menjadi pengalaman yang sangat manis dan best buat korang . Insyaallah.

Jika korang berkemampuan dalam keuwangan, korang boleh menolong mereka dengan join  kempen taja mereka. Kempen untuk memberi tajaan untuk mereka masih lagi dibuka.

Kempen TAJA SHOPPING RAYA 2014 Setakat 11/5/2014

550 anak anak yatim , miskin dan asnaf untuk ditaja
Statistik :
1. sudah 160 anak anak ini ditaja, alhamdulillah
dan
2. BERBAKI lagi 390 yang perlu DITAJA
Taja 1 pelajar : RM 195 sahaja*

*anda boleh berkongsi dgn rakan rakan utk menaja

Utk salurkan tajaan anda,
sila lakukan transaksi di sini .

KLIK :- http://bit.ly/shoppingraya2014

Atau , (alternatif) ke :-

Akaun : Maybank

No.akaun : 564810504003

Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia

emailkan : info@projekiqra.com

Letakan nota : Shopping Raya 2014

Utk maklumat lanjut,

Hubungi :-

1) solleh : 017 670 2033

2) sharifah : 017 274 8904

3) suhaimi : 019 217 5597

Nota:-

1. Utk maklumat lanjut mengenai apa itu program shopping raya , penerima manfaatnya dan
bagaimana tajaan anda digunakan sebaik mungkin,

sila klik disini : http://bit.ly/shoppingraya2014

2. Bantu kami utk mendapatkan dana tajaan bagi membolehkan program ini dilangsungkan seawal Ramadhan tahun ini untuk 500 orang penerima manfaat program ini.

3. Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan resit sumbangan yang dibuat.

4. Emailkan bukti transaksi berserta alamat dan no hp ke :info@projekiqra.com
Bergambar bersama blogger, sukarelawan dan ikon Projek Iqra Abu Nuwas.
Sempat possing dengan blogger-blogger hebat nie
Apapon diharap program SHOPPING RAYA 2014 ni kan berjalan dengan lancar sepertimana yang telah diatur. Dan kepada semua penaja-penaja, terima kasih diucapkan. Semoga kalian dimurahkan rezeki oleh NYA. Amin.
Bergambar bersama blogger, sukarelawan dan ikon Projek Iqra Abu Nuwas.
p/s: untuk pengetahuan korang, tahun 2014 merupakan tahun yang ke-3 program SHOPPING RAYA diadakan.

di Copy Paste sebijik sangat dari www.mawardiyunus.com

yang turut mempublish
@zulhilmitempoyak


Mana Mak

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.5.14 | 8 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Disebalik Kata, ada indahnya dunia. +

Sebuah Cerita Yang di Copy di Paste Yang Anda Wajib Baca.

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu    . Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak?" Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. 

Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". 

Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. 


Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"



Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

p/s : sobsobsob.. hari hari sayang mak. ;'(

Jangan lupa setiap doa. Masukkan nama ibu ayah kita. Mereka permata yang hari ni kita lupa tapi esok kita sedih kehilangannya.

saya anak mak..!!
@zulhilmitempoyak




From Kuala Kubu Baru with Bebird

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.5.14 | 10 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Macam biasa, ayat suci aku. Lama beno tak menghapdate blog bersawang ni. Nanti aku akan cerita apa yang aku buat sekarang ni sampai nak update blog pon acah-acah bizi.

Kisah yang Orang Acah-Acah Baca.

Minggu lepas n lepas lagi aku ada kesempatan best join team sahabat media ke misi mencari bebird dekat Kuala Kubu Baru hingga ke Genting Highland. Baru aku tau betapa advanturenya nak bergambar dengan burung. Pelik jugak aku, orang hensem macam aku aku ibarat burung merpati pun burung-burung ni tak berani nak bergambar lagi. Btw.. memang burung gagak ngan merpati ja yang aku kenal. Hehehe..

Berdasarkan pemerhatian tajam aku bak helang ni, program ohsem ni dianjur oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) iaitu Program Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race untuk tahun yang ketiga pada 25 – 27 April 2014. Resorts World Genting selaku rakan usahasama. Jadi ampa bayangkanlah betapa tidur bak puterinya aku ni malam-malam kat sana.

Kat sini aku share sket gambar yang buat ampa terpaksa jeles aku dapat join program ohsem ni. Klik gambar untuk tumbesaran macam lengan taf aku.



Alhamdulillah.. program ni, meringankan minda aku dari kesibukan dunia yang melampau. Aku dapat ramah dengan anak-anak special, dapat kenal rakan blogger baru, dapat kenal ohsem program dan dapat tahu yang Malaysia memang punya tempat yang wajib aku tengok, rasa dan hayati.

Kalau dapat join lagi nanti. Perghhh.. bapak gumbira. Btw, Terima kasih kepada sahabat media dan team projek travel sebab bagi kepercayaan. Tak lupa juga kepada penyesponsor atas perjalanan program yang ohsem ni. Jumpa lagi From Kuala Kubu Baru with Bebird.

Bagi yang teringin nak dapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut berkaitan program yang dijalankan, ampa boleh melayari laman web www.mdhs.gov.my atau blog wingsofkkb.blogspot.com atau di fanpage facebook Kuala Kubu Bharu. Jangan lupa LIKE.

Ayat aku macam acah-acah skema. Tapi Eceli, ikhlas dari hati. 

p/s : dok perati ja jodoh dengan burung-burung kat sini. ;p

yang sempat curik-curik amek gambar.
@zulhilmitempoyak





Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger