8 Minggu Mencari Taf

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.4.14 | 15 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Fuhh... susah nak mula. Sebab tangan sudah mula rasa sengal-sengal bercinta. Bercinta dengan semangat gym xclusive fitnesz  kat stadium Shah Alam yang bapak luar biasa. Arghhh.. kalau ada bini picit-picit. Perghhh.. maunya selesa.

Kisah yang beberapa orang ja baca.

Umum dah ketahui ketembaman aku. Jadi aku tak la rasa malu-malu nak cerita azam dan motivasi baru. Hari ni, langkah pertama aku untuk memulakan perjalanan hidup baru. Untuk kehidupan yang lebih bapak awesome kata jiran aku. 8 minggu misi takkan berlalu. Misi mesti taf akan diliku. Kenapa asyik-asyik macam pantun ni. Hahaha...

Murad Zaidi
Isnin, semalam kalau ampa baca hari selasa la kan. Training pertama aku dengan Malaysia No.1 High performance coach, Murad Zaidi. Perghhh.. nombor satu tu. Jadi ampa bayang sendiri la training dia macam mana. Hari first aku semalam, dia kata dalam 10% ja akan buat. Kira bak kata omputeh, geli-geli dulu untuk training pertama.

Dalam 10% tu pun tangan aku dah tak terasa. Macam tangan dah bebas kat angkasa. Lepas ni kalau jalan kat shopping mall nak pegang tangan awek pon terasa sasa la kan. Ehhh.. maksud aku bini, masih cari yang halal. Heee.. nak jugak promote diri. 

Lama jugak tak cerita pasal misi mencari awek lak kan. Kahkahkah.. menyampah lak orang nak baca kan.

Excited..!! untuk sesi seterusnya.

Sekarang, waktu tengah menaip ni. Sengal-sengal jugak otot aku. Tak banyak yang dapat ditaip. Bukan sebab sakit, tapi ampa paham la sifat malas aku ni. Nanti aku akan upload perjalanan training aku. Bukan nak menunjuk bajet, tapi nak tunjuk aku bebetul nak lain kali ni.
Kalau ampa. Idam nak sihat ke kurus? ke nak tengok gambar taf aku? ;p
Nanti aku tunjuk perjalan a.k.a journey aku 8 minggu menjadi taf. Esok-esok boleh tayang kat jiran, yang badan dah macam nampak ketul-ketul ni. Hehehe...

p/s : Agak-agak aten yana minat aku tak bila dah makin taf nanti. Kahkahkah.. Pesong dah niat tu.

unsung hero.
@zulhilmitempoyak





Kisah Orang Semalam.

ZULHILMI TEMPOYAK | 7.4.14 | 20 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Cerita Yang Entah Ada Orang Baca.

Dikala tangan laju menaip whatsapp dengan mengacah-acah whatsapp dengan awek. Dikala bibir mengukir senyuman dikala menaip whatsapp dengan mengacah-acah whatsapp dengan awek. Dikala mata tak lepas dari renungan menaip whatsapp dengan mengacah-acah whatsapp dengan awek.

Ada satu kisah. Kisah seorang gadis yang luar biasa hebat pada usia 22 tahun. Dia baring dan berani bercerita. Ceritanya bermula bila di termimpikan orang tua. Ibu dan ayahnya. Termimpi berada di dalam tempat selesa, perut ibunya. Wahhh.. indah, sangat selesa.

Gambaran dia menendang-nendang perut ibunya. Sambil ibunya sering menggosok. Meredakan jiwa. Gadis ni turut dengar suara ayahnya membisik.
"Anak abah cepat keluar ye sayang. Mama dah beli baju banyak untuk adik." - sambil kucupan abahnya singgah ke perut mama.
Semua gembira saat bila dia keluar. Saat saudara menanti dengan harapan dan kenangan. Saat kanak-kanak yang mengembirakan.

Selepas penceritaan, dia berkata. Lega dapat bertemu ibu bapa yang sudah tiada. Tapi dia dapat rasa mama abah memeluk dan mencium tubuh kuat ini dengan senyuman manis. MasyaAllah... Tersentap aku... 

Rupanya abah dan mamanya sudah tiada. Tapi hari ini 22 tahun dia berstatus general manager dengan gaya yang sangat matured dan senyuman yang sentiasa terukir gembira.

AMAZING...!!!!

Jangan tanya diri adakah aku cukup kuat jika berada di tempatnya. Tanya diri.. adakah sudah bersedia ditempatnya atau terus bertemuNya.

Percayalah... banyak lagi ceritera di luar sana yang lebih hebat. Cerita ini hanya di depan mata untuk aku kenal apa itu istilah menjadi dewasa.

Cerita hanyalah cerita. Bagaiman ia beri kesan pada kita. Untuk hidup lebih luar biasa. 

orang luar biasa
@zulhilmitempoyak



Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger