Cita-cita

ZULHILMI TEMPOYAK | 25.2.14 | 9 Comments
Bismillahiramanirahim...

Cita-cita member.
Tuhan menjadikan mata sebagai alat untuk melihat sesuatu menerusi penglihatan, lihat saja tanpa menggunakan minda dan ilmu, termenung dan berfikir, belum tentu apa yang kita lihat itu benar. Yang menetukan sama ada apa yang kita lihat itu satu ilusi atau kenyataan ia memerlukan akal.

Mukadimah kata atas ni bagi nampak boom sket. Hehehe...

Apa habaq kawan-kawan yang lama beno kita tak menyembang. Biasalah aku ni memang acah-acah busy sket.

Berapa ramai yang masuk saja sekolah dulu ada tertanya-tanya tentang cita-cita..?? Cikgu mesti tanya apa cita awak ye mira, leman, zulhilmi, fatin, yana, tipah, jira, bob, man, abu, ali, mamat..?? Amboih... saja nak bagi panjang entry. Hehehe...

Masa time tadika dulu, bila ditanya soalan ni. Jawapan aku mudah. Tak payah pikir pun. Saya nak jadi cikgu la cikgu. Darjah satu pulak bila sampai ja time birthday aku, aku akan tukar nak jadi pilot pulak. Tu pun sebab tertengok cerita power ranger boleh bawak jet.

Masa darjah dua, sekolah buat rombongan pegi balai bomba. Naik kereta bomba pusing bandar. Alahai... macam biasa, cukup ja birthday aku. Tukar la pulak cita-cita nak jadi bomba. Mak pun mesti angguk ja. Setuju, janji nampak jalan lurus.

Antara sedar atau tidak, budak-budak melayu sekeliling aku mesti jawapan yang lebih kurang sama. Samaada polis, tentera, pilot, bomba atau cikgu. Aku tak pasti sama ada, cita-cita ni hanya dalam ruang pemikiran aku saja atau sememangnya terjadi kat satu Malaya.

Pemikiran kita dibina atas faktor sekeliling. Cita-cita mungkin sama, tapi visi dan misi adalah sebaliknya. Bukan tak bagus ada cita-cita begini tapi dalam skop kepompong masyarakat tu kita tak lari dari kehidupan yang dikenali sebagai nak selamat.

Pemikiran cita-cita aku mula berubah masa satu hari ni...   
Bertukarlah cita-cita masa darjah tiga.
Untuk nak bajet dramatik sket. Nantikan sambungannya nanti...

yang punya cita-cita.
@zulhilmitempoyak




Wanita

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.2.14 | 10 Comments
Bismillahirahmanirahim...



credit lyric ADA BAND. mohon bayangkan aku nyanyi depan ampa. Kehkehkeh...

Tertanya-tanya aku semenjak bermenjak gunung didaki ni.

Apa makna sebenar wanita bagi anda?

Dan jika anda seorang wanita. Macam mana anda melihat diri seorang wanita?


Maaf... mungkin persoalan ini nampak macam pelik.


tapi saya perlukan perkongsian dari anda.



Boleh bantu saya. Manusia yang nak sangat tau. :)

Skema sket na kali ni. Heee...

yang pening arrrrr...
@zulhilmitempoyak


KisahKu Konsisten

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.2.14 | 9 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sebulan lebih bawak diri sepi. Bukan kerana kecik hati, bukan kerana nak undur diri. Tapi malas bercampur-campur dengan bizi. Jumpa jiran pun jarang sekali, inikan pula awek yang nak dicari. Inilah kisahku konsisten, bangkit di 2014 nak meninggi diri walau masih ingat siapa di sisi.

Fuhhh.. bermadah panjang karangan awal. Assalamualaikum...

2014 dimulakan dengan kisah senyuman. Kisah penuh senyuman, cuba senyum kalau nak tau kisah penuh senyuman. Haaaa... itulah kisah penuh senyuman.

Berapa ramai dikalangan anda yang bangun pagi dah set apa yang akan berlaku hari ini..??

Berapa ramai dikalangan anda yang ada matlamat yang nak dicari..??

Misi kali ni, nak upgrade warna blog yang tak berubah 50 tahun ni, nak update blog berkali-kali tanpa henti. Nak skodeng dan kentut kat blog anda tanpa bunyi. Nak join contest dengan hepi. Nak hidupkan dunia ni.

Sapa boleh bantu aku..?? ce jerit kat bawah.. kalau yang berbayar pon boleh lah. Aku nak ubah blog ni. Plishhhh....

Belanja gambar yang tak berkaitan.
2014, merubah diri. Tapi awek maintain kena cari. ;p

yang post pertama 2014.
@zulhilmitempoyak




Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger