MENABUNG BERIBU SYILING. SEKALI TUKAR JADI KERTAS HABIS TERUS.

ZULHILMI TEMPOYAK | 6.12.14 | 5 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hujung minggu ni jadual diri aku padatkan. Takut jugak tak terkawal emosi nak merapu ja kang. Merapu budak budak bujang ni bukan boleh kata. Kengkadang sampai ke Melaka nak gi makan coconut shake saja. 


Nak sembang ja la kat sini. Sebenar aku ni jenis yang suka bayar pakai duit kertas ja. Mostly kalau kedai tanya ada syiling tak macam "ada 10sen tak bro hensem?" baru aku akan bagi. Tapi kalau casher tu tak tanya aku tak bagi.

Sooo.. sekarang dah berkampit kampit la duit syiling aku. Niat di hati nak buat untuk hantaran nanti. Hehehehe..

Biasanya aku akan asingkan terus nilai duit tu. Biasa 20 sen aku tak minat sangat. 10sen dengan 50sen dan berkampit dah ni. Kalau buat nasik impit dengan duit syiling ni. Mest ramai orang review nanti nasik impit aku. Ehhh.. tetiba.

Baru ni aku ke Tesco Damansara, situ ada tempat untuk tukar syiling ke duit kertas kan. Aku ngan hepinya tukar la. Dapat la dalam 200 lebih untuk tukar tu. Untuk sebahagian tukaran duit syiling 20 sen aku.

Hepi bukan main la aku. Tapi cabaran dia adalah, keliling tu ada kedai makanan yang best! Kedai yang tengah buat sales! Promoter yang ayu!

Dalam hati aku nak tetengok je la. Tapi once dah masuk. Oh maaannnnn... Makan Chillis ja pon dah 75 sorang. Ni nafsu kuda namanya. Then beli kemeja 2 helai dah RM100. T Shirt acah acah awesome dah RM35. Promoter lak tarik aku beli Sabun cuci muka. Pecah sangat ke muka aku gamaknya?

Terbeli la semua yang antara penting tak penting. Senang cerita, duit tukar tu habes begitu sajaaaaaa. Mamamama... bajet kawen lari oooiiii. Sabun muka tu aku tak pakai pon. Marine Essence ke apa tah tu. 


Lepas ni aku nak mohon. Bagi yang buat mesin tu. Letak kat tempat yang aku bleh beli ais pop ja. Plissshhhh...!!! 

Btw. Gambar tu aku google tau.

p/s : Atin Yana ni tak reply pon berapa hantaran dia. Huhu.. Nak kumpul balik syiling ni.

Yang Mengumpul Duit Kertas Lak


5 comments:

  1. Hahahaha!
    teringat adik kumlul duit pastu taknak tukar sebab takut terrrrhabis kan ekeke.

    Cepat menabung balik wiwiwii

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum hilmi.. hahahaaa sheila baru hantar duit syiling kt mbb. hahahaaa kalau tukar dapat kat tgn, mau habis terus cam awak. kahkahhhh ;p

    ReplyDelete
  3. try kumpul duit 5 ringgit. mesti sayang nak guna

    ReplyDelete
  4. hahahah tula kan. so jangan tukar duit syiling ke duit kertas. wakakka

    ReplyDelete
  5. MEmang sayang, pasti akan terpakai.

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger