Kenapa Mesti Guna Blogger Untuk Marketkan Produk?

ZULHILMI TEMPOYAK | 26.9.14 | 4 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Ada Orang Tanya Aku. 


KENAPA MESTI GUNAKAN BLOGGER UTK MARKET-KAN PRODUK? 

Padahal baik guna medium iklan suratkhabar ke, majalah, tv ke bannner ke, yang lagi effective.

Susah jugak aku nak jawab soalan ni. Sebab aku hanya blogger kecil yang berkawan dengan blogger besar. Tapi jiwa aku tetap sama, maintain besar. Hehehe..

Bagi aku ada 3 sebab kenapa perlu gunakan blogger untuk marketkan produk.

1) T E S T I M O N I

Perkara penting dalam perniagaan adalah result. Guru aku selalu kongsi bab ni. So... Mana nak dapat result yang orang cerita panjang lebar? Orang cerita pengalaman yang depa rasa dan alami. Kat FB boleh kat sni boleh.



Macam mana? bagi la depa cuba. Depa bukan artis yang just nak tayang muka soh beli produk itu ini. Depa jugak pengguna. Depa buat testimoni. Depa VIRALKAN lagi. Haaa... Hehehe..


2) P E N G H E B A H A N (unlimited)

Ini yang biasanya business owner mahukan. Hebahan. Cuba la test GOOGLE "kedai makan sedap di Selangor" akan keluaq la website dengan blog awesome yang kongsi. Website power mana pon tetap amek gambar dari blogger. Point nya kat sini. Orang bukan share kat blog ja sekarang. FB tu link ngan twitter link dgn insta link dengan wasep. 
Perghhh.. unlimited selagi tak di delete.
3) MINIMUM MARKETING COST (berbaloi)

Pada kos yang rendah, market dapat dilebarkan. Minimum ni maksudnya rendah jugak lah. Sekarang kan memang orang anti-sosial. Pahit nak telan tapi benar. Jadi mostly orang akan google kan ja. Member aku, nak dating pon google tempat dating menarik. Haaa...

Tak perlu bandingkan dengan TV, majalah, surat khabaq, Radio, Banner dan online medium. Tanya diri mana yang anda selalu ada masa nak jenguk. Tambah meyakinkan, mostly blogger memang ada blog yang awesome. Sooo.. 
Point asasnya juga. Mana target customer anda. Dan pilih alternatif yang sesuai.
Hmmm.. skema jugak aku tulis kali ni. Biasalah ni tulis hanya untuk diri. Betulkan kalau ada salah. Sebab diri ni perlukan dua kaki yang menyokong untuk berdiri.

p/s : atin yana kurang blogging dah. sobsobsob...

Hanya Bercerita.


4 comments:

  1. Nice entry tempoyak.. hehe..
    betul la tuh.. kos lagi murah dari tv yang kena 30k.. perghhh..

    ReplyDelete
  2. aku bagi 5 bintang separuh untuk entry nih..

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger