Kisah Raya Hari Tu

ZULHILMI TEMPOYAK | 12.8.14 | 12 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Dah lama tak hapdate story aku. Maksud aku.. cerita hidup aku.

Cerita yang bukan acah-acah trauma.

Hari tu, hari raya pertama. Muka aku hepi gila. Kalau ampa tengok mesti ampa dok bajet nak buat laki. Soo.. aku tak boleh la nak tunjuk sangat muka ni suci. Tambah lak raya. Memang awek tengok tau dah cik abang hensem ni berseri-seri.

Sebenarnya bukan muka aku yang aku nak cerita kali ni. Aku nak cerita bertapa insan naif seperti aku ni dibuli masa hari raya. Hari raya beb... fuh... sayu...

Baiklah.. cerita ni harap ampa tak cerita kat orang. Bak kata amran pekida, cerita sini habes sini takdak token pon kalau hit post ni. Suma senyuman suci aku ni sampai nampak gusi.

Nak dijadikan cerita, masa raya pertama. Masa lebih kurang sejam lepas selesai solat sunat Aidilfitri. Lepas ja aku pi solat aku sempat la singgah ziarah kubur sekejap. Okay la kan, tengok orang hepi apa. Aku pon hepi..

Lepas tu memandangkan aku beraya kat kampung, aku jalan kaki la tanpa risau ada gangguan anjing sebab ni memang binatang yang aku level satu takut beb. Muka gagah dan ganas macam aku ni still ada yang men traumakan aku. Ini kampung aku yang punya.

Sampai kat depan je kat satu kawasan ni, ada la orang bela ayam, itik, angsa macam tu la. Aku pon buat relak ja. Tiba-tiba ada sekor angsa lalu depan aku. Kampung beb... reban ke apa mana ada depa amek kesah sangat. Aku buat stedi je la nak lintas kat tepi angsa tu. Aku makin dekat dengan dia, angsa tu tiba-tiba macam makin bengis.
"Aku pun dalam hati, apahal engkau ni"
Tidak semena-mena, angsa tu kejaq aku. Bayangkan lah muka comel berbaju melayu biru dan hampir memakai tanjak ni lari lintang pukang der. Masa tu tiba-tiba aku rasa macam laju gila. Parit mana pun aku dah tak perasan lompat dah.

Bagi aku tu takdak perasaan lagi. Ada ke patut awek-awek bandor gelakkan aku. Tak kan aku lari pon kelakor. Tak keluar punchline apa pun rasanya. Masa tu besar kecik ja aku tengok angsa tu. Tapi 50 meter ke hadapan la.

Aku just dok bayangkan. Kalaulah aku lompat-lompat mengelungsor masuk parit tak ke memang aku buat salai ja angsa tu.


Hmm.. so.. haiwan yang aku trauma dulu anjing ja. Sekarang tambah lak ngan angsa. 

Hmmm.. pendek je kan cerita. Pandai jugak aku olah bagi panjang. Silap dulu tak apply awal masa spm BM dulu.

p/s : nasib baik atin yana tak tau. :p

yang masih trauma.
@zulhilmitempoyak


12 comments:

  1. selamat hari raya...mula2 baca serius jap,dah sampai separuh berdekah gelak hahahhaha...adoyaiiii....

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya !!! , jemput singgah blog mamamyja.. TQ

    ReplyDelete
  3. haha.. memang la kan. :) selamat hari raya ye Zul

    ReplyDelete
  4. bhahahahahaha kesian sungguh! Ena pun pernah kena kejar dengan ansar masa kecil kecil dahulu.. kes yang sama la, ena lalu je, depa lak tetiba meroyan nak kejar bagai T_T

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum zul. hihiii adik sheila pernah kena 'dicium' dek angsa depan rumah. ahkak-ahkak dia sibuk larikan diri masing-masing tak sedar adik dia kena cium dah. ahhahhaa siannya dah trauma pula tengok angsa bila balik kampung nanti. hihiii ~~~

    ReplyDelete
  6. Tang pengenalan memang syahdu bace, bile masuk tang isi tu yg x tahan tu...hahahahah.....terbaik!! Selamat hari ry!

    ReplyDelete
  7. Setakat ini tak pernah pula dikejar angsa. hehe

    ReplyDelete
  8. Raya baru ini ada snap gambar angsa dikampung. Sudah lama tidak jumpa orang bela. :-)

    ReplyDelete
  9. Nnti aku kasi gulai itik yg kejar ko tuh.. Ko kasi kokak sampai tggal tulang ye... Haha

    ReplyDelete
  10. Hahaha. Patut kasi sondol la itu angsa.. Baru legend.

    ReplyDelete
  11. hang pegang leher dia ja zul..apa itik kejaq hang pi lari..hahaha..

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger