Kelajuan Bukti Kehebatan

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.8.14 | 7 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Okay, kali ni pun sama. Aku nak cerita bukan cerita biasa-biasa ni. Cerita perlumbaan aku di atas highway. Walaupun orang tengok aku macam budak badget hensem je. Sebenarnya tak. Aku bukan muka ja badget hensem dan memang hensem tapi hati seorang reemmmmpit. 

Cerita Yang Bukan Acah-Acah Bahaya.

Sebelum mula baca, pastikan ampa bersedia dengan kelajuan yang gila-gila ni. Aku seorang mat remmpit yang bukan biasa-biasa dengan moto Kriss Biru Super Duper Laju aku ni. Inilah kisah aku. Inilah hidup aku. Hmmm.. baca tu bunyi dia macam intro KL Gangster 1 ye. Ce ulang baca...

Ok.. macam biasa, cerita sini habes sini. Jangan sampai awek-awek rumah sebelah tahu bertapa yang aku ni berjiwa jejaka kental dengan muka acah-acah tak pecah.

Ceritanya macam ni, suatu petang aku balik kerja dari shah alam nak balik rumah dekat area puchong/cyberjaya menggunakan highway plus/elite. Mungkin tak semua biasa tapi ampa bayangkan je la ye. Dia ada exit subang, putra height, saujana putra n putrajaya. Lepas tu KLIA dan lain-lain. Dan aku perlu exit putrajaya.

Nak dijadikan cerita, masa dekat area saujana putra ada sorang pakcik ni potong aku dengan moto honda ex5 dia dengan gaya selamber ja. Dalam hati aku ni apahal pakcik ni, nak moto takdak super duper laju pon main potong aku gitu je.

Disebabkan pakcik honda tu potong aku, kejar mengejar berlaku. Aku potong dia, dia potong aku balik. Aku potong dia, dia potong aku balik. Fuhhh.. kadang-kadang jauh jugak dia tinggalkan aku. Dalam hati aku not bad pakcik ni. Mungkin lejen...
"Tanpa rasa patah semangat, aku pon pulas la minyak tu sampai rasa nak tercabut handle."
Sampai hujung tu aku puas. Aku berjaya jugak potong dia masa dia exit kat KLIA punya exit. Yelaa.. jiwa mat rempit yang kental, mana boleh moto biasa-biasa potong aku gitu je beb. Kahkahkah.. dalam hati aku ketawakan dia.

Lepas aku potong baru aku sedar. Yang kadang-kadang aku ni tak la berapa bijak sangat. Sebab aku dari shah alam nak exit Putrajaya. Sekarang aku exit KLIA yang 11 kilomiter lebih dari biasa. 

INI lah dia... bukan motor aku
Dan untuk pengetahuan ampa, pakcik yang bawak moto honda tu tak tahu pon aku tengah tekun main kejaq-kejaq dengan dia. Dan aku sedar. Aku ja imaginasi lebih sangat. Coooiiii... 

Tapi aku tetap bangga sebab aku berjaya potong that motor honda. Cess.. nak sedapkan hari lettuwww.. heheheh...

p/s : dok bayang jugak. betapa romantiknya aku kalau bawak atin yana naik moto kriss biru super duper laju ni.


yang tak tahu kejar kenapa.
@zulhilmitempoyak


7 comments:

  1. syok sangat duk kejar sampai terlajak.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha... Damnn... Aku pun penah rasa apa yang hang rasa... Paling teruk nawaitu nak potong lc hahaha... sia2 giler....

    ReplyDelete
  3. kahkahkah.. kan dah kena. siap imagine lumba2 lg

    ReplyDelete
  4. dlu yui pakai kirss..skg pakai lc.

    pastu rasa sama ja kelajuannya..

    rasa nak pakai kriss jeee.. tahan pun tahan..

    ekekek.

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger