Sharifah Aini - Perginya Biduaita Negara

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.7.14 | 6 Comments
Bismillahirahmanirahim...

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."  (Surah al-A'raf ayat 34)

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun.



Perginya seorang Biduanita Negara, penyanyi Datuk Sharifah Aini diberitakan telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi (5 Julai 2014) di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya. Satu kehilangan besar dalam industri yang pasti akan dirasai.

Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada hari selasa lalu. Biduanita ini dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun yang lalu. Kak pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas pada pagi Isnin.

Jenazah Allahyarhamah Sharifah Aini akan disolatkan di Masjid Al Taqwa TTDI & dikebumikan di Bukit Kiara, selepas Zuhur hari ini.

Moga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. 

Al-Fatihah.

yang turut merasa
@zulhilmitempoyak



6 comments:

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger